Sunday, 2 April 2023

MENU IFTAR KE 10 : KUE TEOW GORENG & AIR TEH BUNGA KA

 Salam Ramadhan ke 11.


Semalam Ramadhan 10 saya hanya masak Kue Teow Goreng sahaja.
Dah start mengukis,maka makan la ala kadar sahaja untuk iftar.

Pukul 7.00 malam baru saya mula masak.Kelentang kelentung ..Alahamdulillah siap sebelum azan maghrib.


Buat  jeruk cili kicap sebagai booster🤭

JERUK CILI KICAP


5 biji cili merah...kalau cili yang kecut lagi bagus
1/2 cawan kicap manis
1 sudu makan cuka

1. Hiris cili nipis2...kalau yang kecut senang ...gunting kan sahaja...x perlu buang bijinya.
2. Tuangkan kicap manis & cuka..
3. Biarkan seketika supaya rasanya mesra..lagi baik disediakan sehari sebelumnya...simpan dalam bekas bertutup...sedap dimakan bersama kuay teow..mee & nasi goreng..

Jeruk Cili Kicap tu boleh tengok SINI..



Iftar bertiga beranak semalam.
Rebus 3 biji telur ..sorang sebiji.


Buat la Air Teh Bunga KA.
Kali ni lengkap semua bahan.
Teh bunga
Buah longan
Limau Kasturi
Asam boi
Ais


Malangnya bika semua bahan lengkap,anak-anak cakap ..
Air ni lagi sedap tanpa asam boi macam

Kata depa...asam boi tu membuatkan rasa dah tak sesegar teh bunga + limau kasturi dan longan sahaja.

Lain kali nampaknya kena buat tanpa asam boi la...hihihi


PUDING CAREMEL BERKRIM & CERITA GIGI PATAH

Juadah pemanis mulut hari Isnin.

Ni sambungan daripadaMENU IFTAR RAMADHAN HARI KE-5

Ceritanya hari Isnin tu saya MC & anak bujang tu order Domino's Pizza.

Sebenarnya walau tak masak lauk pauk tapi saya sempat juga masak pemanis mulut.



Puding caremel berkrim

Saya buat dalam bekas bulat 5" sahaja menggunakan 4 biji telur.
Biasa saya buat dalam loyang 10" menggunakan 10 biji telur.Ni dah bulan puasa memang buat saiz kecik la sikit.

CREAM CAREMEL
4 biji telur ayam
( saya guna telur omega)
1 sudu vanilla
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
( campur susu pekat dan susu cair serta air secukupnya untuk menjadikan 750ml)
½ cawan gula halus

1.Buat gula hangus.Masukkangula halus dalam kuali dengan api kecik.Bila gula cair,masukkan ½ cawan air panas dan masak hingga kembali cair dan sedikit pekat.
*saya suka guna gula halus kerana ia cepat cair dan warna gula hangus cantik keemasan.

2. Kacau telur dan vanila menggunakan wisk.Jangan dipukul sebaliknya hanya kacau agar bercampur rata sahaja.
**Ini untuk mengelakkan puding berlubang-lubanh macam cheese tu.

3. Bancuh susu pekat dan susu cair.Campur sikit air hingga mendapat 750ml bancuhan susu.

4. Panaskan susu hingga panas tapi bukan mendidih.Anggaran 5 minit.
** Sementara itu jerang air dalam pengukus.

5. Tuang susu panas dalam campuran telur sambil dikacau dengan wisk hingga nampak sedikit pekat.( Susu dah diangkat dari api dan ini maksudnya kacau dalam bekas telur)

6. Pastikan air sudah mendidih.Kukus adunan dengan api sederhana selama ½ jam.Kalau api kuat,permukaan puding akan berkedut.

7. Biar sejuk .Longgarkan sekeliling loyang baru diterbalikkan sebelum hidang.


Alhamdulillah...
teksturnya lembut berkrim dan tiada lubang-lubang.
Makan sejuk-sejuk memang layan ni.

Sebenarnya walau saya MC pada hari tersebut,asalnya saya bukan lah sakit.Tetapi berlaku insiden yang sedikit kelakar dan mungkin menggelikan bagi sesetengah orang.
Namun saya catatkan juga disini sebagai kenangan dan rujukan.
( Kalau ada yang geli  geleman skip yer🤭)

Ketika bersahur,tetiba bridge gigi saya patah.
🤭kelakar dan memalukan( sebenarnya memyedihkan😭) tapi itulah kenyataan.

