Saturday, 28 February 2026

MASAK LEMAK CILI API DAGING,PUDING CAREMEL & POPIA RANGOON

 Sedar tak sedar kita dah seminggu berpuasa di bulan Ramadhan(ejaan betul adalah Ramadan tapi dah terbiasa sebutan Arab ada huruf dhot) jadi sebutlah Ramadhan.Seperti juga sebelum-sebelum sepanjang bulan puasa memang saya akan memamasak.Begitu juga puasa kali ini.Bukan sebab rajin tetapi sebab malas.Malas nak ke Bazar Ramdhan..hihihi



Juadah hari pertama masak di rumah KL untuk iftar 1447H..Iftar pertama kan  berbuka 1001m dari runah🤭..
Antara menu yang saya masak:

MASAK LEMAK CILI API DAGING
1kg daging
15 biji belimbing buluh
11 kotak santan Kara 
garam
daun kunyit

BHan Blend Halus
10 cili padi Vietnam
1 bawang besar
1 ketul kunyit

1. Potong daging & masak bersama bahan belnd & 5 cawan air.
2. Bila mendidih dan air menyusut masukkan belimbing.
3. Masak hingga daging emouk dan belimbing lutsinar.
4. Masukkan santan dan perisakan.
5. Masukkan daun kunyit dan sesuaikan rasa





1



Request dari anak anak nak makan Puding Caremel...
Memang buat 10 biji telur terus....
Ada orang sukakan puding ni + roti...Ada yang suka blend telur sualaya jadi berlubang-lubang ..
Tapi saya sukakan puding caremel yang lembut gedik dan tidak berlubang-lubang...Tepinya tu tak dapat elak corak berlubang tu tapi dalamnya mulis creamy....


PUDING CERAMEL
10 biji telur
1 tin susu pekat
1 ½  tin air ( sukat guna tin susu)
1 sudu teh esen vanila
4 sudu gula pasir

1. Buat gula hangus.TAbur gula dalam kuali panas dengan api yang paing kecil

2. Biar gila mencair & jangan sampai hangus.


3.Tuangkan gula hangus yang panas tu sebagai dasar loyang..
4.Kalau suka boleh juga tambah 2 sudu air panas dalam gula tu & kacau hinngga larut..Biarkan agak pekat baru tuang dalam loyang.

5. Kacau telur.Jangan pukul..sekadar kacau supaya bercampur sahaja keran jika dipukul kembang ,akan ada lubng2 kecil masa puding masak nanti.


6. Sementara tu tuangkan 1 tin susu pekat & 1 tin air dalam periuk & masakkan hingga naik wap,tapi jangan sampai mendidih


7.Dengan hati2 tuangkan campuran susu panas tu kedalam telur & jangan henti mengacaunya hingga nampak agak berkrim & sedikit pekat.

8. Tuangkan dalam loyang berisi gula hangus & kukus lebih kurang 15 minit.


Kata mak aku jangan kukus lama sangat supaya tekstur puding cantik & rasanya creamy....

9. Bila dah masak & sejuk terbalikkan dalam bekas supaya jadi up-down side...baru nampak gulanya yang cantik 


Bahagian dalamnya.....lembut gedik macam taufu fa..Makan sejuk sejuk ...mmm



Popia Rangoon ni by Cella....




Kecik besar je saiznya....hihihi


Voreng juga tempe & papadom


Teka buah apa....?
Ada yang kenal buah ni?
Saya ambil buah no kat UPM...
Ada yang pernah makan...?
Hehehe..


Alhamdulillah juadah iftar hari ke 4 Ramadhan....Hari ke 10 Ramdhan baru dapat share....hihihi









Thursday, 26 February 2026

MOREH KAT SURAU KAMPUNG 2026

Kebetulan dapat sambut puasa di kampung...kami ambil kesempatan untu masuk list goliran buat moreh kat surau kampung...Kalau dulu moreh antara yang paling ditunggu-tunggu  oleh kanak-kanak kerana  setahun hanya sebulan dapat makan sedao iaitu hanya bulan puasa dan malam ya makan moreh...Itu pun bagi yang ikut mak ayah pi terawikh kat surau la..


