Saturday, 27 September 2025

AWAL MINGGU KL DILANDA RIBUT

Awal minggu ni...Isnin 22 Sept 2025..KL dilanda ribut ..



Elok - elok sahaja sampai rumah angin kencang menerobos masuk melalui tingkap menerbotkan bunyi seperti siulan yang menyeramkan.

Ketika menarik daun jendela untuk ditutup tu sempat menjengah ke luar & nampak beberapa pohon sedang dipulas dahannya oleh sang ribut.Jelas didepan mata melihat ganasnya bila angin mengamuk.Tidak berani melihat lama terus membatu dalam bilik.

Hampir ½ jam mengganas...ribut berlalu ...

Namun kesan yang ditinggalkan hingga kini masih berbekas terutam kepada mangsa yang terlibat.Banyak harta benda yang rosak namun Alhamdulillah,tiada kemalangan jiwa.Panjat syukur kepada Allah kerana kami sekeluarga tidak terlibat.Asalnya hampir juga memakir kereta di bawah pokok tetapi memikirkan takut diberak burung..berubah fikiran parkir tepi gelanggang futsal.Rupanya Allah nak lindung kerana beberapa batang pokok besar patah ranting dan yang lainnya tumbang menyembah bumi..Hanya merasai takut semasa ribut membadai..Walau tidak seganas taufan dinegara lain namun cukup menginsafkan.


Banyak gambar dan video dikongsikan dalam group penduduk setempat .Saya komgsikan beberap sahaja..

Bumbung surau berlubang..


Bila Allah berkehendak..

Rezeki pemilik ini...Pokok besar ini tumpang  tumbang dicelahan antara 2 buah kereta ini...bukan atas bumbungnya


Bahagian pucuk pokok pula hanya elok elok sahaja menyentuh bumbung pondok guard..Tidak sampai menghempap sedang didalamnya ada beberapa nyawa yang pastinya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia.

Berbeda pula pemilik ini pula diuji dengan kerosakan yang sedikit lebih.Untung sahaja tiada nyawa di dalamnya




Simpang jalan dihalang ranting dan dahan pokok tumbang



Melihat gambar dalam group penduduk...hati beedebar melihat warna dan model kereta ini kerana sama seperti kepunyaan anak jantan na sorang tu kerana dia juga parkir bawah pokok

Alhamdulillah bukan...kerana itu pokok lain...semoga pemilik kenderaan ini dimudahkan urusan🤲


Sebenarnya masa balik kerja ada sorang  rakan(Ita) menumpang kereta saya untuk ke rumah ibunya yang sama perumahan dengan saya.Ketika melalui kawasan ini saya nampak 3 pokok ara berbuah lebat di tepi pagar perumahan kami. .Saya suarakan kepada Ita saya teringin nak ambil buah ara muda yang lebat tu untuk buat ulam dan masak kari dengan daging kambing.Pokok ara ini pokok liar tang sudah lama tumbuh di tepi pagar perumahan kami.Sayangnya terlalu tinggi..Macamana nak amik buahnya kan...hihihi


Nah....buahnya bertaburan atas tar kesan dahannya  pokoknya patah  dan menimpa beberapa buah kerata..
Buahnya melimpah....namun tidak sampai hati pula saya nak turun kutip buah tu ..Tidak sampai hati pula nak makan buah tu..
Lain lah kalau dahannya jatuh atas pagar...Ini menimpa kenderaan tetangga...
Kalau kalian bagaimana...nak kutip ke tidak?
🤭🤭🤭



Kebunan terung ...



Baru paginya saya sangat teruja  menyertai Bayu & NaMoTa memetik terung di kebunan...

Kebunan terung ni Bayu & Bak yang urusakan tapi kalau nampak depa di kebun saya akan menyibok sama...hihihi
Nanti saya update dalam entri akan datang hasil panenan terung ni dan bagaimana depa pasarkan.

Ni depa update selepas ribut

Kerol & Jun sedang menyelamatkan kebunan terong dalam gerimis selepas ribut...


Lepas maghrib Ruru ..wasap bgtau kereta dia ditimpa serpihan atap genting...Alhamdulillah Ruru dah naik rumah masa ni...Kalau masih dalam kereta?
Allahu...ngeri nak bayangkan


Selepas ribut sepanjang jalan sibok dengan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang kerana memang berlaku ketika peak hour orqng balik kerja...
Takut membayangkan kalaulah waktu tu saya masih atas jalan raya & melalui bawah pohonan sepanjang laluan..
Semoga Allah lindungi kita semua dari perkara-perkara yang tak diingini...

Rindu giler nak berblog macam sebelum ni...update hari hari bagaikan kerja hakiki🤣
Tapi bila dah lama tak update ...semangat tu makin lama makin layu....
Cuma beberapa hari ni bila membelek blog ni....rasa sayangnya nak biarkan berkubur tanpa batu nesan...

