Cuaca hujan sejak pukul 4 pagi tadi.Kelam kabut bangun angkat kain yang dijemur malam tadi.
Ni baru dapat menghirup kopi O panasa bertemankan mihun goreng.Cuaca di luar masih hujan.Matahari langsung tidak menunjukkan dirinya..
Inilah bekal saya hari ni.Mihun Goreng Rencah Daging dan secawan Kopi O panas.
Bawa 4 bungkus mihun goreng sebagai bekal..bersama 2 biji telur rebus..Masa bawa tak tahu pun akan jadi rezeki siapa.
Takdirnya sebungkus rezeki saya.
Sebungkus rezeki Nizam.
Sebungkus rezeki Ti
Sebungkus lagi Ruby.
Bersama sorang separuh telur rebus dan secawan kopi O.
Malam tadi sebelum tidur dah plan nak masak mihun goreng rencah daging untuk bekal.
Bila buka kabinet dapur ada 2 pack mihun kering.1 brand Jasmin seberat 400gm dan satu lagi brand Jati seberat 350gm.Tapi saya nampak macam mihun Jati tu lagi berat.Saya tak puas hati.Terus keluarkan kitchen scale dan timbang.
Hmmm....apa yang ditulis tu betul la...Depa kilang mestilah ada SOP.Depa tak salah pun.Saya yang salah kerana tak percaya pada label.Rugi masa 5 minit mencari scale dan menimbang.Akhirnya pilih mihun Jasmin.
Masa gerak lepas subuh tadi bermula dari traffic light dekat rumah tu,ada sebuah kereta depan saya.Aduh,jalan kosong depan dia..dia boleh drive 20km/j...Macam kekura.
Nak memotong tak boleh sebab lorong kanan kereta dari arah depan tak putus-putus.Huh,dekat 2km juga mengekor belakang dia sampai jem panjang kat belakang.Nasib baik lepas 2km dia masuk simpang lain.
Lalu pula kawasan kilang untuk short cut..
Sepanjang-panjang trailer berhenti tengah jalan dan forklift tengah angkut barang dari trailer tu.Ya Allah,boleh pulak dia parking tengah-tengah jalan.Memang la ni kawasan kilang,tapi kenapa la berhenti tengah-tengah alam...?
Motor pun tak boleh lepas nak lalu...Hampir bergesel dengan muncung lori ..Alhamdulillah selamat...huhuhu..
Sampai kat traffic light OCBC tu lampu merah.Baru nak tarik nafas,lampu hijau menyala...Elok gerak kat tengah simpang ,baru nak belok kanan..tak semena-mena sekor anjing putih meluru ke tengah jalan dan berhenti betul-betul tepi bumper depan kereta saya..Nampak la anjing tu seperti kebingungan.Sekejap berlari kedepan..sekejap berpusing kenbelakang..Aduhhh...
anjing betul la..!!!🤣
Sampai tempat kerja...dari mula sampai hinggalah pukul 9.30 bermacam pula masalah timbul hari ni.Rasa macam nak menangis pun ya...Saya jadi betul-betul stress pagi ni..
Lepas dah bancuh kopi dan jamah bekal ni..baru sedikit tenang dan baru tersedar betapa syaitan sedang bertepuk kerana berjaya membuat saya stress pagi ni...
Astaghfirullah....
Semoga Allah ampunkan segala dosa dan mudahkan urusan di dunia dan urusan uhkrawi🤲🤲🤲