Saya takda sangat pengalaman bermorwh disurau zaman kanak-kanak,.Masa tu surau jauh dari rumah...Hanya dapat dengar sayup sayup  dorang berteriak selawat..Tapi oengamalaman mak masak untuk moreh tu ada la..Antara yang saya masih ingat mak masak bubur kacang....megggi sup dan mihun goreng.Orang lain pun sama...menu lebih kurang...bubur kacang,bubur gandum,mihun goreng,kie teow goreng,kuih muih gitulah..Itu jer lah pun antara menu moreh kat kampung dulu-dulu tahun 80-an

Masuk tahun 90-an saya dah tak ingat sebab awal 90-habis sekolah dah berhijrah ke KL...sambung belajar dan terus bermastautin kat KL dah lebih 30 tahun.Cuma masuk tahin 2000an ada la beberapa kali..Masuk 2000an ramai dah mula tempah makanan moreh ..Martabak,roti canai,roti arab,roti bun dan seangkatan dengannya menjadi pilihan...


Cuma masuk pertengahan 2000an saya sempat beberapa kali bersama Achik menyediakan moreh.Masa tu trend masak makanan berat..Kami pernah buat pulut kuning dan nasi lemak bungkus dan nasi tomato...Saya selongkar oldpost jumpa la satu posting kami sediakan MOREH NASI TOMATO 2016.


Masuk 2018 gitu trend moreh berubah lagi....Masa tu moreh lebih kepada barangan keperluan dapur jenis kering seperti laksa,mihun kopi dan sebagainya ..Ada saya share moreh MOREH RARE ...kt sini


Tak lama lepas tu menjelang 2020 Covid melanda dan surau masjid sunyi.tiada lagi solat terawikh berjemaah beramai...Hanya beberapa orang dibenarkan dalam satu masjid...apa lagi nak buat moreh ...Sesuatu yang kita tak pernah terfikir...

Alhamdulillah,setahun dua kemudian keadaan kembali normal..

Kat perumahan saya di KL memang dilakukan kutipan sumbangan untuk moreh  di surau.

Selain moreh di surau perumahan di KL ni....alhamdulillah tahun ni juga berpeluang join Achik sediakan moreh pada hari kedua berpuasa...Moreh hari Jumaat malam Sabtu..Selalunya Achik yang  dok  mewakili mak buat moreh kat aurau kampung.Macam macam depa buat. Antara yang saya ingat bagi air gas botol 1.25ml tu,kurma dan beberapa kali  juga berbentuk makanan siap packing.



Ni la more kami untuk surau kat kampung mak.Boleh memancing kanak-kanak untuk berterawikh...hihihi




Kat aurau kampung mak ...Papa. kenyataan jadual penyediaan moreh...Sesiap yang nak sumbangkan moreh boleh isi nama pada mana mana ruang yang masih kosong.Ni kami pi isi beberapa hari sebelum puasa.. Sekarang mungkin dah penuh agaknya 
Boleh buat perseorangan atau berkongsi dengan jiran lain.

Dulu pihak surau yang tetapkan nama dan giliran tarikh.Tapi sejak pasca Covid 19, dwpa dah ubah biarkan sesiapa yang nak sumbang moreh pilih dan isi nama,rakan kongsi dan tarikh.Ada baiknya juga kerana memasing boleh pilih tarikh iku kelapangan dan pilih rakan kongsi ikut sendiri Mungkin ada mak yang nak buat moreh kongsi dengan anak  beranak etc.

Asalnya Achik nak pilih 1 Ramadhan tapi sebab dah ada orang isi...Achik pilih 2 Ramdha iaitu hari Jumaat malam Sabtu.



Asalnya nak bagi mee segera ni.....tapi kan ada yang b*ik*t....
hihihi


Akhirnya ...jenama Gardenia ni jadi pilihan..
Kali ni Achik cadangkan bagi mi segera numee ni  sorang 1 pack = 5 bungkus .
Pi beli siap-siap hari Khamis sebab hari Jumaat dah plan pagi nak pi Bazar Kemboja @ Pendang....hihihu





Pagi-pagi hari pertama puasa kami ikut Achik & Pakcik pi beli mee ni kat Mydin Alor Setar...Dah servey harga kat sulermarkat & mini market kat Pendang...Ada yang harga jauh sangat beza & ada yang dah ok tapi stok pula tak banyak..
Mydin dah tentu-tentu ada banyak stok



Dapat harga terbaik ...RM.4.29 untuk isian 5 pack di dalamnya...Mee segera keluaran gardenia..
Dalam setiap pack ada 5 bungkus mee 
Kalau satu keluiarga pergi terawikh lima orang.....dapatlah 25 bungku !
Boleh tahan sampai lepas raya ni...
Hihihihi....