Membelek gallery ribuan gambar dan video menanti untuk dipilih..
Maka pelan-pelan semangat datang kembali...Sementelahan juga 3 bulan di tempat baru...dah boleh addept dengan rutin baru dan persekitaran baru..

Selamat berhujung minggu...


Monday, 8 September 2025

DARI AIRCOND KE NATURE

Hidup kita ini Allah dah susun tapi kita sebagai manusia kadang kita kerap merungut hingga  lupa untuk bersyukur..
Saya tidak menujukan kepada sesiapa sebaliknya hanya pada diri sendiri..

Bekerja di tempat baru dengan rakan-rakan yang baru kita kenal.Juga dengan skop kerja yang 80% berbeza dari tempat kerja lama,memberi pengalaman baru kepada saya walaupun dah lebih suku abad dalam profesyen yang sama.

Dulu hari hari baju rasmi...sekarang hari-hari pakai baju kebun ..
Lebih 20 tahun  bekerja dalam bilik aircond...sekarang setiap hari menghirup oksigen live  dari tumbuhan hijau🤣


Dulu duduk atas "kayangan"...



Sekarang,hari-hari berpijak di bumi nyata ..
Bersahabat dengam alam..
Dulu saya sangkakan saya anak kampung yang serba tahu tentang flora dan fauna ..
Oh,rupanya semakin kita belajar semakin kita tahu bahawa kita tidak tahu ..hahahaha camana tu?

Belajar sikit-sikit mengenal cara bertani yang betul .

Dulu langsung tak pernah ambil tahu....





Dulu hanya tengok dari jauh...
Sekarang sangat dekat di hati....

Bukan hanya tengok tapi dapat menikmati hasil ikan segar ..


Bersama mengikuti pertumbuhan fauna..


Belajar ilmu baharu dari yang ahli

Dapat bersama menikmati keseronokan menuai hasil...

Bibit ikan keli


Di sebalik apa yang kita nampak para penternak menuai hasil...ada ujian dalam perjuangan mereka


Yang kita nampak hasilnya .
Yang kita tak nampak sebaliknya ...



Memula datang....pokok anggur ni merimba daunnya...
Melihat Bayu memangkas botak daunnya saya sangkakan dia nak matikan pokok anggur ni..Rupanya itu adalah teknin "pruning" untuk menggalakkan pohon berbuanga dan berbuan...
Oh dangkalntya ilmu saya🙊


Mengenal serangga perosak buah



Belajar proses prunning



Semua flora dan fauna di atas ni bukan hasil tanaman saya...sebaliknya hasil  beberapa orang rakam sekerja yang diketuai oleh Bayu.
Sekarang mereka bz dengan projek tanam terung...Saya juga tumpang menyibok..hari2 nak pi kebun terung depa.


Saya budak baru belajar..walau umur dah taraf nenek tapi ilmu berkebun  baru seinci....hihihi

Buat permulaan,Bayu tempatkan saya di laman baru yang dinamakan "Glowing Habiscus"..
Habiscus tu bunga raya la..
So,saya tak ternak ikan bagai...Saya juga tak tanam sayur..
Sebaliknya bermula dengan tanam pokok bunga raya aneka spesis.
Kebun sayur untuk mereka yang lelaki dan yang dah ahlinya ..
Kalau saya yang tanam sayur...takutnya sayur entah ke mana.... tapi rumput yang tumbuh  subur🤣
Saya mulakan dengam tanaman pokok bunga raya yang bermula dari penyediaan tapak hinggalah tanam dan jaga.Tapi saya tidak berseorangan...
Saya bersama Shidah & Milah yang juga sama-sama baru bertugas di sini.Bezanya,Shidah & Milah dah setahun di sini ,manakala saya baru 2 bulan lebih.
Tapi Glowing Habiscua baru dimulakan sebulan yang lepas dengan saya sebagai ketua.
Di situlah saya belajar menggembur tanah...menanam anak benih pokok bunga raya.Hari-hari menyiram bukan sahaja pokok habiscua tetapi juga menyiram rumput agar hijau kerana laman habiscus ni terletak di lereng tebing bukit berbatu.

Asalnya saya berharap dapat sertai kebun sayuran tapi hikmah juga ditempatkan di Glowing Habiscus yang masih agak kosong..
Atleast boleh mula dari kosong & sesuailah dengan ilmu yang dangkal ni...Bagi laman ni pun saya tak tahu bagaimana nak mulakan...Bayu yang banyak membantu..menunjuk ajar..