Ya,saya menggunakan bridge pada gigi kacip kerana sebatang gigi saya telah patah akibat kemalangan basikal semasa saya darjah lima.


   pic google(Pakcik Kordi)

Masa darjah lima,emak dan ayah belikan sebuah  basikal kerana Achik dah sekolah.Sebelum Achik sekolah saya ke sekolah kadang ayah hantar separuh jalan.Kadang jalan kaki sampai sekolahBila ada basikal seronok bukan kepalang Saya penunggang dan Achik membonceng
dibelakang  pergi dsn balik dari sekolah.Suatu hari malang tak berbau..
Entah macamana semasa menuruni bukit stand basikal termasuk dalam jejeri basikal yang sedang berpusing ligat menuruni bukit. Tayar terbreak mengejut dan  tergolek di tengah jalan  tanah merah yang penuh batu lada.Saya terjunam kepala umpama orang berenang papan anjal( ni menurut rakan yang melihat kejadian) Luka teruk dan pendarahan hingga  tidak sedarkan diri.Achik juga luka tapi tidak separah saya.
Nasib baik ada orang kampung berhampiran yang menyedari kerana bunyi yang kuat.
Peristiwa ini  berlaku di kampung yang jauh dari kampung kami kerana jarak rumah kami ke sekolah +- 8km. Dengan bantuan orang kampung tersebut mereka ke kampung kami dengan panduan Achik untuk memaklumkan tersebut kepada emak.Di tempat kejadian,sudah heboh agak ramai orang kampung datang dan membantu mengusung saya ke rumah berhampiran.Sebuah bantal yang digunakan untuk mengalas kepala saya memang lencun dengan darah katanya.
Muka saya luka-luka.
Bibir pecah dan gigi patah.Lidah saya juga terbelah dihujung ya dan sehingga kini lidah saya sedikit "bercabang" dihujungnya,tapi tidaklah seperti lidah ular.Jadi jika ada yang cakap saya lidah bercabang memang betul..tapi saya bukan lah peribahasa yang membawa maksud cakap berbelit tu🤣.Saya baik🤭
Emak dengan bantuan bapa saudara membawa saya untuk rawatan.Lutut,lidah dan bahagian dalam bibir saya berjahit.Parut dalam bahagian bibir masih kekal hingga kini.Lutut kiri paling teruk.Berlubang sebesar cawan lompang dan dipenuhi batu-batu kecil.Lebih sebulan saya tidak bersekolah.Makan pun hanya bubur nasi dan setiap beberapa hari berulang ke klinik membersihkan luka dan membuka jahitan.Kampung saya dengan klinik lebih 20 km dan emak berulang alik membawa saya ke klinik dengan menaiki basikal dan separuh jalan baru ada bas kerana kampung kami tiada kemudahan jalanraya ketika itu.

Kesan dari itu,memang banyak parut berjahit dan hilang sebatang gigi hadapan.Tingkatan tiga semasa menunggu keputusan SRP saya mengambil upah kutip/menuai cabai dikebun Cina.Hasilnya saya dapat kumpul RM75.Setelah membayar yuran asrama sekolah yang tertunggak 2 bulan RM60..baki RM15 saya ajak mak pergi Pekan Pendang nak buat sebatang gigi  palsu yang cukup-cukup harga RM15.Barulah keyakinan diri saya timbul.Sebelum tu saya memang keyakinan  diri merudum kerana rongak.Dulu mana ada orang pakai mask🤭

Lebih 10 tahun kemudian,atas nasihat doktor gigi,saya tukar kepada bridge.Lagipun masa tu dah kerja...Kumpul modal nak buat bridge  dengan kos RM2700.Klinik Dr Ismadi

Saya masih ingat nama doc tu sebab sama dengan suami Sabariah,menantunya Nyonya Mansur dalam film Ibu Mertuaku..🤣

Dr Ismadi ni baik orangnya.Beliau benarkan buat bayaran ansuran.Semoga Allah merahmati Dr Ismadi


             pic google
Beginilah gambaran bride gigi saya.Sebatang gigi yang patah tu dah lompong kat depan.Gigi di kiri dan kanan diasah sehingga kecil.Gigi porcelin dibuat dalam tiga batang iaitu kiri dan kanan akan disarung pada gigi yang diasah.Kiri dan kanan ni la yang bertindak "memegang " gigi tengah yang tiada bertunjang tu.Sebab tu kena buat 3 batang walau yang rongak tu hanya sebatang.