Campur-campur perisa kari & ayam




Cella jadi pembantu tukang tolak trolly.




Dah...jom balik....
Orang tengok pun pelik...puasa puasa beli mee segera banyak...hihihi
Sayangnya takda sapa ambil gambar masa agihan moreh malam Sabtu tu...pakat lupa bawa handphone pi surau...hihihi






Wednesday, 25 February 2026

3 RAMADHAN BERBUKA 100M DARI RUMAH

 Hari Sabtu gerak balik ke KL..Plan nak balik hari Ahad tapi risau jem melekat..Sabtu pun jem cuma masih boleh bertaha..Gerak dua kereta.Saya,Adah anak beranak satu kereta.Cella naik kereta Haikal...buat peneman sembang .Gerak pun agak lambat dah dekat pukul 11 pagi.

Kalau dulu ulang alik Kedah,kalau saya drive,sedaya upaya saya akan gerak awal pagi sebab taku jem + takut mengantuk..Tapi sejak anakanak dah ambil alih kerja memandu...saya ikut depa jelah nak gerak pukul berapa pun...hihihi


Walaupun bertolak sama-sama tapi Cella & Haikal sampai duluan...Kami beru sampai Tapah depa dah sampai Slim River...Pukul 6 depa dah sampai KL....depa pi beli sikit juadah untuk berbuka .


Kami empat beranak dua kali singgah Bertam dan Tapah bak tukar panpers bagai...solat jamak  siap siap kat Tapah.Pukul 6 baru sampai Rawang...Dah cuba nak kerjar masa...

Tapi Azan Maghrib mendahului.....Lagi 100m nak sampai rumah...azan maghrib bergema...Tu yang tajuk posting ni berbuka 100m dari rumah

...🤭🤣🤣🤣🤣



Cella...& Haikal pi beli AYAM GEPUK JOGJA sorang sebungkus beserta air sorang  1 cup..
Juga 2 bungkus roti john...


Depa berdua + anak jantan sorang tu berbuka dalam rumah kerana depa sampai awal sikit dari kami....

Saya ..Adah & suami Adah terpaksa la berbuka dulu dalam kereta kerana azan dah bergema


Memang dah beringat....bawa air kosong dari Kedah....Minum 3 teguk  juga 100m dari ruma🤭h


Lebih kurang 7.45 gitu baru masuk rumah  & join depa dalam rumah beruiftar dengan Nasi Ayam Gepuk dan Teh Ais....Lepas isya' baru angkat barang barang darinbonet kereta...Haikal pun bergerak balik PJ..




Monday, 23 February 2026

MENU BERBUKA PUASA RAMADHAN KE-2 MASIH DI KAMPUNG

 
Puasa hari ke-2 iaitu hari Jumaat,kami berbuka kat rumah mak @ kampung

Tapi kami masak kat rumah masing-masing &, bawa ke rumah mak.



 .
Port courtyard belakang rumah memberikan privacy berbuka puasa di luar rumah..
Dua buah banquet table untuk letak makanan. ala buffet


Antara Menu :

1. MASAK LEMAK CILI API +KENTANG - saya masak
2l SAMABAL UDANG +PETAI - Achik
3. SUP KEPALA IKAN - Achik beli ikan ,saya masak
4. AYAM MASAK KICAP -Achik
5. KUE TEOW GORENG - Achik
6. NASI ULAM UTARA - Mak buat
7. LEPAT UBI - Saya masak
8. BUAH MELAKA - saya masak
9. POPIA & MURTABAK- Adah beli
10. POPIA BIG MAC,PUDING ROTI-Haikal beli
10. MINUMAN - Haikal beli







Minuman aneka warna...

,* Strawberry F&N- botol 

* Teh Bunga - kktak

*Matcha- bazar

* Carrot Susu-bazar







Kalau perasan , hampir semua makanan dihidangkan dalam bekas pakai buang...