Hinggakan nak beli anak benih pun saya tak tau..Bayu yang belikan dan ajar cara menanam


Sekarang,hari hari berpijak di bumi nyata  bermain dengan tanah...berbual dengan pokok.
Sebenarnya dulu selalu berangan kalau dah bersara nanti nak berkebun kecil-kecilan di belakang rumah...tapi ilmu berkebun zero!
Dulu2 zaman kanak kanak hingga remaja memang lah pernah tanam pokok ubi pokok cili..menanam dan menuai padi bagai..Tapi itu semua sudah berzaman
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang maha mengetahui...
Allah gerakkan hati untuk berhijrah dari tempat kerja lama dan Allah hantarkan saya ke sini..
Allah beri peluang belajar ilmu berkebun di sini...
Mungkinkah ini untuk persediaan saya bersara nanti?
Allahurabbi....benarlah...apa yang kita fikir dan sebut sebut itu menjadi doa...


Paling tak sabar saya nak tengok hasilnya...ni...pokok padi 
Walau "sawah" hanya sekangkang tupai tapi saya tumpang terapi diri di sini mengikuti perkembangan dari merandam bini benih padi hinggalah menanam & in shaa Allah saya nak menyertai mereka menuai padi nanti.Bayu sudah berjanji nak buat alat " ketaman" padi untuk mengetam padi bila sudah masak nanti.Kalau berjaya tanaman padi ni...tahun depan saya nak ajak Bayu tanam padi pulut & saya nak ajak mereka mengemping.In shaa Allah saya masih ingat proses mengempi g padi pulut.

Saya juga berangan nak ajak Bayu tanam pokok kopi & kalau ada rezeki dan  umur panjang nak tunjukkan kepada mereka proses menghasilkan homemade kopi kampung.

Tapi bila rujuk sumber...kopi mengambil masa agak lama untuk mengeluarkan hasil...Takutnya dah bersara pun pokok kopi belum berbuah🤣🤣🤣

Buat masa ni...belajar lah dulu tanam pokok bunga raya bagi hidup dulu......hihihi


Melihat bunga pertama berkembang pada minggu lepas...hati saya juga turut berbunga...


Belanja sekuntum bunga raya pink ni dulu..


 Dan bunga raya daun batik putih ni....
Sekarang ada lebih 30 batang pokok habiscus hasil tangan kami sedang berjuang membesar..
Kita nantikan beberapa bulan lagi tengok rumbesarannya yer...!


Friday, 22 August 2025

SAMBAL BEBERUK KHAS LOMBOK

 Assalamualaikum...

Dah sebulan tak jenguk sini dek kesibukan selepas bertukar tempat kerja.Biasa la kan bila kita di tempat baru .Banyak perkara baru nak kena belajar..walau dah lama bekerja..Tapi secara positifnya semakin hari dah mula seronok mempelajari ilmu baharu terutama bab pertanian.Jika sebelum ni banyak terperuk buat kerja kat bilik kerja beraircond...sekarang saya banyak menghabiskan masa berdamping dengan pokok-pokok. 

Sebenarnya banyak nak kongsi cerita ...Namun hari ini lebih kepada nak share satu lauk simple yang telah menjahanamkan diet saya🤣🤣🤣



SAMBAL BEBERUK..

Nama tak seindah rasa..Kalau dengar namanya saya terbayangkan 🐒..hihihi
Kalau kat kampung saya..🐒 yang banyak berkeliran kat kebun tu kami panggi " Kera".
Sebaliknya kalau monyet yang  dilatih untuk panjat pokok kelapa tu kami panggil "Beruk".. Beruk ni biasanya nampak lebih besar dan ganas..bont*t nya pula kembang warna pink!🙊.. Boleh bayangkan tak?Nak share gambar tak sampai hati..!!🤣
So kalau sekali dengar "beberuk" macam singkatan kepada beruk-beruk pula...Tapi pastinya ada maksud lain memgikut tempat asal sambal ini kan...Saya tidak pasti apa maksud beberuk dalam bahasa Lombok.Namun hati teringin sekali nak menjejakkan kaki ke Lombok...Semoga ada rezekinya nanti..in shaa Allah..


Dalam minggu ni dah 3 kali saya buat sambal ni..Sebab tu saya luangkan juga masa kongsikan sambal ni kat sini kerana teringat akan beberapa orang rakan maya yang saya hampir pasti mempunyai selera  tekak dengan saya bab lauk kampung macam ni..Sejujurnya saya rindu nak berceloteh dengan rakan-rakan maya walau hanya bertemu diarena maya.. Walau tak dapat menghantar sepiring sambal ni di alam nyata...namun dengan perkongsian ini harapnya rakan-rakan juga dapat menikmatinya..Cubalah ye kawan-kawan..

Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH



Untuk video  " SAMBAL BEBERUK " ni  boleh klick :
👇👇👇👇