Thursday, 2 September 2021

MOHON AMPUN DENGAN BERISTIGHFAR

 

الاستغفار سبيل وضعه الله لعباده للعود إليه بعد الذنب ؛ ليعفو عن سيئاتهم، ويقيهم شر عقوبتها، ويوفقهم لفعل الحسنات ، 

قال تعالى : " وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا " [النساء: 110]

Istighfar merupakan satu jalan yang disediakan oleh Allah kepada hamba hambanya untuk kembali kepadaNya selepas terjerumus ke dalam dosa supaya Allah menghapuskan kesalahan kesalahan mereka serta memelihara mereka daripada azab serta memberi taufiq kepada mereka untuk melakukan ketaatan , firman Allah :
" Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan dosa) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Wednesday, 1 September 2021

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN NANAS

 

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Nanas.Lauk yang sangat sedap untuk tekak saya.


Nasi putih 
Lauk Sambal Ikan Bilis Dengan Nanas..
Cukup hanya tambahan ikan lengat goreng 

Mampu membuatkan pecah liur ..Bahasa tempat saya yang bermaksud terliur la.

Anak dara la ni tak ramai yang volunteer nak kupas buah nanas..


Apa lagi nak buang mata nanas yang depa panggil bulu hidung nanas.Tapi depa ada pilihan bermacam gajet untuk memudahkan kerja dapur.Macam nak buang mata nanas ni pun ada banyak peralatan moden yang dijual.Tapi saya guna pisau sahaja sebab tak ada gejet moden tu..hihihi


SAMBAL IKAN BILIS DENGAN NANAS
1 biji nanas 
1 cawan ikan bilis kasar
¼ cawan minyak
¾ cawan cili blend halus
¼ cawan bawang blend halus
Garam,gula secukup rasa

1. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing.

2.Tanpa mengeluarkan bilis terus masukkan bawang blend hingga harum

3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak

4. Masukkan nanas yang dihiris-hiris,garam& gula

5. Masak agak lama  hingga air nanas kering & nanasnya menjadi seakan lutsinar.

6.Sesuaikan rasa


Plan asal nak masak pajeri nanas sebab nak gu kan dengan ikan lengat goreng.Tapi tiba-tiba teringat kesedapan sambal nanas.Terus tukar plan..hihihi
Tapi ni lauk dua tiga hati lepas.Hari ni time management memang fail....



WAJIB TANYA DIRI :



 قال الله تعالى : ((فلا تغرنكم الحياة الدنيا)).

يا أخي : يجب أن تطلب العلم، يجب أن تقتطع من وقتك وقتاً لطلب العلم، يجب أن تسأل : لماذا جئت؟ من أنا؟ ما حقيقتي في الدنيا؟ أين كنت؟ وإلى أين المصير؟ ما حقيقة العمل الصالح في الدنيا؟ لأن الإنسان حينما يغادر الدنيا، يقول:


﴿ رَبِّ ارْجِعُونِ* لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ﴾


Firman Allah Taala : ((maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia)).


Wahai saudaraku :  Menjadi kewajipan ke atas kamu untuk menuntut ilmu , menjadi kewajipan ke atas kamu untuk meluangkan masa bagi menuntut ilmu ....

Kamu wajib bertanya : Kenapa aku didatangankan ke dunia? Siapa diriku ? Apa hakikatku di dunia ini ? Di mana aku dan ke mana tempat kembali ? Apakah hakikat amal soleh di dunia ? 

Ini kerana manusia ketikamana dia meninggal dunia  , dia akan berkata : ((Wahai Tuhanku , kembalikanlah semula aku ke dunia , mudah mudahan aku dapat mengerjakan amal soleh yang selama ini aku tinggalkan)).