Wednesday, 5 August 2026

BUAH JENTIK & NOSTALGIA

 Saya antara orang yang suka sangat mengenang cerita cerita dan kisah kisah lama .Rasa bahagia bila mengenang kisah lama.Tidaklah ingin kembali lagi ke zaman lampau tapi mengenang kisah lama mendatangkan kebahagiaan.

Baru baru  ini bila scroll Tik Tok (TT) nampak ada orang jual buah jentik...

Masyaa Allah...hati bagai turut dijentik kerana buah jentik ni antara buah yang ada kenangannnya di zaman lampau.Memang susah dah nak jumpa krang jual buah jentik walaupun di kampung Ini kerana buah jentik ni dah tergoling antara buah nadir(buah yang hampir pupus)


Buah Jentik in the house..


Saya beli buah jentik di platform TT pada minggu lepas.Selang dua hari parcel buah jentik ni sampai.Gembira hati berbunga bunga.Sangat bersyukur kerana tidak menyangka saya masih dapat menikmati buah jentik ini lagi.Kali terakhir menikmati. uah jentik ni dah hampir 10 tahun rasanya..Itupun dapat rasa sebab balik kampung kebetulan pada musimnya dan mak beli simpan semata umtuk saya kerana mak tahu saya menyukai buah biahan nadir ni.
Lepas tu memang dah lama la tak jumpa lagi buah jentik ni..



Hinggalah minggu lepas nampak live kat TT ada saler dari Baling Kedah open order buah jentik ½kg RM9
Tak tunggu lama terus order..
Dua hari kemudian selamat sampai

Membuka parcel buah jentik ni bagai membuka lembaran nostalgia zaman kanak-kanak dulu...

Di kampung saya ada sebatang pokok jentik sebesar 2 pemeluk dewasa di simpang tiga jalan berhampiran rumah Ton Mat Khirk.Pokok jentik besar tu dah berpuluh tahun  tumbuhnya didalam tanah milik Tok Daim.Tapi dek pokoknya di tepi jalan maka,setiap kali tiba musim buah jentik masak,kami yang kanak-,kanak ni akan sentiasa menanti buahnya.Dikernakan pokoknya yang tinggi melangit,maka kami mengaharapkan tupai dan lotong menjatuhkan tangkai tangkai buah jentik yang keorenan tu.Biasanya tupai dan lotong akan lebih dulu tahu buah jentik masak.Mereka yang akan berkenduri sakan atas pokok tu.
Kuasa Allah menjadikan pokok jentik ni walau jarang jumpa pokoknya tetapi kalau sekali berbuah,sepokok tu memang berpikul-pikul ( ukuran lama pikul sudah diganti metrik tan) Sepikul bersamaan 100kati.1 kati lebi kurang 600gm..So,darab lah sendiri🤭
Kalau sekali berbuah memang tak nampak daun..hanya nampak buah jentik berjulai julai macam buah rambai tapi berwarna orwn dan lebih kecil dari rambai 

Ketinggian pokok tu tidak.memungkinkan untuk dikait dengan galah.Satu-satunya cara menuai buah jentik ni adalah dengan memanjat pokoknya.Bukan semua orang berkemahiran memanjat pokok sebesar balak dan setinggi bangunan empat tingkat tu.Biasanya tuan punya pokok akan upah orang panjat pokok tuai buah jentik.Tukang panjat akan bawa naik baldi yang diikat tali panjang  ke atas pokok.Buah yang dipetik akan dimasukkan dalam baldi dan hulur ke bawah guna tali panjang tu untuk elak buah rosak.Kat bawah pokok tuan pokok la akan tunggu dan sambut baldi buah dan susun dalam raga sebelum dipawa ke pekan untuk dijual.Kalau buah yang orang oanjat tu tak berani la kami nak minta setangkai dua...Kerana itulah kami yang kanak kanak ni amat mengaharapkan jasa baik tupai dan lotong untuk menjatuhkan barang setangkai dua buah jentik yang lebat tu.CmKami memang akan melalui simpang tiga yang ada pokok jentik tu kernaa itu memang laluan kami berbasikal ke surau untuk ngaji qur'an lepas balik sekolah kebangsaan
Dulu kami takda KAFA tapi kampung kami kerajaan sediakan juga kemudahan lanak-kanak ngaji qur'an tajwid.Ada ustaz dari kampung sebelah datang ngajar kat surau kampung kami iaitu Surau PAS.Kalau yang dah pernah baca catatan saya dalam blog ni pasti tahu kampung saya ada dua surau iaitu Surau PAS dan satu lagi Surau UMNO...(Tapi tu kisah lama zaman 70-80-an dulu la..)

Pokok jentik tu juga menjadi meet point bagi sesetengah penduduk.Contoh berjanji nak ke mana mana ..pokok jentik tu menjadi penanda tempat menunggu keranan letaknya di simpang jalan utama.

