Kat utara terutama Kedah & Perlis masih wujud pekan sehari atau disebut " pekan nat".
Kalau pekan sehari tu hari Sabtu disebut " nat Sabtu" kalau hari Ahad disebut " nat Ahad" .Begitulah juga hari hari lain akan disebut nat mengikut nama hari.Pekan sehari ni antara nostalgia yang pastinya menjadi salah satu kege.biraan zaman kanak -kanak bagi kabanyakan warga kelahiran 1990-an dan sebelumnya.Saya warga kelahiran 70-an,memang menjadi satu kebahagiaan zaman kanak-kanak bila dapat ikut mak ke pekan nat Sabtu @ Pendang.Tapi dek kerana kami tinggal jauh dipedalaman,lebih 20 km jaraknya dengan pekan Pendang,maka jarang sangat dapat ke pekan nat.Rasanya seingat saya sejak kecil hingga sepanjang sekolah rendah tak sampai 10 kali dapat ikut mak ke pekan nat Pendang.Maklumlah,bukan ada kenderaan nak keluar.Jalanraya pun takda kat kampung sehingga tahun 1990-an baru ada mini tar.Itupun kena jalan kaki atau berbasikal hampir 10 km baru jumpa jalan raya yang ada perkhidmatan bas.Dapat naik bas ,happynya macam dapat naik belon udara panas.Asyik nak jenguk keluar tingkap.Berdebar nak tekan loceng takut tak bunyi & takut bas tak berhenti..Mungkin kerana jarang dapat pergi tu yang menjadikan ianya kenangan berharga yang masih dikenang hingga kini..Kata orang kampung " Less Is More.." ...hihihi
Kini pekan nat Sabtu kat Pendang tidak lagi semeriah dahulu kerana telah ditawan oleh Pasar Kemboja @ Pendang yang menjadi "syurga" kaum wanita pada setiap hari JumaatLagipun sekarang nak dapatkan barang dapur dan barang basah tidak lagi bergantung sepenuhnya pada pekan nat ,sebaliknya ada banyak pilihan pasaraya yang menjadi pusat sehenti untuk aneka barangan.
Namun masih ada sebuah lagi pekan sehari berhampiran yang masih meriah hingga kini.Terletak hanya sekitar 3KM dari Pekan Pendang iaitu Pekan Nat Rabu @ Pekan Tanah Merah Pendang.Ni bukan Tanah Merah Kelantan..tapi Tanah Merah,Pendang yang merupakan sebuah pekan kecil berdekatan pekan Pendang.Beroperasi setiap Rabu seawal 8.00 pagi hingga 12 tengahari.Kalau dulu pekan sehari memang seharian dari pagi hingga petang,tapi sekarang kebanyakan hanya separuh hari sahaja.
Pekat Nat Rabu Tanah Merah ni saya hanya berpeluang pergi bermula tahun 1990-,an .Sebelum tu tak pernah pergi.Dah kerja ada motor baru pi.hihihi...Hinggalah kini,kalau berpeluang balik Kedah & kebetulan hari Rabu,memang saya & Achik akan pi bersama..Latates kami pi pada hari Rabu beberapa lepas iaitu sehari sebelum puasa.Ada yasa kongsikan video ke Pekan Nat Rabu Tanah Merah tu
Mempelam agak mahal sekarang.Di KL pun minggu lepas beli memepelam water lily yang biasa RM3/kg pun sekarang RM7.99 /kg
Pisang...sepinggan ni RM10...buah besar besar...ada yang 2 sisir dan ada yang lebih,bergantung saiz agak nya.Saya hanya beli pisang hujung sana yang sedikit kuning tapi masih ada hijau tu...pisang awak namanya....plan nak goreng..
Tudung sarung RM10...saya beli juga 2 pcs buat pakai harian time orang datang rumah ke @ time nak gi buang sampah bagai..Sebelum ni tak pernah pakai tudung sarung sebab tak sesuai muka saya...tapi kali ni beli jugak sebab rasa macam payah betul time orang datang rumah,kalau nak buka pintu J&T hantar barang bagai jenuh nak pakai tudung bawal...Lantak pi lah tak sesuai dwngan muka pun..yang oenting senang nak sarung celat-cepat.Tapi nak pi kerja saya belum yakin nak pakai tudung sarung...hihihu












No comments:
Post a Comment