Friday, 3 December 2021

BUMI PUN BERCERITA

 


قال الله تعالى ﴿ يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ﴾

كل شيء فعلته في الأرض سوف تشهد عليه الأرض  هذه اليد شاهدة عليك فعلت كذا وكذا، وهذه العين شاهدة عليك، وهذه الأذن شاهدة عليك، وهذه الرِّجل شاهدة عليك، 


Firman Allah Taala :((Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya)).


Setiap perkara yang kamu lakukan di atas muka bumi , bumi akan menjadi saksi ke atasnya.

Tangan ini akan menjadi saksi ke atas  kamu apa yang kamu lakukan itu dan ini . Mata ini akan menjadi saksi ke atas perbuatan kamu , telinga ini akan menjadi saksi ke atas perbuatan kamu , kaki ini akan menjadi saksi ke atas perbuatan kamu...

Thursday, 2 December 2021

AYAM MASAK CABAI

Lama tidak update masakan...hihihi

Dah jarang saya masak beria.Saya sendiri pun dah tak ghairah nak makan sangat sekarang...

Sekarang laaaa...

Sebelum ni makan tak pernah tolak pun.Lepas daripada sekarang ni tak tau la...hahahaha🤣


Ni masakan saya hari Selasa.Dah lama tak beli ayam..tak masak ayam.Dua hari lepas,balik kerja singgah kedai runcit mamak sebelah tu.Tokey dia si Kassim tu tegur kata dah lama tak nampak saya.Bila saya tanya ni ayam hari ini atau ayam semalam sebab nampak semua dah sereleh kulit ayamnya.Bila saya tanya macam tu agaknya dia tersinggung atau dia tak senang barangkali.Terus dia cakap Tamil dengan pekerja dia..

Mengumpat saya la tuuuu🤣🤣

Saya memang tak faham ...Tapi lepas tu saya balas..

Deyy...vael mude'..

Terus senyap dia...🤭

Baru dia tau senyap...hahahaha


Ayam sekor besar penumbuk saja pun sekarang dah lebih RM20..

Dulu masa baru pindah rumah ni anak sulung dan nombor dua semua sekolah rendah lagi.Cella belum sekolah ...struggle nak cukupkan belanja.

Sekor ayam saya akan bahagi 4 bahagian.Sekali masak 1 bahgian.Potong kecik-kecik.Kadang campur kentang nak bagi banyak.Biasa saya makan kuah gitu saja sebab nak kasi anak-anak makan.Masak bekal,pun gitu juga.Yang penting anak-anak cukup.Swmua mak-mak pun macam tu kan..

Tapi ketika tu Allah bagi nikmat untuk semuanya jadi mencukupi...Makan apapun semua sedap waima sambal telur rebus dengan kentang.Nak masak pun rajin.Sekarang awat la saya dah tak serajin dulu...huhuhu

Resipi Ayam Masak Cabai ni  saya c&p dari oldpost

AYAM MASAK CABAI CARA DULU-DULU


AYAM MASAK CABAI DULU-DULU

1/2 ekor ayam-8 ketul   (gaul garam+kunyit) 
1/4 cawan minyak
1 sudu  garam
2 sudu teh gula perang

Bahan Giling /Blend
30 cili kering - buang biji & rebus
1 bawang besar
5 bawang putih
2 batang serai
3 hiris lengkuas
3 hiris halia
1 ketul kunyit

1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak(tak perlu garing) 

2. Dalam minyak yang sama anggaran 1/4 cawan, tumis bahan blend hingga naik minyak

3. Tambah garam, gula & masukkan juga ayam yang sudah digoreng. 

4. Gaul rata & biar hingga kuah pekat d berminyak. 

5. Sesuaikan rasa. 




Wednesday, 1 December 2021

SAYA DAH DAPAT BOOSTER

Minggu lepas bila kakak-kakak senior 5 siries kat tempat kerja dah dapat booster vacsin..
Betul lah katanya golongan berusia akan diutamakan..Rasa macam lambat lagi nak sampai tern.Maklumlah selagi tak capai umur warga emas...dok perasan masih muda..hihihi
Sekali hari Rabu balik kerja,dapat sms suruh semak MySejahtera..
Bila semak..eh,nama dah naik untuk terima booster.

Bila dok sembang-sembang...Ooo ada ja yang umur 40 an dan 30 an pun ada yang dah dapat .

Maka semalam petang tibalah  giliran sahaya.Tidak lagi di PPV....sebaliknya di klinik swasta yang tersenarai.Memang pilih baju yang lengan luas supaya senang nak selak ke bahu.Ikut appointment saya kna pukul 7.00 malam.Ish takkan nak gi time azan maghrib.Adah kata ,boleh saja pergi awal sikit.Adoi,kliniknya bertempat di kawasan yang sesak sesangat.Berkali pusing tak ada parking Jalan sesak penuh parking berlapis.Dah la kawasan Cina..klinik pun Cina..Pekerja dia semua Cina...Dah rasa macam kami kat Beijing..hihihihi..
Nasib baik staf dia mesra alam...
Rasanya saya dan Adah saja kot yang Melayunya.Tak tau la kot kebetulan ka atau macamana..Yang pasti,saya cakap kat Adah...kalau saya datang sorang,memang saya akan patah balik tak jadi vacsin..Saya takut...

Apapun Alhamdulillah...Akhirnya dapat parking selang beberapa bangunan rumah kedai.Menapak jauh jugak la .


Akhirnya ....selesai la..

Doktor kata untuk booster kesan dia lebih kuat dari 1st & 2nd dose dulu.Kata doktor ada yang ok,ada yang hanya lenguh-lenguh badan dan kebanyakan akan demam.Tapi andai demam,doktor pesan cepat-cepat makan panadol.

Ooo..patut la kebanyakan yang vacsin minggu lepas,MC 2 hari sebab demam.Tapi doktor meyakinkan saya...tak semestinya demam...lega sikit..

Lepas inject..tunggu dalam ½ jam untuk mereka update dalam Mysejahtera.Bila dah ok,boleh la balik.Dalam klinik tu juga disediakan fotobooth..

Rakam juga la gambar kenangan tanda dah terima booster..Hihihi..

Masa ninpun rasanya kami 2 beranak ja beria nak bergambar.Depa CinaCina tu semua lepas vacsin...takdak pun depa jakun bergambar macam kami dua beranak...hihihi



Adah pun nak juga .....

Sebenarnya semalam saya hampir nak batalkan janji temu vacsin ni sebab saya jadi takut.
Takut kerana dengar macam-macam berkaitan penerima booster ni...
Masa nak gi klinik tu perasaan macam orang nak kena operation..Rasa macam  nak serah nyawa 50/50.
Astaghfirullah...jauh sangat dah tu..
Adah dok pujuk cakap ..tak ada apa la...
Alhamdulillah,malam tadi hanya rasa sakit tempat inject tu saja.Tak demam pun.Hari ni pun,Alhamdulillah dapat pergi kerja.