Musim kemarau...bawah pokok jentik tu adalah port gerai ais kacang.Ais kacang tu kalau sekarang disebut ABC.Dulu dipanggil ais kacang kat kampung kami seban bahannya hanya air yang disagat menggunakan mata pengetam kayu( boleh google ais kacang/cendol zaman dulu).Yang uniknya waeung ais kacang ni hanya timbul bila masuk musim kemarau bermula bulan Disember hingga bulan Mac.Masa tu iklim Malaysia masih konsisten..Bila musim kemarau yang juga disebut musim angin timur dah tiba akan nampak lah Man Tok Chat akan baikinwarung ais kacangnya bawah pohon jentik tu...Atap rumbia untuk kawasan pantrynya manakala tempat duduk pula dibuat bangku panjang dan meja panjang menggunakan anak anak kayu dan batang kayu bulat.Ada la beberapa set kerusi meja kayu tu bawah pokok jentik.Keruai meja ni open air takda bumbung sebab musim kemarau hujan tak turun.Hanya mengharap teduh panas dari bayang pokok jentik yang rimbun menjulang tu sahaja.

Ais kacang pun simple sahaja.Ais sagat + kacang merah rebus,sikit jagung krim dan sirap merah serta sirap gula melak.Diakhiri sikit siraman susu pekat.Jangan pelik kerana ais kacang ni tak hidang dalam mangkuk ,sebaliknya dalam gelas...hihihi.
Kalau yang nak air sirap pun ada tapi disebut " ais manis " ada juga sebut ais katuk.Sebabnya air airap ni dibancuh menggunakan sirap merah dari ais kacang tu dan ketulan ais phla adalah dari sisa ais yang dah tak boleh nak sagat sebab dah kecil.Maka ais ais tu la dikatuk( ketuk) dengan spana dan masukkan dalam gelas+ sirap merah & air.

Yang berada sikit boleh la minum air menet(lamonet) dalam botol.Ada pilihan oren,aiskrim soda,sarsi dan air lamonet warna putih..Dulu kami sangkakan tu air tepung...Dah dewasa baru tau tu air kacang soya🤭🤣

Tiap kali kalau balik kampung kena pula musim kmarau...bila melalui simpang tiga pokok jentik tu,pastinya bayangan masa lalu akan terbayang dimata..Walau landscape simpang 3 tu dah berubah,pokok jentik besar sudah lama hilang hayatnya diganti  kebunan durian musang king,namun bayangan warung ais kacang Man Tok Chat masih jelas dalam ingatan.


Saya cuba beri gambaran tu bersama gambar buah jentik yang saya beli ni untuk di Ai kan...
Namun kurang menepati suasana kerana pokok jentik yang dalam bayangan tu tinggi menjulang..
Saya cuba lagi...


Akhirnya dapat lah  sekitar 80% ketepata suasana tu...Lagi 20% tidak tepat pada bahagian jalan tu ..Jalan tahun 8p-an di kampung saya hanya lorong tiada tar.Kalau sekarang ya dah da mini tar.
Lain lain tu hampir menyamai lanscape warung ais kacang Man Tok Chat  bawah pokok jentik Tok Daim di simpang tiga jalan dekat rumah Ton Mat Khirk....
Tapi harga yang terpaoar pada warung tu harga tahun 2000-an tu ..
Zaman saya sekolah rendah ais kacang sagat yang Man Tok Chat jual sekitar  20 sen sahaja.20 sen pun besar nilainya...Air lamonet botol tu baru 15 sen hingga 30 sen sebotol.Botol kaca tu pun boleh jual semula kat Keling Botoi yang akan masuk kampung seminggu sekali.Sebiji botol  boleh jual dengan harga 5 sen.Tin minyak masak segelen tu Keling Botoi amik dengan harga 20 sen...Kasut sandle yang putus pun jual laku yer...sebelah 5 sen...tapi selipar Jepun pulak,taktau pasai pa  Keling Botoi takmau beli...hihihi


Teknologi dan pembangunan ..kadang menghilabgkan  masa lalu...Namun kadang kalau kena caranya...teknologi juga mampu mengembalikan masa lau...🤲

3 comments:

  1. Kesian saya. Tak pernah jumpa apalagi makan buah jentik hihihii.

    ReplyDelete
  2. Betul, seronok mengenang perkara lalu, kadang jadi pengubat rindu kpd yg telah tiada 🥹

    Sy dapat buah rambai dari jiran, Cik Nur dapat buah tampoi, Mak Cella pulak beli buah jentik. Aduh semuanya mengundang nostalgia :)

    ReplyDelete
  3. memang nostalgia ye kak... kadang kita beli bukan sebab apa... sebab teringat nostalgia zaman kanak-kanak dulu,. Dana teringin buah jambu boll dengan jambu susu tapi takde yg boleh pos sebab fragile sangat

    ReplyDelete