Lepas raya,antibodi macam tak berapa kuat.Mungkin juga faktor umur dan faktor pemakanan.
Ubat klinik sudah ubat farmasi pun sudah.Namun demam,batuk,sakit tekak dan migrain tidak menunjukkan perubahan positif.Nak ambil MC @ cuti keadaan tak mengizinkan lantaran perlu handle program yang agak penting.Program melibatkan banyak pihak takkan kita nak cuti atau mc..tentu menyusahkan orang lain.
Ubat dah berjenis jenis telah..Air kalapa dah 3 biji minum..namun tiada tanda sembuhnya demam dan sakit kepala.Mata dah naik sembab asyik keluar air mata bila kepala berdenyut.
Akhirnya Isnin..tak mampu tunggu habis kerja...
Ke PKD Cheras..
Doc tanya kenapa datang sini..kenapa tak pergi klinik ikut alamat rumah?
Laa...takleh gi klinik sesuka hati rupanya
Huhuhu... klinik kerajaan ni lagi dekat dengan tempat kerja kot...
Sebenarnya saya tak tau pun kalau nak ke klinik kerajaan kena ikut alamat rumah bagai..
Maklumlah,sokmo ambil mudah ja pergi klinik swasta sebab dekat dan takpayah tunggu lama..Ni kali pertama saya ke klinik kerajaan setelah kali terakhir lebih 20 tahun dah kot....kalau tak salah la..
Kena ambil darah sebab suspect denggi
Ini kali ke 4 saya ke klinik ni..Tiga kali atas urusan gigi & ini kali pertama untuk demam.
Rupanya ada unit khas untuk demam kat belakang bangunan iaitu ruang terbuka dan tiada aircond.Kat unit demam tu la untuk suspect denggi...covid dan sewaktu dengannya.
Kena bawa darah sendiri ke makmal & tunggu result keluar & bawa semula ke unit demam untuk jumpa doc.
Besar juga klinik ni.Walau namanya klinik tapi pada saya dah macam spital.Jenuh juga nak cari bilik tu dan bilik ni...
Dapat result darah..bawa jumpa doc..
Alhamdulillah,kata doc darah saya elok ja..cantik result..
Entah lah..saya buka reti baca result tu...baik kata doc,baik lah bagi saya...hihihi
Doc kata,bebas denggi..Tapi dah suspect covid la pulak...
Kena balik buat covid test sendiri kerana covid test kit kat situ kehabisan stok..
Dipendekkan cerita...
Doc bagi MC dua hari..
MC kerjaaan memang standard warna dia kuning krim macam ni..
Tapi MC klinik @ hospital kerajaan tinggi valuenyaðŸ¤
Bukan senang doc kerajaan nak bagi MC kalau tak yer yer...hihihi
Banyak pelajaran saya dapat bila ke klinik kerjaaan..Antaranya
1.
Menguji kesabaran kita sebagai pesakit..Namun saya rasa lagi teruji kesabaran para nurse & doc nak berhadapan ratusan pesakit setiap hari.
2.
Menyedarkan saya betapa banyak perkara telah berubah seiring peredaran masa dan teknologi..membuat saya rasa sangat kerdil.
3.
Betapa beruntungnya kita dibumi Malaysia bertuah boleh dapat rawatan perubatan dengan kos murah.Begitu juga warga lain dari seluruh dunia bersama menikmati kebertuahan itu walau mungkin dikenakan sedikit bayaran namun jauh lebih murah.Layanan para petugas juga harus diberi pujian.Mungkin antara itu juga menjadi asbab Allah melimpahkan rahmat kepada kita dan tanah air tercinta ini..Semoga Allah pelihara tanah tumpah darah kita ini dari makhluk makhluk yang berniat jahat..🤲🤲🤲
Balik klinik terus beli test kit...buat covid test..
Alhamdulillah -ve
Pengakhirannya semua sakit menjadi lega hanya dengan sepapan Panadol yang dibeli semasa balik dari klinik kerajaan tu..
Alhamdulillah..Allah masih sudi menganugerahkan kesihatan yang baik🤲