Berisaran dari kebunan terung @ tempat kerja....Pepagi lagi mengekor Bayu memetik terung...bersama tiga orqng yang lain...
Kutip terung dengan baju kurung hari ni...1st day naik kerja lepas CNY & dalam bulan puasa pulak...haruslah berbajunkurung dulu...
Esok Selasa,boleh kita start pakai t ahirt seluar & topi kebun...hihihi..
Buah besar besar....Ini terung ungu jenis kecil yer
..bukan yang panjang jenis besar tu...Terung panjang jenis ni lebih padat dan berat serta lebih beriai berbanding terung oanjang besar isinya lebih berkapas dan bila masak mudah kecut..Terung panjang yang jenis kecil ni harga pasaean sekarang sekitar RM12/kg..manakala jenis panjang beaar tu sekitar RM5/kg...
Saya pun dulu taktau beza...bila kat tempat kerja baru ni baru dapat ilmu sikit sikit
pic dari Google
Rasanya yang kami petik ni jenis michael....Rasanya memang lebih sedap dan harga pasaran lebih baik.
Baru dalam 15 minit petik...hasil dah cecah 20kg...
Tak tahu hasil keseluruhan nanti berapa puluh kg agaknya..Saya hanya sempat bantu 15 minit sahaja kerana ada urusan lain yang perlu dibuat...
Bayu & pembantunya akan timbang dan packing untuk urusan jualan didalam group komuniti dan juga jualan online untuk kawasan sekitar...
Vuma dah pesan kat Bayu...tinggalkan untuk saya 1kg...plan nak buat paceri petang ni....Entah jadi entahkan tidak...🤭



No comments:
Post a Comment