Hari ni lunch kat kampung...Actually ni hari ke-2 lunch kat kampung setelah dua hari pulang ke kampung dalam visi nak sambut puasa bersama mak.
Saja makan kat luar rumah mak belakang dapur...Nak makan sampai dibuai angin timur..Sekarang musim panas @ musim Angin Timur...
Pokok petai asyik malu je nak berbuah...tinggi saja jer...tapi tak berbuah..hihihj
Pokok getah baru mula berpucuk..
Cuaca agak panas sekarang ni tapi berangin ...
Sehari dua ni sesekali hujan turun sekejap sekejap menyirami dedaun pokok memberikan effect hijau dan segar...In shaa Allah tahun ni kita akan jalani ibadah puasa dalam cuaca panas.Pastinya para peniaga senang hati berbanding puasa pada musim hujan...Apapun jua cuaca,semoga Allah mudahkan urusan kita semua menjalani ibadah puasa dan puasa kali ini menjadi lebih baik daripada puasa puasa kita sebelum ini...in shaa Allah





Bestnya sambut puasa di kampung. Selamat berpuasa. Semoga semua alaman kita diterima olehNya.
ReplyDelete