Friday, 27 November 2020

SARAPAN NASI IMPIT GORENG

Pagi tadi sarapan Nasi Impit Goreng.Semalam kan masak rebus sebungkus 30 mini nasi impit untuk makan dengan rendang itik. Hanya separuh saja nasi impit tu dimakan. Ada baki lagi, saya kira ada 15 bungkus lagi. 



Maka pagi ni memang sarapannya Nasi Impit Goreng la. Lawan dengan telur rebus leleh ni memang layan. Teh O panas


Sexy tak telur rebus leleh ni.. 
Dah ketagih pulak makan telur leleh ni. Sedap.. 


Beberapa minggu yang lepas saya ada juga masak Nasi Impit Goreng tapi agak kurang memuaskan kerana saya mencuba mini nasi impit jenama pengeluar beras terkenal tu. Saja sekadar mencuba selain jenama lain. Terlalu lembut & mudah basi. Akhirnya saya kembali bersetian dengan Adabi. Paling tidak, jika tiada Adabi saya beralih arah sekejap kepada nona. Namun Adabi tetap di hati. Lebih kenyal, harum, padat & tahan tidak mudah basi walau sudah 3 hari. Lebih dadi 3 hari saya tak tahu. 

Sekuali Nasi Impit Goreng


NASI IMPIT  GORENG
15 biji ketupat mini adabi- setiap 1 potong 6
10 batang sosej - hiris jejari
1 batang carrot- mayang panjang
1 mangkuk kobis hiris
1 bawang holland
4 sudu cili blend
4 sudu minyak
2 sudu kicap manis
sikit garam

1. Panas minyak & tumis bawang cincang & masukkan cili blend
2. Masukkan sosej dan masak sekejap sampai harum & tambah carrot
3. Tambah garam  & masak hingga carrot lembut.
4. Masukkan ketupat mini yang sudah dipotong2
5. Gaul rata sambil renjis kicap
6.Tambah kobis & kacau hingga naik wap
7. Sesuaikan rasa & daun sup daun bawang . 


Lebihan nasi impit semalam dipotong 6 setiap 1.Biasa potong 4 segi. Ni ubah sikit potong 3 segi. Letak sahaja pisau penjuru ketupat bertemu penjuru dapat lah bentuk 3 segi

Carrot & kobis


Daun sup


Sosej Ayam


Merah menyala.. Guna cili blend beli dari kawan saya. Dia cakap dia guna cili keriting +cili kering licin yang lebar tu. Memang kurang pedas & warna cantik. 


Masukkan nasi impit potong


Tu bukan coklat yer.. Tu kicap 


Daun sup.. Sawi pun boleh sahaja.Saya pakai sahaja apa yang ada. Kalau kat kampung petik sahaja bayam atau kangkung pun jalan... 


Sekuali Nasi Impit Goreng... 


PISANG REBUS

 Balik semalam petang terus mentong nasi impit rendang itik. Dah lepas maghrib tercari-cari apa lagi yang boleh di isi dalam perut untuk anak-anak cacing yang menunggu. Hihihi


Pisang Rebus Cicah Kelapa.
Sudah beberapa hari tekak rasa nak makan pisang rebus ni. Mencari pisang yang sesuai untuk direbus. Pisang nangka banyak sahaja dijual tapi pisang nangka ada rasa masam-masam sikit kalau dah mula masak. Kalau dapat yang  baru ditebang yang tapi belum masak sedap direbus, isinya gebu. Semalam punya semalam jumpa Pisang Abu. Beli 8 biji sahaja. Sebab memang pisang tu digantung tiada yang sesikat. Setiap yang digantung mengandungi 3 - 8 biji pisang sahaja, mungkin sesikat pisang tu dibahagi 3. Dulu tidak pernah terfikir orang akan jual pisang dalam jumlah biji. Selalu cikgu ajar kat sekolah kalau pisang dijual mesti sikat atau sisir dan tandan. Tenampak-nampak lagi gambar dalam buku teks zaman sekolah.

Saya beli 8 biji pisang abu agak besar juga saiznya.Pisang abu... Teringat watak-watak dalam buku teks zaman sekolah rendah. Mesti ada Ali, Ahmad & Abu. Hihihi.. 8 biji ni Rm4. 39.Sebiji lebih kurang 81 sen. Macamanalah harga pisang goreng tak mahal. Ini pisang mentah sebiji hampir seringgit. Patutlah bila beli pisang goreng sekarang ni memang dipotong jejari. Sebiji dihiris 12 kot.. Hihihi... 3pcs RM1. Tambah pula kalau yang berniaga kecil kecilan terpaksa membeli secara runcit,mestilah mahal. Kalau borong mungkin murah sikit. Tapi nak murah malah sangat. Disudut lain saya terfikir, kalau macam ni punya harga berapa harga di kebun pisang? 