Kat kampung sangat kerap bekalan air terputus.Dah beberapa kali hari raya saya ada ceritakan dalam posting raya pertama mesti takda air...
Taktau apa masalah SADA....kampung mak  selalu takda air..
jJiran sebwlah rumah mak menggali telaga tiub dan pem air guna elekrtik kalau keptusan bekalan air...
Ada yang memang gali telaga calvert macam dulu-dulu & pam air masuk tangki guna penpam air..
Kar rumah mak memang takda swmua tu...hanya ada simpanan air bertong -tong...
Tapi risau masalah air berpanjangan maka kami ambil keputusan guna cawan dan pinggan pakai buang sahaja.



Nasi Ulam Utara yang menjadi kemestian mak buat tiap kali puasa...




Berbuka puasa beramai ramai hari ke-2 Ramadhan..

Esoknya Sabtu kami akan kembali ke KL....begitu juga Haikal..
In shaa Allah beberapa hari sebelum raya nanti kami balik lagi....

PAGI-PAGI PANEN TERUNG & KENALI JENIS TERUNG PANJANG

 


Berisaran dari kebunan terung @ tempat kerja....Pepagi lagi mengekor Bayu memetik terung...bersama tiga orqng yang lain...




Bayu masih meneruskan kerja memanen terung ....




Riuh "burung tuwu" berbunyi menemani kami petik terung
Kutip terung dengan baju kurung  hari ni...1st day naik kerja lepas CNY & dalam bulan puasa pulak...haruslah berbajunkurung dulu...
Esok Selasa,boleh kita start pakai t ahirt seluar & topi kebun...hihihi..





Buah besar besar....Ini terung ungu jenis kecil yer
..bukan yang panjang  jenis besar tu...Terung panjang jenis ni lebih padat dan berat serta  lebih beriai berbanding terung oanjang besar isinya lebih berkapas dan bila masak mudah kecut..Terung panjang yang jenis kecil ni harga pasaean sekarang sekitar RM12/kg..manakala jenis panjang beaar tu sekitar RM5/kg...
Saya pun dulu taktau beza...bila kat tempat kerja baru ni baru dapat ilmu sikit sikit


                                                          pic dari Google
Rasanya yang kami petik ni jenis michael....Rasanya memang lebih sedap dan harga pasaran lebih baik.
    



Baru dalam 15 minit petik...hasil dah cecah 20kg...

Tak tahu hasil keseluruhan nanti berapa puluh kg agaknya..Saya hanya sempat bantu 15 minit sahaja kerana ada urusan lain yang perlu dibuat...

Bayu & pembantunya akan timbang dan packing untuk urusan jualan didalam group komuniti dan juga jualan online untuk kawasan sekitar...

Vuma dah pesan kat Bayu...tinggalkan untuk saya 1kg...plan nak buat paceri petang ni....Entah jadi entahkan tidak...🤭






Sunday, 22 February 2026

BERBUKA PUASA DI KAMPUNG : HARI PERTAMA RAMADHAN 1447H

Dah 4 Ramadhna baru nak share menu iftar hari pertama puasa 2026.Alhamdulillah,setelah sekian lama tak dapat sambut puasa bersama di kampung,tahun Allah kurniakan nikmat itu kepada kebayakan rakyat Malaysia .Buktinya masa balik kampung beberapa hari se bersempena Cuti CNY.Biasanya hanya dapat berbuka puasa bersama mak dan Achik semua bila dah hujung hujung puasa ketika pulang nak sambut hari raya.


Antara juadah iftar kat kampung hari pertama Ramadhan....
Yang nampak dalam pic

* Sambal Udang + Petai - Saya masak tapi Achik yang beli semua bahan
* Ayam Pencen Masak Pahang - Achik masak kat rumah Achik
* Jeruk Ikam Haruan (Masak Cuka) - mak masak kat kampung
* Mihun Goreng - Achik masak kat kampung
* Tembika merah - beli kat pekan...tembikai mirah tahun ni RM0.99 -RM2.00
* Kuih-muih- popia,crab rangoon,qasidah & pulut seri muka- beli kat bazar



* Daging Goreng Kunyit - saya masak 1½ kg - bawa ke sahur
*Ikan goreng
* Tapai Pulut - beli 10pcs RM7 & Tapai Daun Getah 10 pcs RM8
*Nasi -masak kat kampung






Gambar sekerat sekerat...






