Tuesday, 9 December 2025

PERGI PASAR MALAM HARI JUMAAT @ JALAN CHESTER TAWAU

 Kalau ke Tawau jangan lupa ke Pasar Malam  Jalan Chester.Pasar malamnya 3 hari berturut-turut.Jumaat, Sabtu & Ahad .Walaupun pasar malam ni bermula 6 petang tapi better datang selepas 6.30 la baru syok sebab dah betul-betul malam.

Ini kali ke 7 saya datang Pasar Malam Jalan Chester ni...Tak pernah jemu lagi..In shaa Allag kalau ada rezeki dan kesempatan akan datang lagi...in shaa Allah


Kami semua bergerak dari masjid hijau yang dekat laut tu selepas maghrib sekitar pukul 6.15.Hari Jumaat tu magjrib kat Tawau pukul 5.58 petang Kalau kat semenanjung 5.58 matahari masih panas benar lagi kan...hihihi...

Dah dekat 10 kali pi pasar malam Tawau ni takdan nak buat entri kerana asyik dok kumpul bebanyak gambar hingga lupa dan tak sempat Kali ni saya dah plan nak letak gambar supaya tak jadi pekasam dalam gallery handpbone..


Ni hasil buruan jajanan Pasar Malam Jalan Chester pada hari Jumaat lepas..

Abaikan jelah gambar lintang pukang...update dalam handphone..payah nak susun swmula...hihihi

Putu Pulut namanya ..
Harganya RM2 untuk   5pcs...Saiz kuih ni lebih kurang  saiznya lebih kurang ibu jari wanita dewasa yang tingginya 160cm dan beratnya 70kg🤣🤣🤣




Putu pulut ni rasanya lemak-lemak  masin..kenyal liat-liat dimakan bersama sambal ijo ikan bilis
Saya sebagai peminat pulut pasti la suka...hihihi


Ini yang paling dicari....
Putu dan ikan bakar...
Putu tu katanya.makanan tradisi Bajau Laut dimakan bersama ikan bakar.Saya beli 2 batang putu.Sebatang putu tu saiz ais krim malaysia dan  panjangnya lebih kurang 30 cm berharha RM2 sahaja..
Ikan bergantung jenis dan saiz..Yang saya pilih ni ikan putih sepotong lebih kurang selebar tapak tangan berharga RM14. Ikan pari saya tengok juga selebar tapak tangan juga berharga sekitar RM10-15 bergantung saiz.Ikan tongkol saiz 3 jari berharha bawah RM10


Buah potong..menantu beli untuk Miqayla sebab dia suka buah....Sebekas ni RM10..
Buah-buahan standard harga lebih kurang semenanjung juga.Kecuali buah avocado murah lah nak banding semenanjung...



Latok.....
Ni pun saya beli nak makan sama putu...
Sebekas ni hanya RM3 you all....
Kita kat semenanjung  sebekas taufu fa tu pun dah Rm15-RM20 kan...Pernah beli  masa PKP..
Tapi mahal tu mungkin sebab susah juga nak pastikan kesegaran latok ni..
Saya pernah cuba 2x bawa balik dari Tawau ke KL..
Kali pertama saya masukkan dalam balang kuih tu beli 3 longgok kat pasar...Sampai KL jadi air ½ balang & hanya tinggal tangkai...buahnya cair.Kali ini saya cuba lagi...Beli kat pasar malam pulak 3 bekas..Balik rumah Adah saya isi kan dalam bekas makanan container  yang macam bekas bahulu tu...simpan dalam peti ais..
Masa nak balik KL...buka peti ais..tengok jadi air ½ bekas & latok tu kecut..Tak tau dimnaa silapnya...Kalau ada sesiapa tahu cara nak bawa latok balik KL dengan selamat...cer share....




Pisang goreng pun beli...🤣
Sebab pisang goreng kat sini sedap lain macam...



Cheesetart...RM1/pc
Yang ni kena rajin jalan-jalan dan tengok-tengok..
Ada yang jual RM2/pc...ada yang jual RM5/3pcs...
So..kena rajin cari dan banding harga..Dari segi rasa tak tau la ada beza ke tak..



Pastil a.k.a karipap inti mihun...
I Yang ni intinya mihun putih ..juga ada sebungkua air lada  u tuk dimakan bersama pastil...
Harga 5pcs tu RM3
Tapi dari segi rasa ...macam tasteless..tawar kerana mihun tu hanya mihun kosong tawar..
Pernah beli sebelum ni sedap .intknya mihun putih macam mihun Singapore..dimakan bersama air lada tu sedap sangat...Maka sayangnya kali ni berakhir di tong sampah...huhuhu


Gambar tak tersusun..
Ni suasana pasar malamnya


suasana pasar malam standard di mana -mana



Sekitao pukul 6.30


Sekarang dimana-mana...ramai berurusan jual beli gina QR


Pizza juga dimana-mana


Antara yang rare bagi saya..
Burasak
Tumbu' pulut putih dan pulut hitan
Gogos


Lup chup


Latok juga vanyak dijual banyak getai


Latok dan ikan bakar


Minuman



Aneka donut...


Nasi Lalap RM5
Nasi Aspar RM7
Nasi Aikan boulu RM10


Minuman RM3-7 bergantung jenis dan saiz gelas


Aneka tart


Pastil

Suasana..