Apapun kita makan dulu pisang rebus ni. Puas hati dapat makan pisang rebus ni. Sambil kunyah sengsorang depan TV sambil terkenangkan kehidulan lampau. Ketika tingkatan 1, emak & ayah mengambil keputusan membina rumah baru di tanah sendiri. Sebelum tu berumah ditanah  tok wan, berjiran dengan sorang mak sedara kami yang pelik perangainya, emak banyak makan hati.Kasiham emak. Tokwan kasihankan mak, & nasihatkan mak suruh pindah. Bila berpindah rumah baru di tanah sendiri, emak & ayah sangat ceria bertanam segala macam. Dari rambutan, nangka, cempedak, segala ubi-ubiaan, ulam sayur & paling banyak pokok pisang dan jambu batuAyam pun tumpang mewah makan pisang kerana tidak temakan oleh kami. Hendak dijual tiada harga kerana hampir semua penduduk kampung ada pokok pisang sendiri. Kadang emak berkayuh basikal mencari kedai runcit untuk letak pisang. Beberapa hari kemudian, emak akan menyusul untuk mengambil duit pisang selepas ditolak dalal kepada pekedai. Kalau musim  menuai padi(orang Kedah cakap Musim Amik. Padi) banyaklah laku asbab orang berduit. Kalau musim hujan,kebanyakan tidak dapat menoreh, padi pun belum mengeluarkan hasil, memang pisang tidak laku, jadi makanan ayam la.Seingat saya emak tidak pernah sajikan pisang rebus untuk kami. Lepat pun tidak pernah sebab emak  memang tidak suka lepat pisang. Yang selalu mak masak, pisang goreng dan cekodok pisang.Saya selalu makan pisang rebus ni kalau ke rumah tok wan. Tok tiri saya arwah Tok Don selalu masak pisang rebus time hujan. (tok kalau di Kedah mean nenek)  Tok kandung   saya iaitu mak kepada mak saya meninggal diMekah pada tahun 1975 sebaik sahaja selesai menunaikan haji bersama tok wan. Tok wan balik sorang &  kemudian berkahwin dengan tok tiri. Sebab tu saya ada tok tiri. (al fatihah untuk arwah tok, tok wan & tok Don) Saya kalau dah mula cerita suka meraban..Satu demi satu tayangan flashback zaman lalu berulang tayang dalam ingatan. Kalau dilayan, boleh nangis sengsorang, boleh senyum sumbing sengsorang macam orang 3 suku.. Hihihi.. Ok, nak makan pisang rebus. Hanya 2 biji sahaja habis dimakan. Nak makan sangat kan... Saya rebus 4 biji sahaja untuk makan sorang, pun tak habis. Budak 3 ketul tu tak adanya mereka hendak makan. Tapi kalau ubi rebus cicah sambal tumis bilis, mereka layan


Pisang rebus gaul kelapa parut bergaram. Lemak masin dan sikit manis daripada pisang abu. Bagusnya pisang abu ni isinya pejal dan keras. Walau sudah mula masak tapi bila direbus isinya masih pejal. Kalau pisang lain pasti sudah agak lembik. Kalau pisang manja macam pisang kapas, pisang bunga lagi la lembik tak sesuai rebus pun. 

Kalau lawan dengan kopi O lagi kaw ni
Tapi tak apalah, slow-slow pujuk selera,bukan langsung tak boleh minum, cuma sebab pagi dah minum kopi kat tempat kerja dengan cleaner
Tak boleh selalu bersamamu kopi walau  sangat mencintaimu..... 

Thursday, 26 November 2020

RENDANG ITIK SALAI

 Hari ni saya masak special skit. 

Rendang Itik Salai. Semalam makan gulai itik. Hari ni rendang itik. Esok badan dah berat jalan la macam itik pulang petang.. 