Kebelakangan ini sudah lebih setahun saya kerap sakit gusi  depan dan perasan macam bridge tu sedikit senget tapi tidaklah ketara.Nak pergi dentist,satunya takut

( macam budak2 kan).Alasan lain ialah saya memikir kalau bridge tu kena buat baru..mesti ribu riban.Kalau dah lebih 20 tahun dulu pun RM2700.Sekarang???

Tapi tu lah takdirnya,pagi Ramadhan ke5,bridge tu patah 2 batang sebelah kanan.Pagi Isnin saya ke dentist.Nasib baik sekarang kena pakai mask.

Masuk bilik doc bila cerita,doc suruh buka face mask.Pastu  doc dan pembantunya pakat gelak berjemaah 🤣🤣🤣


Lepas buat pemeriksaan,rupanya gigi kanan yang telah diasah tu sudah lama patah dan reput dalam "sarung " gigi porceline tu. Hanya tinggal tunjangnya sahaja melekat pada gusi.Sebab tu beidge tu sedikit senget dan saya sakit gusi.Dia patah sebab belah kanan dah tak ada "pemegang".Yang belah kiri masih elok sebab tu masih melekat.

Kata doc:

"Memang Patah Tak Bisa diSambung.Maka,Barang Lepas Jangan diKenang"

😭😭😭😭😭🙈🙈🙈

Penyelesaian segera adalah cabut tunjang gigi kanan tu.Rongak la dua gigi depan.Kata doc penyelesaian paling cepat pun  adalah buat gigi palsu..

TAPI... paling cepat boleh buat gigi palsu adalah 1½ bulan selepas cabut supaya gusi sembuh dan kecut sepenuhnya.

Nasib baik sekarang zaman orang pakai face mask.Boleh la cover.Pi kerja pun memang saya tak akan buka mask.Nasib baik bulan puasa tak payah buka mask untuk makana..Tiada siapa yang tahu kecuali 4 orang.Tu pun sebab terpaksa bagitahu atas sebab kerja.

Tapi sekarang dah ramai yang tahu la kan sebab dah bacaaa posting ni🤣

Tapi yang membaca ni  in syaa Allah tak cam saya kan..Rakan2 tempat kerja takda yang tau blog ni kecuali Hasu..( Hasu jangan pecah lubang tau!!🤭)



Tapi raya nanti?????

😭😭😭😭😭😭.

kalau pakai mask..pi beraya macamana nak makan..

Ka kena beli niqob pula..konon-konon saya dah  saya dah berniqob.Boleh la makanan hulur kot bawah niqob..

🤭🤭🤭

Saturday, 1 April 2023

MENU IFTAR KE-9 : SOTO MADURA,MURTABAK,TAUHU BERGEDIL & AIR 🍓

 Salam Ramadhan ke -10..Alhamdulillah kita telah berjaya mengharungi trimester pertama Ramadhan dan in shaa Allah kita masih berpeluang 19@20 hari lagi bersama Ramadhan.


Semalam,9 Ramadhan,saya hanya masak Soto Madura untuk hidangan iftar.Walau nampak tak cukup syarat kat eksesori dia,namun rasanya sangat lah sedap pada tekak saya dan anak-anak.
Tapi semalam kami  iftar 3 beranak sahaja..
Adah habis ja kerja dia pi Buffet Ramadhan @ Bora Ombak Putrajaya..
So,kami bertiga sahaja makan Soto Madura..Kami anak beranak memang penggemar Soto Madura.Kalau tengok dalam oldpost memang banyak posting Soto Madura.Cuma lately ni saya dah jarang masak hinggalah puasa ke -9 ni teringin sangat nak makan Soto Madura.Walaupun makan dengan nasi impit yang belum sejuk tapi macam bertambah sedap pula sebab ketupatnya kenyal tapi ada lembutnya.

Dah lepas asar baru rebus nasi impit.Alhamduliah rebus 1½ jam dan tambah air panas beberapa kali,elok kejadiannya.Waktu berbuka,nasi impit masih suam tapi tetap elok bila dipotong.Saya guna nasi impit brand "Santan".
1st time guna brand ni..not bad...cuma tidak la harum macam brand Adabi.Kena la letak daun pandan kalau nak bau harum.

Kuah Soto Madura ni pun saya guna ½ ekor ayam sahaja.Balik kerja singgah beli kat pasaraya baharu  buka.