Ada kerusi meja untuk yang nak dine in pasar malam



Ni la mold putu pulut tu..
Nampak besar gemuk bulat...tapi isinya besar ibu jari...
Apapun kira murah jugak tu harganya..Cuma memula salfok juga saiz mold tu


Nasi Aspar dan nasi lalap banyak getai yang menjualnya





Thomas & Friends...hihihi
Tarikan untuk kanak-kanak
Supa Dupa pun ada tapi kami tak lalu bahagian tu



Buah-buahan pun menarik tapi sebab kat KL pun ada...tak la beli




Pentolan...
Pentolan tu macam bakso la ..
Bebola daging yang direbua dalam sup dan dimakan dengan sos pedas..
Ada banyak pilihan ..boleh + tauhu sarak,telur puyuh dan saiz pentul juga ada yang kecil dan ada yang besar
Kalau kita do semenanjung kira macam yong taufu la tapi yang ni takda sayurnya




Dessert berupa aneka tart dan slices cake ni memang sangat banyak pilihan



Aneka harga


Ini yang Cella beli tu...1pc singgit jer


Ramai juga yang makan kat situ


Ni kat tengah-tengah pasar malam tu ada macam foyer...tempat busking dan  info ikut musim...

Busking baru nak mula pukul 7.30


7.30 sini dah isya' yer....
Sekitar 1 jam lebih kat sini..kami pun balik

Abaikan hidangan yang tidak kemas .Hanya dalam bekas asal.Tidak dipindahkan dalam pinggan kerana "mati air"..
Hahaha..
Awalnya bila Adah cakap mati air...saya ingatkan dia tutup tangki air kerana bocor atau apa-apa...
Rupanya mati air tu istilah Sabah yang maksudnya takda air la...





Dek kerana "mati air" kami putuskan makan jelah dalam pembungkus je lah..
Lupa nak beli pinggan pakai buang..Nak guna pinggan kang nak basuh dengan ap...air tangki buat simpanan nak mandi & istinjak..





Sunday, 7 December 2025

WARUNG NINA HILLTOP TETAP JADI PILIHAN LUNCH @ TAWAU

lltop 

Kalau datang Tawau....antara yang wajib Adah bawa kami lunch ialah WARUNG NINA HILLTOP


a
Antara menu wajib pula ialah Set Nasi Ikan Boulu..Kenal ikan boulu ni dari blog Cikgu Amie la....Dah dok zikir-zikir...Alhamdulillah dah beberapa kali dapat makan ikan boulu ni @ Tawau


Seekor Ikan Boulu goreng garing yang dihidangkan bersama semangkuk kecil nasi....semagkuk sup kosong ,sepiring kecil sambal belacan,sepiring kecil sambal kicap dan sepotong ulam timun ini hanya RM10 yer....
Ikannya saya anggarkan sekitar 300  grm seekor.
sup kosong walau namanya sup kosong tapi setiap kali makan sini saya akan hirup licin hingga ketitisan terakhir sebab  penuh dengan rasa white pepper yang bikin segar dan berpeluh..


Yang best tunikannya tanpa tulang yer....Boleh makan hingga licin tanpa was-was...hihihu


a
Masa ni baru sampai 3 set nasi ikan boulu untuk saya,Adah & Cella..Suami Adah  pesan mihun sup daging sebab katanya dia baru makan  kat tempat kerja..Mee sup daging pun lupa nak snap...penuh dengan ketulan daging + lemak..memang sedap betul .
Ni lunch hari Jumaat...

Warung Nina pernah ceritakan beberapa kali.Antaranya dalam old post MAKAN NASI LALAP & IKAN BOULU ...kat sini

Saturday, 6 December 2025

TAWAU: KALI INI BULAN TAK DAPAT IKUT

 

Alhamdulillah ..bersiaran dari bumi Bawah Bayu
Sudah masuk hari ke-2 di Tawau

.



Ketika take off  tepat 6.10 pagi Jumaat,Bulan purtama 14 Jamadil Akhir bersama mengiringi perjalanan kami selama beberapa minit .Biasanya ketika waktu kecil kita selalu melihat bulan kita akan berjalan sambil melihat bulan.Seakan bulan bergerak mengikit setiap langkah kita kan...Masa tu selalu fikir bulan yang ikutvkita kerana kita ke kanan bulan seakan ke kanan,,Kita ke kiri bulan juga seakan kekiri.Kita berjalan,bula seolah tetap bergerak mengikut setiap langkah kita...hinggakan insan insan yang sedang dilamun cinta sering mengungkapkan "walau sejauh mana kita terpisah,kita sedang menatap bulan yang sama"...hihihišŸ’•šŸ’•šŸ’•

Taoi hari ini bila nampak bulan dari tingkap pesawat dipagi ini...terasa seolah berjaya meninggalkan bulan dibelakang......hihihi


Me jenguk luar tingkap...masih gelap....Entah di ruang angkasa Putrajaya atau Selangor tidaklah dapat dipastikan...



Menikmati pemandangan fajar pagi sementara menunggu hidangan sarapan pagi...Mungin  ini ruang angkasa Pahang atau Trengganu   agaknya kerana  baru  40 minit berlepas.




Sesekali bersarapan di atas awan...
Saya memilih Wantan Noodle  With  Dumpling Soup..


Cella memilih English Breakfast 



Lebih 2 jam berlalu .....Sudah nampak daratan Bumi Tawau
Cepat pulak rasa hari ini...



Touch down tepat 8.45 pagi..Cepat pulak rasa kerana biasa dalam 3 jam juga..hari ni dalam 2 jam 40 minit sahaja...Alhamdululillah,cuaca terang ...

Kerinduan pada Sarah Miqayla menggamit kami menjejak lagi bumi Tawau  buat kali ke-empat dalam tempoh 13 bulan...Ni kira datang penutup tahun. 2025 la kot...Kalau rezeki Adah anak beranak masih di sini..in shaa Allah kami datang lagi tahun depan...