Seperiuk rendang itik. Bukan sekuali sebab saya masak rendang itik ni dalam rice cooker. Kunun-kunun ala masak dalam presure cooker la. Hihihi


Pagi-pagi lagi bersarap la rendang hitik dengan nasi himpit....Maaf zahir batin




Malam tadi saya dah merendang dah itik ni half way. Pagi panaskan semula merangkap sarapan & lunch ni. Hari ni saya masih ke tempat kerja. Tapi gi sorang la. Cella dah tak mahu ikut sebab susah beronline di sana. Ada sahaja barang yang nak guna tapi tak bawa. 



RENDANG ITIK
1 ekor itik salai
2 paket kecil rempah rendang Adabi
1/2 cawan minyak
2 asam keping
2 sudu kerisik
1 kotak kecil santan
1 sudu makan garam
1 ketul gula melaka
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut

Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
3 batang serai
Seketul kecil lengkuas
1 ketul kecil halia

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak. 

2. Masukkan itik yang sudah dipotong & dibersihkan. 

3. Biar kecut kering air itiknya. Baru masukkan asam, garam, gula & sehelai daun kunyit simpul

4. Masukkan 3 cawan air + 1kotak santan. Masak hingga itik empuk & kuah pekat

5.Tambah kerisik & daun limau purut & perlahankan api dalam  5 minit supaya kuah naik minyak. 

6.Sesuaikan rasa & tabur daun kunyit hiris halus



Cerita bermula bila cleaner tempat kerja saya bertanya adakah saya hendak order itik salai.Katanya ditempat mereka ada jual macam-macam. Dari segala buah, kuih muih, lauk pauk hinggalah makanan exotic ni. 
Memang saya order la...sekor itik ni harganya ikut seller. Ada yang jual RM 40 ada yang RM 45. Tapi yang ni hanya RM35 seekor penuh tu. 
+ RM 2 kalau nak suruh potong siap-siap. Saya memang  suruh potong siap-siap la. Saya bukan ada pisau besar. 


Ni itik yang  dijual siap masak. 1 bekas tu hanya RM 10. Memang berbaloi kalau ahli keluarga tak ramai. Sedap pula tu. Semalam  cleaner bawa yang dah siap masak, makan ngan roti memang sedap sungguh. Nanti nak order lagi lah..Tapi katanya lauk itik seller tu tidak masak setiap hari. Masak berselang seli dengan lauk lain.. Ayam,ikan, kambing bagai. 




Ni la rupa daging itik yang belum dimasak.Merah pink pekat macam daging burung unta pun ada


Kulitnya berbau asap salai. Tapi salainya tidaklah macam kat Nismiland tu.. Yang Nismiland tu lagi power kot, macam dah masak isinya & asapnya lebih tebal


Basuh dengan merendam dalam air + 2 sudu tepung untuk buang lendir & lemak. Kemudian toskan



Sebab nampak itik ni macam keras liat, saya masak rendang dalam rice cooker.. Ala-ala Presure cooker la kunun 

Ni dah siap dimasak, lebih kurang 1jam 
Cuma lain kali kalau beli lagi saya nak back to normal masak dalam kuali sebab rupanya itik ni mudah empuk. Masak dalam rice cooker macam isi lembut seperti overcooked la.. Anak-anak suka sebab x perlu kunyah lama & senang nak makan. Saya lebih feel yang ada liat-liat sikit. Sama juga kalau makan limau saya nak yang lebih masam dari manis. Barulah limau... Hihihi


Saya juga rebus nasi impit untuk dilawankan dengan rendang itik. Niat asal nak hantar sikit kat jiran sebelah. Tapi segan pula sebab rendang saya tak berapa cantik 
Agak hancur isinya sebab overcooked


Bekal untuk anak bujang. 


Bekal saya... 
Pagi ni masih ada roadblock  di simpang 3 depan kuaters tu. Saya tak la kena tahan. Mungkin sebab drive sorang. Lepas tu dalam kereta sorang-sorang pun saya still pakai face mask. Agaknya polis pun percaya saya akan mematuhi SOP sebab sepatutnya kalau drive sorang tidak perlu pakai face mask pun. Hihihihi



Ajak cleaner sekali merasa bekal rendang saya..Orang sudah berbudi, bantu beli itik, kita berbahasa lah pula, ajak mereka berdua tu makan. Yang hitam dalam mangkuk tu bukan kuah tau. Itu air kopi saya bancuh untuk cleaner.Mug saya ada satu sahaja.. Paper cup habis. Nak ajak mereka minum. Yang ada.mangkuk ni sahaja... Boleh la kan.. Asal boleh minum... Jangan tiru aksi ini.. Hihihihi


Balik petang tadi saya mentong..... 
Hihihihi........