Ok..ni full banquet table
Makan kat courtyard belakang rumah...
Saja nak feeling makan kat luar...memang kat luar la kan...
Luar rumah je lah....hihihi
Buka 2  banquet table buat buffet ..
1 meja lagi untuk yang lelaki  nak makan bermeja
Kami yang perempuan makan kat tikar bawah..





Ni la rezeki keluarga kecil kami .....
Emak pastinga happy dapat berbuka bersama anak cucunya..Tak nampak pic minuman
hari pertama ni minuman hanya air gas dan  air sirap bancuh degan air Coway sejuk sahaja.
Haikal dah cari ais merata kedai rapi semua ha is stok...
Dari pembekal ais...7E,kedai runcit semua habis
Mungkin faktor cuaca panas...ais habis awal...+ juga peniaga bazar banyak beli ais 
Waktu berbuka puasa bagi Alor Setar,Pendang dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya ialah 7.32 malam...3 minit lambat berbanding KL...





KE NAT RABU :PERSIAPAN NAK SAHUR HARI PERTAMA

Kat utara terutama Kedah & Perlis masih wujud pekan sehari atau disebut " pekan nat".

Kalau pekan sehari tu hari Sabtu disebut " nat Sabtu" kalau hari Ahad disebut " nat Ahad" .Begitulah juga hari hari lain akan disebut nat mengikut nama hari.Pekan sehari ni antara nostalgia yang pastinya menjadi  salah satu kege.biraan zaman kanak -kanak bagi kabanyakan warga kelahiran 1990-an dan sebelumnya.Saya warga kelahiran 70-an,memang menjadi satu kebahagiaan zaman kanak-kanak bila dapat ikut mak ke pekan nat Sabtu @ Pendang.Tapi dek kerana kami tinggal jauh dipedalaman,lebih 20 km  jaraknya dengan pekan Pendang,maka jarang sangat dapat ke pekan nat.Rasanya seingat saya sejak kecil hingga sepanjang sekolah rendah tak sampai 10 kali dapat ikut mak ke pekan nat Pendang.Maklumlah,bukan ada kenderaan nak keluar.Jalanraya pun takda kat kampung sehingga tahun 1990-an baru ada mini tar.Itupun kena jalan kaki atau berbasikal hampir 10 km baru jumpa jalan raya yang ada perkhidmatan bas.Dapat naik bas ,happynya macam dapat naik belon udara panas.Asyik nak jenguk keluar tingkap.Berdebar nak tekan loceng takut tak bunyi & takut bas tak berhenti..Mungkin kerana jarang dapat pergi tu yang menjadikan ianya kenangan berharga yang masih dikenang hingga kini..Kata orang kampung " Less Is More.." ...hihihi


Kini pekan nat  Sabtu kat Pendang  tidak lagi semeriah dahulu kerana telah ditawan oleh Pasar Kemboja @ Pendang yang menjadi "syurga" kaum wanita pada setiap hari JumaatLagipun sekarang nak dapatkan barang dapur dan barang basah tidak lagi bergantung sepenuhnya pada pekan nat ,sebaliknya ada banyak pilihan pasaraya yang menjadi pusat sehenti untuk aneka barangan.


Namun masih ada sebuah lagi  pekan sehari berhampiran yang masih meriah hingga kini.Terletak hanya sekitar 3KM dari Pekan Pendang iaitu Pekan Nat Rabu @ Pekan Tanah  Merah Pendang.Ni bukan Tanah Merah Kelantan..tapi Tanah Merah,Pendang yang merupakan sebuah pekan kecil berdekatan pekan Pendang.Beroperasi setiap Rabu seawal 8.00 pagi hingga 12 tengahari.Kalau dulu pekan sehari memang seharian dari pagi hingga petang,tapi sekarang kebanyakan hanya separuh hari sahaja.


