Saturday, 4 May 2024

RASA MACAM NAK SAMBUNG BELAJAR LA!

 1 Mei cuti umum Hari Pekerja...

2 Mei..Khamis dapat arahan hadiri taklimat berkaitan kerja kat City University..

Macam tak pernah dengar pulak university ni..Ke...saya je yang tak pernah dengar?


Laaa...rupanya City U ni kat PJ & tepi Federal Hiway  tu je..
Bila wujudnya City U ni?
Hihihihi
Nampak sangat saya dah lama tak lalu Federal hiway...
Biasa kalau nak ke Shah Alam bagai saya lebih suka guna KESAS hiway.
Bila baca info rupanya dulu City U ni dikenali sebagai Kolej Komuniti PJ.
Patutlah saya tak tau...hihihi..
( alasan)🤭




Saya sampai ke CtU ni seawal 7.30 pagi sedangkan dalam surat yang diterima taklimatnya pukul 8pagi..
Sudahnya pukul 9 baru start kerana ramai yang sampai lambat terperangkap dalam kesesakan jalan raya..Maklumlah semua peserta terlibat iaitu lebih 50 kebanyakan 1st time datang CtU ni..Tak boleh jangka trafficnya..Tapi..Federal Hiway ni bila je pun yang tak jem kan..hihihi



Taklimat dijangkakan selesai pukul 4.00 petang..
Lunch @ Cafe dorang..
Masa makan tu nampak la ramai juga student foreigner...Masa naik lif pun dapat la dengar kebanyakan bercakap menggunakan dialek Timur Tengah & Africa..

City University ni IPTS...
Tapi kenapa taklimat kami kat sini..tidak lah saya tahu..
Mungkin sebagai kolaboratif antara pihak kerajaan dengan swasta la agaknya...
Biasanya kalau ada kolaboratif ni mesti ada iklan dihujungnya ni

Benar bagai dikata..dipenghujung taklimat ada slot pendek 
"Bersama City University"

Mulanya saya malas nak dengar..Pada saya kalau dah habis talimatnya...benarkan la kami balik  awal sikit🤭
Takyah la nak iklan iklan pulak🤭
Kami bukan student..ramai dah berumur dah pun
Ada ke yang  berminat nak sambung belajar..?


Tapi bila dah tengok kursus yang ditawarkan..agak menarik
( ada macam macam course)


Meh..saya zoom in skit course yang ditawarkan...

Ada tak yang kena dengan kerjaya rakan-rakan?

Yuran pengajian....katanya antara yang agak murah
( Katanya ada special offer untuk kakitangan kerajaan)

Masa pengajian ...agak fleksibel.

Tetiba....eh,rasa macam nak sambung belajar la pulak..
Kalau buat master hanya 1 tahun..Masuk bulan Mei 2024..
Bulan Julai 2025 dah grad..
Wow...menarik!

Macam dah kena guna-guna..Tetiba rasa semangat nak sambung study...hahahaha



DENGGI BUKAN COVID PUN BUKAN

Lepas raya,antibodi macam tak berapa kuat.Mungkin juga faktor umur dan faktor pemakanan.


Ubat klinik sudah ubat farmasi pun sudah.Namun demam,batuk,sakit tekak dan migrain tidak menunjukkan perubahan positif.Nak ambil MC @ cuti keadaan tak mengizinkan lantaran perlu handle program yang agak penting.Program melibatkan banyak pihak takkan kita nak cuti atau mc..tentu menyusahkan orang lain.

Ubat dah berjenis jenis telah..Air kalapa dah 3 biji minum..namun tiada tanda sembuhnya demam dan sakit kepala.Mata dah naik sembab asyik keluar air mata bila kepala berdenyut.


