Saturday, 4 October 2025

TERUNG + AYAM BERLADO YANG SANGAT SEDAP

 


Terung + Ayam Berlado..Menu terung lagi...hihihi

Ini lauk makan malam(actually pertang) dua hari lepas.Balik kerja terus aja defross dada ayam...

Sambil tunggu dada ayam defross,siap bahan lain sambil juga tanak nasinya.


Terung hasil panenan hari Selasa.


TERUNG + AYAM BERLADO

1 keping dada ayam+-500gm

5 biji terung ungu jenis kecil

Minyak,perisa, daun limau purut


Bahan Blend Kasar:

5 cili merah

15 cili padi merah vietnam

1 bawang besar Holland

5 bawang putih


1. Hiris dada ayam jadi ketulan kasar.Gaul serbuk kunyit & perisakan.

2. Terung dikerat dua & belah dua.Goreng hingga keperangan.

3. Daging ayam yang dilerisakan digaul dengan 3 sudu tepung ubi dan goreng garing crispy.Angkat.

4. Tumis bahan blend dalam minyak gorengan hingga naik minyak.Perisakan & masukkan daun limau purut.

5. Masukkan ayam dan terung goreng.Balik balikkan dan gaul rata.

6. Sesuaikan rasa & siap..



Hanya 1 lauk....
Hanya tambahin daun salada sebagai ulaman dan betik untuk sajian buah.
Betik pun kemain mahal sekarang..RM5/kg untuk betik kampung macam ni.Kalau betik solo lagi la mahal cecah belasan ringgit untuk sebiji sebesar penumbuk 
Gabungan rasa pendas dan diubati betik dengan rasa manis sejuknya.
Walau hanya satu lauk .
Tapi bila kena dengan tekak...rasa puas makan...
Alhamdulillah



Friday, 3 October 2025

TUAI DAUN SALAD & BUAT SALAD TELUR

 

Salad Telur ni biasa sahaja..Hannya daun salad dicarik-carik + tomato ceri+ telur rebus & kewpei sesame roasted dressing..

 


Tapi yang buatkan dia special kerana salada nya dipetik sendiri dan diolah segar .



Pagi- pagi terapi jiwa petik salada



Walau masih baru mempelaajari asas pertanian ,namun inilah antara kabahagiaan yang cuba dicipta di tempat baru.Walaupun saya hanya ditempatkan di Glowing Habiscus,tappi saya suka menyibok di kebun sayur...hihihi
Sekarang setiap Selasa & Khamis saya akan menyibok panen terung.Tu yang hari-,hari menu terung🀣.
Sebelum ni kangkung & salada
Tambahan pula Bayu tidak lokek ilmu.Tiap kali nak tuai hasil kebun,pasti Bayu akan beritahu dan ajak panen bersama.

Sepatutnya semalam saya menyertai kursus asas  pertanian anjuran JPM.Saya sangat teruja hendak menimba ilmu  bertani secara formal ini.Sayangnya ada hal yang tak dapat dielakkan.

Tuaian salada ni bukan yang harni punya tapi bulan lepas..

Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH


Untuk video PETIK & BUAT 
 SALAD TELUR   " ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



TERAPI AYAM & ALAM

 Di tempat kerja baru dikelilingi flora dan fauna.

Hari-hari bunyi unggas menjadi terapi 



Mendengar kokokan ayam jantan mengingatkan memori zaman kanak-kanak 
Zaman tiada penggera mengejutkan bagun pagi terutama untuk ke sekolah dan juga bangun sahur bulan Ramadhan 
Kokokan ayamlah penggera kami waktu itu & besarnya kuasa Allah kerana ayam jantan tidak pernah terlupa berkokok pada waktunya.


Melihat ayam mengais tanah pasti teringat peribahasa " kais pagi makan pagi,kais petang makan petang .



Juga teringat buku fiksyen/ cerita dongeng  yang pernah dibaca zaman sekolah iaitu tentang asal usul ayam mengais tanah..Dikatakan zaman dulu ayam dan helang berkawan baik.Suatu hatri ayam meminjam jarum emas kepunyaan helang.Malangnya jarum yang dipinjam telah hilang.Bila helang minta semula jarum tu,ayam gagal memulangkan kerana hilang dan masih tak jumpa .Kerana itulah dikatakan ayam mengais-ngais tanah iaitu untuk mencari jarum emas yang hilang Juga dikatakan kerana itulah setiap kali nampak helang,ayam akan lari bersembunyi kerana bimbang helang akan meminta jarum emasnya itu.
kerana itulah dikatakan ayam masih mengais-ngais  tanah hingga kini kerana masih belum jumpa jaru. emas yang hilang itu..
Begitulah kisahnya...
Tapi jangan la serius sangat kerana nama pun cerita dongeng sebagai hiburan zaman kanak-kanak.

Tapi moral of the story...jangan pinjam barang/duit orang...nanti jadi musuh🀣

Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH


Untuk video audio & visual   " TERAPI ALAM & ALAM   " ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