Pekat Nat Rabu Tanah Merah ni saya hanya berpeluang pergi bermula  tahun 1990-,an .Sebelum tu tak pernah pergi.Dah kerja ada motor baru pi.hihihi...Hinggalah kini,kalau berpeluang balik Kedah & kebetulan hari Rabu,memang saya & Achik akan pi bersama..Latates kami pi pada hari Rabu beberapa lepas iaitu sehari sebelum puasa.Ada yasa kongsikan video ke Pekan Nat Rabu Tanah Merah tu


Jom tengok apa yang ada di Pekat Nat Rabu Tanah Merah..

Saturday, 21 February 2026

MASAK LEMANG SAMBUT RAMADHAN 1447H

 Tahun ini rezeki Allah kurniakan dapat menyambut puasa Ramadhan pertama dan dan ke-2 bersama mak kat kampung.Balik dari Padang Besar hari Selasa,malam tu dengar penyimpan mohor besar raja raja umum yang puasa tahun no jatih pada hari Khamis 19 Februari.Kita puasa lewat sehari berbanding Arab Saudi..



Dek anak bulan belum nampak ,jom la kita beraya dulu....hihihi







Pakcik masukkan daun pisang .Buluh-buluh tu adik jantan saya tebang kat kaki bukit..Mak dah siap basuh dan keringkan buluh tu sebelum digunakan.



 garam
Proses masukkan pulut dalam buluh...Seperti sebelum nii...kami buat 3kg pulut..1½ kg santan.Tapi santan kami spare juga 3kg takut dapat santan cair Tapi alhamdulillah beli kat tempat proses kelapa...dapat santan pekat berlemak tanpa campur air...So untuk 3kg pulut memadai 1½kg santan..1½sekeh & kami takda campir gula bagai..Hanya 3 bahan...pulut santan+air & garam





Proses masukkan santan hingga tenggelam pulut.




Reay to bake....hihihi..
Hari tu Cuti Deepavali bulan November pun kami masak lemang juga tapi bakar kat dwpan rumah...panas..



Kali ni adik jantan tu hidupkan api kat belakang rumah tepi rumah lama...teduh la sikit...Mak dah plan nanti nak buat ketupat raya kat belakang lebih teduh.Adik jantan tu juga dah sanggup nak cari buluh & kayu api bakar lemang.




.


Lebih kurang 4 jam kemudian......
Alhamdulillah...lemang kali ni perfect .
Mungkin faktor dah ,adik jantan tu dah pandai kawal api dan pusing pusingkan buluh...
Juga dah pandai pilih buluh lebih besar untuk hasil lebih baik..
...3kg pulut kami hanya guna 9 batang buluh
Tinggal 8 batang...sebatang hantar kat jiran sebelah rumah mak.



RESIPI LEMANG KAMI
3 kg pulut susu
1¹/² kg santan
Buluh 9 batang besar

Cara:
1. Cuci pulut dan tos
2. Rendamkan pulut + setengah kilo santan+air bagi tenggelam pulut
3. Baki santan 1 kg + 9 cawan air (1 jug)
4.Masukkan pulut +rendaman sanatan air dalam buluh. Tinggalkan ruang kosong dalam bualuh +- se jari.
Susun buluh tadi menegak.supaya tidak tumpah.
Akhir, masukkan dan tambah secawan santan bg setiap buluh (9 cawan santan td)
5. Bakar jarak 2 kaki dr api dan bila buluh mendidih dan tempoh 3 jam boleh masak dahhhhh)
# tips garam : segenggam garam kasar untuk 4 kg

Nota:  ( ### kiraan guna garam kasar:

segenggam garam kasar perlu dibahagi 4 untuk kegunaan sekg pulut)







Friday, 20 February 2026

KE PADANG BESAR,PERLIS: SATU KEWAJIPAN UNTUK MAK

sa Setiap kali menjelang Ramdhan,menjadi satu kemestian untuk mak ke Padang Besar 

Itu belum kira bulan bulan lain sebelum puasa...Kiranya dalam setahun berkali kali mak akan ke Padang Besar...Misi utama mak tiap kali ke Padang Besar ialah beli pulut siam.Mak kalau tak dapat pulut Siam,mak takkan buat ketupat palas.Nak makan pulut kukus & pulut lemak pun mak nak pulut siam..Padahal dulu dulu mak makan ja pulut tempatan...tapi masa tu mak tanam sendiri la...hihihihi...Kadang Achik bz tak sempat nak bawa mak ke Padang Besar... Achik akan kirimkan kawannya