Akhirnya Isnin..tak mampu tunggu habis kerja...
Ke PKD Cheras..
Doc tanya kenapa datang sini..kenapa tak pergi klinik ikut alamat rumah?
Laa...takleh gi klinik  sesuka hati rupanya
Huhuhu... klinik kerajaan ni lagi  dekat dengan tempat kerja kot...
Sebenarnya saya tak tau pun kalau nak ke klinik kerajaan kena ikut alamat rumah bagai..
Maklumlah,sokmo ambil mudah ja pergi klinik swasta sebab dekat dan takpayah tunggu lama..Ni kali pertama saya ke klinik kerajaan setelah kali terakhir  lebih 20 tahun dah kot....kalau tak salah la..



Kena ambil darah sebab suspect denggi



Ini kali ke 4 saya ke klinik  ni..Tiga kali atas urusan gigi & ini kali pertama untuk demam.

Rupanya ada unit khas untuk  demam kat belakang bangunan iaitu ruang terbuka dan tiada aircond.Kat unit demam tu la untuk suspect denggi...covid dan sewaktu dengannya.


Kena bawa darah sendiri ke makmal & tunggu result keluar & bawa semula ke unit demam untuk jumpa doc.
Besar juga klinik ni.Walau namanya klinik tapi pada saya dah macam spital.Jenuh juga nak cari bilik tu dan bilik ni...


Dapat result darah..bawa jumpa doc..
Alhamdulillah,kata doc darah saya elok ja..cantik result..
Entah lah..saya buka reti baca result tu...baik kata doc,baik lah bagi saya...hihihi

Doc kata,bebas denggi..Tapi dah suspect covid la pulak...
Kena balik buat covid test sendiri kerana covid test kit kat situ kehabisan stok..


Dipendekkan cerita...
Doc bagi MC dua hari..
MC kerjaaan memang standard warna dia kuning krim macam ni..
Tapi MC klinik @ hospital kerajaan tinggi valuenya🤭
Bukan senang doc kerajaan nak bagi MC kalau tak yer yer...hihihi

Banyak pelajaran saya dapat bila ke klinik kerjaaan..Antaranya

1.
Menguji kesabaran kita sebagai pesakit..Namun saya rasa lagi teruji kesabaran para nurse & doc nak berhadapan ratusan pesakit setiap hari.

2.
Menyedarkan saya betapa banyak perkara telah berubah seiring peredaran masa dan teknologi..membuat saya rasa sangat kerdil.

3.
Betapa beruntungnya kita dibumi Malaysia bertuah boleh dapat rawatan perubatan dengan kos murah.Begitu juga warga lain dari seluruh dunia bersama menikmati kebertuahan itu walau mungkin dikenakan sedikit bayaran namun jauh lebih murah.Layanan para petugas juga harus diberi pujian.Mungkin antara itu juga menjadi asbab Allah melimpahkan rahmat kepada kita dan tanah air tercinta ini..Semoga Allah pelihara tanah tumpah darah kita ini dari makhluk makhluk yang berniat jahat..🤲🤲🤲




Balik klinik terus beli test kit...buat covid test..
Alhamdulillah -ve
Pengakhirannya semua sakit menjadi lega hanya dengan sepapan Panadol yang dibeli semasa balik dari klinik kerajaan tu..
Alhamdulillah..Allah masih sudi menganugerahkan kesihatan yang baik🤲

Tuesday, 30 April 2024

BUAT CENDOL GUNA TEPUNG HON KWE MEMANG MENJADI

Teringin nak makan cendol buatan sendiri...supaya boleh ikut nak lemak,manis bagai ikut tekak sendiri


Dulu zaman kanak-kanak,mak selalunya akan buat cendol pada musim menuai padi.Masa musim menuai padi ( antara bulan Disember - Mac tu kan cuaca panas.Sesuai la buat cendol.Tapi resipi ori  orang kampung mestilah guna teoung beras yang ditumbuk sendiri.


Beras direndam semalaman dan di sejat sebelum ditubuk dan diayak.Lepas tumbuk tepung,mak akan tumbuk pula daun pandan.Harum sekampung.

Kemudian tepung beras dibamcuh dengan air pandan dan air kapur( kapur yang dimakan dengan sirih tu).Air kapur tu untuk kasi adunan cendol jadi kenyal dan tak mudah basi.