Tak perasan pulak daun sup dah habis..Hanya ada daun bawang.Nasib baik yang lain ada.Limau nipis,tauge,kacang tanah goreng dan wajib la ada tauge.Baru best.Kalau takda tauge selalunya saya gantikan dengan kobis yang dihiris nipis-nipis.Pun sedap.
Kacang tanah pun saya ganti dengan kacang shandong sahaja sebab yang makan kacang hanya saya sorang.Eh,lagi sedap swbab kacang shandong tu lagi rangup.Depa semua tak suka kacang,takut jerawat katanya.


Tengah goreng kentang nak buat bergedil.Sekali Cella balik dengan abang dia bawa balik tauhu bergedil.Terus tak jadi buat bergedil🤭.Kira tau bergedil ni sebagai ganti bergedil la kan.Dah depa beli 2 bungkus,ok sangat la tu...hihihi

Sambal Kicap pun mmang dah ada stok.Saya buat stok sebotol simpan dalam peti ais..Bebila buat pisang goreng ka,sup ka...sambal kicap dah ada.


Tu yang terjengul.sikit kat bawah tu la kentang tak jadi bergedil.Pun depa pakat makan campur dalam soto ni.Habis!!
Depa kata sedap..
Kalau dah kentang goreng kosong pun sedap,lain kali tak payah buat bergedil la..goreng ja kentang kosong🤭🤣.

Ada murtabak daging.Beli kat BR Bandar Tun Hussein Onn( BTHO).
Cella kata habis kelas dia pi pick abang dia kat Ancorp Mall PJ.Abangnya entah kenapa mata bengkak & pedih.Dia call suruh adik dia pi ambik sebab tak boleh nak ride motor mata pedih.Balik terus adiknya bawa pi klinik kat BTHO..tu yang membeli murtabak,taugu bergedil dan air strawberry kat sana.
Kata anak bujang tu kat BR BTHO lagi murah dari BR Permaisuri.
BTHO murtabaknya hanya RM4...kat Permaisuri RM5.Rasa sama sedap.
Tauhu Bergedil pun kat Permaisuri 6 pcs =RM9
Kat BTHO 5pcs = RM6

Cella dok ulang tambah kuah ja hirup.Lemak,masin, masam dan pedas bergabung.

Eh,mana air?
Laaa..Cella tak snap pic Air Strawberry!
Sejak puasa ni pic makanan dibantu oleh Adah & Cella.Tu yang nampak jernih lain sikit.Kalau saya snap boleh kenal la keruh semacam..hihihi
Plan asal saya nak buat lagi Air Teh Bunga Longan KA tu ..
Tapi dah depa beli air...tak jadi la saya buat..


SOTO MADURA.
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 ketul halia
1 ketul kunyit- serbuk pun...boleh
1 bungkus rempah sup serbuk
1 btg serai
1 kotak santan Kara
minyak masak
garam,gula


Nasi impit - rebus & sejukkan


Hiasan:
daun sup
tauge mentah
limau nipis
isi ayam goreng


Sambal Kicap:
15 biji cili padi
2 bawang putih
gula,garam,cuka
****Goreng dulu cili & bawang putih..pastu blend ngan kicap ,gula,garam & cuka....selain lebih sedap..dengan menggoreng dulu cili tu..x la sakit perut nanti.


1. Blend semua bawang2,halia,kunyit  bersama rempah sup...


2. Panas minyak & tumis semua bahan blend


3.Bila dh naik minyak..masuk kaki ayam.. kalau guna ayam ,masukkan ayam.Bila isi ayam dh masak angkat & goreng.Koyak2 isi ayam tu tabur atas soto...


4. Masuk 5 cawan air & serai..biar didih..


5. Masuk plak garam,gula & santan kotak


6. Bila dh masak..hidang la dengan nasi impit & bahan lain 


Kalau ada bahan lengkap..macam ni la rupa dia..ni pic dari old post.


Lepas maghrib Cella kata nak pi UPM..Bungkus la dua pack bagi dia bawa bagi la kat kawan.Boleh depa makan balik tarawikh nanti.Petang ni kawan-kawan plan nak masak apa?
Hihihi..
Saya belum ada plan tapi memang akan masak  sejenis sahaja kot..


Tengah kayuh buat buat kuih raya..hihihi.
Tapi minggu ni buat cookies dulu.Untuk Elyda di Shah Alam..Nanti yer kita buat dahlia minggu lagi satu.Nak fokus kat cookies dulu

Target 2 hari ni nak siapkan 40 balang..
So,hari ni kena target 20 balang.
Doakan saya dimudahkan urusan🤲