Friday, 12 December 2025

SINGNBOARD TAWAU MUSNAH DIPUKUL RIBUT?

 Menyusuri Tawau waterfront pada petang hari Sabtu  6 Disember 2025...terasa macam ada yang  berubah...Pandang kiri kanan pengumjung tetap ramai..Penjual pentolan juga ada petang itu tapi perut ni dah kepenuhan   Lagipun selepas maghrib nak ke Pasar Malam Jalan Chester lagi...Dah masuk list nak beli kapurong..Maka,saya batalkan niat nak makan pentolan kerana makan saat perut kenyang pasti tidak sesedap ketika perut lapar kan...

Melayan cucunda yang baru pandai berlari -lari baru perasan sesuatu...


Singboard Tawau ...!

Ya ....Tulisan Jawi ت و  (Ta' Wau) sudah hilang dari pandangan.Kata Adah...signboard tulisan jawi tu roboh ketika ribut melanda beberapa minggu lepas...


Ni ketika mak bergambar berlatar belakangkan signboard yang masih ada tulisan jawi 


 
Banyak bot  dan tongkang menjadikan latar laut lebih hidup.Para pengunjung ramai juga mengambil kesempatan memancing dan beriadah bersama keluarga.Angin petang yang sepoi-sepoi...ditambah pula cuaca tetang tidak hujan..


Suria petang berayun-ayun diufuk barat..Senja sudah bersiap sedia melabuhkan tirai malamnya..Pigmen merah senja bersatu dengan birunlangit membentuk warna lembayung yang menakjubkan deria pandang..Maha Esa Allah yang mencuptakan langit tanpa tiang dan bebola mentari serta vuminyang berputar pada paksi g..




Feri yang tadinta di tepian jeti audah bergerak perlahan...Mungkin menuju ke Pula Sebatik yang nampak kebiruan di seberang sana.Kata Adah Pualu Sebatik tu sebahagiannya milik Malaysia  dan sebahagian lagi milik Republic Indonesia..Menurit rakan sekerja saya iaitu Bayu yabg berasal dari Sabah....kat Pulau sebatik ni ada rumah yang merentas dua negara.Sebagaian rumahnya berada dalam Malaysia,manakala bahagian dapurnya berada dalam negara Indonesia...Unik kan?
Sejauh mana cerita itu saya pun tak pasti kerana belum pernah sampai sana
Kalau ada kesempatan,nak juga saya ke sana..Tapi kena la bawa passport kerana melangkau sempadan .Tidaklah dapat saya pastikan kalau nak ke bahagian yang milik Malaysia sahaja kena bawa passport juga atau sebaliknya..
Apatah lagi kita yang dari semenanjung..hihihi....

Ketika matahari mula terbenam di ufuk barat,kami beransur meninggalkan signboar Tawau yang sudah hilang itu menuju ke Masjid Hijau..Usai maghrib kami akan meneruskan buruan kapurong....in shaa Allah






1 comment:

  1. Ada jugak kenangan bergambar kat signboard tu ye. Kuat betul ribut tu.

    ReplyDelete