Alhamdulillah, hari ni rezeki murah. Dapat Cili Putih Sabah ni. Bukan senang nak dapat ni. Kat pasar pun tak jumpa orang jual.
Bukan sikit dapat ni. Banyak sunggguh & cilinya gemuks-gemuks. Seronok kemain macam nak lompat bintang saya bila dapat cili ni. Sudah terbayang dalam kepala, balik nak beli ikan. Nak goreng garing & potong cili putih sabah ni banyak-banyak. Uis, kecur air liur saya.
Cili ni kalau buat sambal belacan kureng sedap tapi kalau digoreng + bawang dengan ikan masin, goreng dengan ikan lengat atau paling tidak pun kalau goreng dengan ikan bilis pun dah sedap. Rasa dia terus berubah 360°.Dari rasa pedas yang tak sedap tu terus jadi kurang pedas dan sedap sungguh.Makan pula jangan campur lauk berkuah nanti hilang feel. Makan kering-kering gaul sikit minyak gorengan tu.. Ish, enaq banget!!

Banyak pulak tu dapatnya. Dekat 1/2 kg. Tidak rugi berbaik dengan orang lain. Pagi tadi clener tanya saya nak tak cili putih sabah?Aduh, macam orang nak bagi musang king punyalah saya seronok. Katanya cili putih sabah yang Pak Man tanam dekat tangki air berbuah lebat katanya. Mereka dah puas makan sepanjang PKP2. Pak Man tu tangan dia memang menjadi tanam apapun. Terung, bendi, serai, kunyit lengkuas, nanas, pisang, ubi kayu, sayur bagai memang subur, Cuma minggu lepas sayur kangkung & saladnya terganggu kerana ada jentolak nak ratakan tanah. Nasib baik pokok cili ni selamat. Tadi tengok setengah beg plastik kecik berisi cili putih sabah ni dah ada atas seat kereta diletakkan oleh cleaner. Terbatuk-batuk cella bila buka pintu kereta penuh dengan aroma bauan cili. Hihihihi...

Balik terus gi Hero cari ikan.Stok ikan tiada. Hanya ada ikan tenggiri & ikan merah cut. Pun dah benyek mungkin stok beberapa hari lepas. Cari kat kedai runcit mamak tu dapatlah ikan tongkol. Tongkol lagiii. Semalam dah makan ikan tongkol. Hari ni beli tongkol lagi. Saya garam kunyitkan semuanya & goreng garing.
Ambil keping untuk bahagian saya & goreng dengan segenggam cili putih sabah yang sudah dibelah dua. Tambah bawang hiris. Gaul sikit minyak gorengan tu dengan nasi. Brrrrrrr sepinggan nasi selesai mendarat dalam perut maghrib tadi. Hihihi
Alhamdulillah. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki cleaners & Pak Man.