Acuan cendol mak buat dengan menggunakan periuk lama .Mak lubangkan banyak banyak mengunakan paku besar.Adunan cendol tu biasanya mak lenyek dalam periuk berlubang tu yang bawahnya mak tadah baldi atau periuk besar berisi air yang banyak.Nikmat dapat makan cendol musim panas.Ya la kita anak kampung mana pernah jumpa cendol mamak bawah pokok.Hanya kenal cendol air tangan mak ja.

Tapi nak mengulangi proses membuat cendol macam mak,rasa tak terikut...nak tumbuk tepung bagai memang tak la kan...

Tapi boleh ja guna tepung beras beli siap dan blend daun pandan serta guna kapur sirih untuk rasa seakan ori dulu dulu.Mungkin lain kali saya akan cuba..

Tapi untuk kali ini saya gunakan tepung Hon Kwe

Akhirnya dapat juga makan ( eh,cendol ni kita nak sebut makan ke minum ek?)hihihi



Buat tak banyak pun...sebab tak confident asalnya takut tak jadi...
Maklumlah saya buat cendol ni versi derhaka.Biasa orang buat cendol guna tepung beras,air kapur daun pandan bagai...



Tapi saya hanya guna teping hon kwe ni saja sebagai  short cut 
Tak payah nak guna kapur,pandan bagai...Saya hanya guna tepung hon kwe dan air sahaja.Tapi tepung hon kwe  ni ada yang putih plain,pink hijau bagai.Saya guna tepung hin kwe yang tulis" hijau" .
So tak payah nak tambah pandan,kapur dah..
Hasilnya...cendol jadi kenyal dan warna hijau lut sinar.Cendolnya lembut tetapi masih kenyal dan tidak mudah hancur.

Ratio- 1:4
1 bagian tepung hon kwe + 4 bahgaian air
( 1 cawan tepung honkwe + 4 cawan air)

- Bancuh tepung hon kwe hijau dengan air..Kalau nak harum pandan,blend la 3 helai pandan,jadikan air pandan tu  4 cawan.

- Kacau tanpa henti atas api sederhana.

- Bila pekat meletup letup terus matikan api.

- Tuang dalam penapis berlubang bulat tu dan tekan tekan dengan senduk dalam bekas berisi air sejuk @ air ais...in shaa Allah jadi

( saya hanya guna ½ botol tepung hon kwe ni iaitu +- ½ cawan tepungnya & 2 cawan air)

Ni la acuan cendol saya🤭
Abaikan la kemek-kemek tu.Maklumlah umurnya dah lebih dua dekad...hihihi

Maaf la takda pulak pi step by step sebab masa nak buat tak terfikir pun nak rakam...
Bila cendol dah siap baru rasa sayang pula kalau tak dijadikan entri...hihihihi


Ini lah hasil cendol menggunakan tepung hon kwe tu.



Dapatlah cendolnya lebih kurang  2 cawan penuh.

- Yang hitam tu - air gula melaka( saya guna 2 cawan brown sugar masak dengan 1 cawan air hingga agak pekat.

- Yang putih tu santan.
Saya guna  1 cawan penuh santan segar yang pekat perah tanpa air tu..belinkat pasar.
- Santan tu + sikit garam & saya blend dengan ais tube yang dipwcah pecahkan.
- Patutnya saya gunakan banyak ais tube tu supaya hasil ya jadi macam ais sagat.Tapi sebab ais ada sikit ja..tak nampak la sangat aisnya.


Alhamdulillah...
Sedap pada tekak saya..Boleh la untuk hilangkan teringin.Cendolnya kenyal tapi tiada lah bau pandan kerana saya tak guna daun pandan.Lain kali kena juga guna pandan agar lebih harum dan nostalgia.
Saya hanya buat basic cendol plain sahaja..Takda tambah kacang merah,jagung bagai.Hanya cendol,air gula melaka,santan bergaram & ais..
Jadi penyejuk tekak untuk iftar puasa 6 saya.