Kalau ke Tawau jangan lupa ke Pasar Malam Jalan Chester.Pasar malamnya 3 hari berturut-turut.Jumaat, Sabtu & Ahad .Walaupun pasar malam ni bermula 6 petang tapi better datang selepas 6.30 la baru syok sebab dah betul-betul malam.
Ini kali ke 7 saya datang Pasar Malam Jalan Chester ni...Tak pernah jemu lagi..In shaa Allag kalau ada rezeki dan kesempatan akan datang lagi...in shaa Allah
Kami semua bergerak dari masjid hijau yang dekat laut tu selepas maghrib sekitar pukul 6.15.Hari Jumaat tu magjrib kat Tawau pukul 5.58 petang Kalau kat semenanjung 5.58 matahari masih panas benar lagi kan...hihihi...
Dah dekat 10 kali pi pasar malam Tawau ni takdan nak buat entri kerana asyik dok kumpul bebanyak gambar hingga lupa dan tak sempat Kali ni saya dah plan nak letak gambar supaya tak jadi pekasam dalam gallery handpbone..
Ni hasil buruan jajanan Pasar Malam Jalan Chester pada hari Jumaat lepas..
Abaikan jelah gambar lintang pukang...update dalam handphone..payah nak susun swmula...hihihi
Puti Pulut namanya ..
Harganya RM2 untuk 5pcs...Saiz kuih ni lebih kurang saiznya lebih kurang ibu jari wanita dewasa yang tingginya 160cm dan beratnya 70kg🤣🤣🤣
Putiu pulut ni rasanya lemak-lemak masin..kenyal liat-liat dimakan bersama sambal ijo ikan bilis
Saya sebagai peminat pulut pasti la suka...hihihi
Ini yang paling dicari....
Putu dan ikan bakar...
Putu tu katanya.makanan tradisi Bajau Laut dimakan bersama ikan bakar.Saya beli 2 batang putu.Sebatang putu tu saiz ais krim malaysia dan panjangnya lebih kurang 30 cm berharha RM2 sahaja..
Ikan bergantung jenis dan saiz..Yang saya pilih ni ikan putih sepotong lebih kurang selebar tapak tangan berharga RM14. Ikan pari saya tengok juga selebar tapak tangan juga berharga sekitar RM10-15 bergantung saiz.Ikan tongkol saiz 3 jari berharha bawah RM10
Buah potong..menantu beli untuk Miqayla sebab dia suka buah....Sebekas ni RM10..
Buah-buahan standard harga lebih kurang semenanjung juga.Kecuali buah avocado murah lah nak banding semenanjung...
Ni pun saya beli nak makan sama putu...
Sebekas ni hanya RM3 you all....
Kita kat semenanjung sebekas taufu fa tu pun dah Rm15-RM20 kan...Pernah beli masa PKP..
Tapi mahal tu mungkin sebab susah juga nak pastikan kesegaran latok ni..
Saya pernah cuba 2x bawa balik dari Tawau ke KL..
Kali pertama saya masukkan dalam balang kuih tu beli 3 longgok kat pasar...Sampai KL jadi air ½ balang & hanya tinggal tangkai...buahnya cair.Kali ini saya cuba lagi...Beli kat pasar malam pulak 3 bekas..Balik rumah Adah saya isi kan dalam bekas makanan container yang macam bekas bahulu tu...simpan dalam peti ais..
Masa nak balik KL...buka peti ais..tengok jadi air ½ bekas & latok tu kecut..Tak tau dimnaa silapnya...Kalau ada sesiapa tahu cara nak bawa latok balik KL dengan selamat...cer share....
Pisang goreng pun beli...🤣
Sebab pisang goreng kat sini sedap lain macam...
Yang ni kena rajin jalan-jalan dan tengok-tengok..
Ada yang jual RM2/pc...ada yang jual RM5/3pcs...
So..kena rajin cari dan banding harga..Dari segi rasa tak tau la ada beza ke tak..
Pastil a.k.a karipap inti mihun...
I Yang ni intinya mihun putih ..juga ada sebungkua air lada u tuk dimakan bersama pastil...
Harga 5pcs tu RM3
Tapi dari segi rasa ...macam tasteless..tawar kerana mihun tu hanya mihun kosong tawar..
Pernah beli sebelum ni sedap .intknya mihun putih macam mihun Singapore..dimakan bersama air lada tu sedap sangat...Maka sayangnya kali ni berakhir di tong sampah...huhuhu
Gambar tak tersusun..
Ni suasana pasar malamnya
suasana pasar malam standard di mana -mana
Sekarang dimana-mana...ramai berurusan jual beli gina QR
Antara yang rare bagi saya..
Burasak
Tumbu' pulut putih dan pulut hitan
Gogos
Latok juga vanyak dijual banyak getai
Aneka donut...
Nasi Lalap RM5
Nasi Aspar RM7
Nasi Aikan boulu RM10
Minuman RM3-7 bergantung jenis dan saiz gelas
Ada kerusi meja untuk yang nak dine in pasar malam
Ni la mold putu pulut tu..
Nampak besar gemuk bulat...tapi isinya besar ibu jari...
Apapun kira murah jugak tu harganya..Cuma memula salfok juga saiz mold tu
Nasi Aspar dan nasi lalap banyak getai yang menjualnya
Thomas & Friends...hihihi
Tarikan untuk kanak-kanak
Supa Dupa pun ada tapi kami tak lalu bahagian tu
Buah-buahan pun menarik tapi sebab kat KL pun ada...tak la beli
Pentolan tu macam bakso la ..
Bebola daging yang direbua dalam sup dan dimakan dengan sos pedas..
Ada banyak pilihan ..boleh + tauhu sarak,telur puyuh dan saiz pentul juga ada yang kecil dan ada yang besar
Kalau kita do semenanjung kira macam yong taufu la tapi yang ni takda sayurnya
Dessert berupa aneka tart dan slices cake ni memang sangat banyak pilihan
Ini yang Cella beli tu...1pc singgit jer
Ramai juga yang makan kat situ
Ni kat tengah-tengah pasar malam tu ada macam foyer...tempat busking dan info ikut musim...
Busking baru nak mula pukul 7.30
7.30 sini dah isya' yer....
Sekitar 1 jam lebih kat sini..kami pun balik
Abaikan hidangan yang tidak kemas .Hanya dalam bekas asal.Tidak dipindahkan dalam pinggan kerana "mati air"..
Hahaha..
Awalnya bila Adah cakap mati air...saya ingatkan dia tutup tangki air kerana bocor atau apa-apa...
Rupanya mati air tu istilah Sabah yang maksudnya takda air la...
Dek kerana "mati air" kami putuskan makan jelah dalam pembungkus je lah..
Lupa nak beli pinggan pakai buang..Nak guna pinggan kang nak basuh dengan ap...air tangki buat simpanan nak mandi & istinjak..
Menu yg akak beli semua yg ada di sabah je... sy pn x pernah mkn putu dgn ikan bakar tu... yg puti pulut tu x sangka rupanya dimakan dgn sambal ijo ikan bilis... syok la mkn² tmpt org... lama x ke tawau
ReplyDelete