Tuesday, 7 June 2022

JEM KALI NI LEBIH TERUK DARIPADA JEM BALIK RAYA

 

Huhuhu...
Selama ni dok merungut jem ..balik raya sampai 9 jam..
Dok dengar ja cerita depa Pantai Timur terperangjap dalam jem sampai berbelas jam..




Ok..
Now apa yang dirungut...mendapat laaaa..
Amik kau....
11 jam KL - Kedah ..
Saya & Adah & Cella balik Kedah hari Sabtu..Bertolak pukul 6.30 pagi.Pukul 5.30 petang baru sampai Kedah.
Anak bujang tu bertolak pukul 7 malam ..
7.30 pagi baru sampai.
Alhamdulillah...walau mengdap jem...kebanyakan bersyukur dapat cuti berkembar 3 hari..
Sabtu..Ahad & Isnin tu Cuti  Hari Keputraan YDP Agong..
Agaknya semua pakat memanfaatkan cuti berganda ini..
Sejak Jumaat pakat berbondong keluar KL...
Hari Isni Selasa pakat berbondong balik KL .



Saturday, 4 June 2022

MASAK RENDANG DAGING ADABI- PENUTUP RAYA 6

 Semalam kami berempat buat penutup raya 6 sebagai meraikan mereka habis puasa 6 penghujung Syawal minggu lepas.


Walaupun kami tak ramai di atas kayangan tapi kami selalu ada kebersamaan bila diperlukan.

Saya masak Rendang Daging Adabi.


RENDANG DAGING ADABI.
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.


2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit.


** Saya masak 2kg++ daging untuk bawa makan bersama dan juga tinggalkan kat rumah.


Separuh bawa untuk makan bersama.

Ruby masak kuah kacang

Yati bawa Sambal Bilis

Shifa rebus nasi impit dan bawa serondeng daging,limau serta tembikai.

Makan tidak begitu nikmat kerana berebut masa,maklumlah hari Jumaat banyak kerja nak dibereskan.

Apapun Alhamdulillah semua berjaya selesaikan ibadah puasa 6.
Tahun ni memang saya berazam nak habiskan puasa awal-awal Syawal..
Syukur 



Thursday, 2 June 2022

JEJARI KREATIF- FERRERO ROCHER

 Kalau dah jejari kreatif.Buat apa pun jadi cantik menarik.


Ni hasil jejari kreatif Kak Zam.

Hari Isnin jadi AJK cenderahati perasmi.Dah risau nak bagi apa cenderahatinya..

Ros kata jangan risau sebab dia dah minta Kak Zam hiaskan coklat Ferrero Rocher ni sebagai cenderahati kepada perasmi.Selalunya perasmi depa panggil Ketua Balai Polis dari IPD sini.Tapi tahun ni hanya jemputan dalaman saja.Jadi tak la risau cenderahati.Itu pun kalau saya,memang gelabah biawak juga la nak cari.Nasib baik ada jejari kreatif ni...Kak Zam 


Simple saja kan...Tapi menarik dan sangat cantik di mata saya.


Hari tu masa buat makan-makan ngan Kak Mel pun..Kak Zam yang buatkan jambangan bunga Ferrero Rocher ni..Pun cantik 
Ni saya baru minta Kak Zam buatkan sebakul coklat Ferrero Rocher juga..

Saya nak tema putih..

Kak Zam sent pic ni semalam katanya dah siap..Cantik la..!