Pulut tu wajib....benda lain "sunat muakkad"🤣


Bulan Januari hari tu lepas baik demam mak dah pi Padang Besar naik ETS dengan kawan memancing..dah beli berkilo kilo  pulut konon nak buat stok Ramdhan...Achik cakap baru masuk Februari mak dok berzikir lagi nak pi Pasang Besar beli pulut untuk raya pulak...Saya syak ,mak saya ni dah terkena ilmu pelaria peniaga Padang Besar🤣🤣🤣🤣🤣🤣Setiap bulan nak pi Padang Besar..


Makanya CNY baru ni pi lagi..Gerak 2 kereta sbb Haikal pun dah balik..Kami satu kereta..Achik 1 kereta..plan nak pi sarapan @ Warung Tepi  Sawah dulu sebelum pi Padang  Besar..




View kat Perlis memang cantuk....suka sangat



Belanja video view sepanjang jalan Chuping.
Dulu kawasan ni merupakan ladang tebu sujana mata memandang..
Sekarang dah takda lagi..hanya tinggal kenangan 


Pemandangan biasa @ Kompleks Padang Besar..



Salak hutan akak Salak Siam...Saya pernah share info SALAM SIAM/SALAK HUTAN...kat sini


Aksesori wanita...


Dimana -mana dah jadi ikutan...

Menarik perhatian kanak-kanak


Motoran berplat Siam..


Motor Malaysia vs Motor Thailand...

Diaingkatkan cerita....mak dah happy stok pulut Siam kat rumab dah  berbelas kg....

Plan nak buat lemang juga swbelum puasa



Thursday, 19 February 2026

RIADAH PAGI 1 RAMADHAN 1447

Kata nak balik sambut puasa di kampung....🤭
tapi tadi bersahur kat rumah di pekan ni..Mak pun sama...Tapi malam tadi mak terawikh kat surau kampung bersama jemaah sana...Lepas terawikh Haikal & Cella pi amik mak kat kampung balik rumah sinj..


Ni saya bersiaran  dari playground kat perumahan di pekan ni..Lepas sabuh tadi Cella kata nanti nak briskwalk kat taman....Subuh sini pukul  6.25 pagi...So,boleh sahur lewat..Pukul 6 pagi masih boleh minum air...hihihi

Lepas subuh dah terang benderang....kita pi taman amik angin sambil briskwalk


Geram tengok pokok kelapa ni berbuah lebat...Ada penduduk taman ni tanam kat playground ni...



Mak Ucu & Miqayla...



Pokok putat pun ada...



Geram tengok pucuk-pucuk putat tu..saya petik beberapa tangkai



Buah bidara...


Tapi ni bukan bidara apple yang manis tu.


Ni bidara liar jenis kecil


Ni pokoknya...Biasa orang tanam kat tepi masjid atau surau untuk urusan mandi jenazah





Pohon kelapa mataq katanya


Deretan pohon kelapa


Mak Ucu berbriskwalk...Miqayla riang bermain buai




Tok Mummy leka menganyam ketupat....asah semula bakat setahun sekali untuk buat ketupat raya nanti....hihihi...

Ok....nak balik dah...kejap lagi nak gi pasar cari apa yang patut intuk masak nanti...Mak dok hint suruh gali ubi kayu buat lepat..Daun pisang pun mak dah siap ambil...Mmmm nak kena buat lepat ubi ke apa petang ni...
Adah & suaminya dah cakap awal depa nak pi bazar ramadhan @ Pendang & Pekan Tanak Merah...Bazar Ramadhan Pekan  Tanah Merah lagi meriah daripada Bazar Ramadhan Pendang...Jarak kedua dua bazar tu hanya 3 km..





Mak nak gi mancing kat sungai depan tu...Nampak kami kat sini mak singgah nak amik kelapa masak nak buat bibit tanam kat kampung..Kata mak,minggu lepas dah bagitau ketua tan ninyang tanam pokok kelapa ni,mak nak amik beberapa biji buat bibit tanam kat kampung..
Ok....matahari dah mula memancar...Nak balik dah....bye