Baca tajuk macam hebat kan....Tap baca dulu sampai habis...
Haaa....dah tahu kan...ini pertanding dalaman tempat kerja kami sahaja bertemakan makanan antarabangsa ...bukan pertandingan peringkat antarabangsa..hanya makanan sahaja antarabangsa
hihihihi....
Big bos bagi kebenaran boleh pakai pakaian semia casual..pakai seluar untuk memudahkan pergerakan.
Kena masak dua maincourse , satu dessert & 1 minuman
Ada 6 kumpulan:
Hadiah sagu hati 2 buah hamper
Depa masak *Pasta Olio
* Lasagna
* Panna Cota
*Minuman saya tak ingat...cari pic pun tak jumpa
Hadiah sagu hati ..2 buah hamper
Hanya ni je pic yang saya ada untuk kump Jepun..
Nama makanan pun saya takdan dengar & takdan nak rasa..yang saya ingat dessert depa ada mochi.Beberapa orang peserta depa pakai kimono
Haaa ..depa Johan!!
Depa bawa balik 11 hamper yer..
11 hamper!!!
Hadiah katanya ditaja oleh salah satu syarikat guaman kat sini.
Mesti sedap-sedap belaka masakan depa tapi sayangnya tak sempat nak tengok & tak swmpat rasa.Sebabnya kumpulan Korea pemarkahan paling awal...so,lepas ambil markah depa pakat makan & kemas...Kumpulan Thailand dah pukul 4 lebih baru juri sampai kat meja kami...takdan la kami nak lawat negara lain.Saguhati....juga dapat 2 hamper
Syyy yang pakai telekung tu bukan pakaian rasmi Singapura tapi sebab baru sudah solat asar..Asar kan awal sekarang..
Jurucakap depa Azman...siap pakai kostum Pua Chu Kang dengan trademark tahi lalat besar..rambut afro & 👢 kuning..🤣
* Nasi Ayam & pelangkap
*Sayur Pakcoy Sos Tiram
* Yong Taufu
* Paitei
* 2 jenis munuman..
Sedap betul minuman depa tapi tak ingat nama.
Saya sempat rasa masakan depa..memang sedap dn kenyang makan
Nai Johan...Tempat ke-2
2 hamper
Sesuai dengan negara Indonesia cowok-cowoknya pemalu taknak bergambar tapi function banget...panjat pokok kelapa ambil kelapa muda bagai untuk deco.Juru cakap pula pelatih lelaki dari OUM sedang intern sini..dengan sleng jawa pekat dia🤣Saya sempat rasa menu depa
* Nasi Liwet
*Soto Ayam Suwir
*Pegedil
*Kolak Pisang + Talas
*Minuman Air Kelapa & Teh Botol
6. Makanan Negara Thailand-group saya la ni🤭
TEMPAT KE-3
Semua kumpulan diketuai kaum Adam..Kat sini memang ramai lelaki dan memang sangat function ye!..Depa serba boleh dan memang takkan biar kaum wanita yang lemah ini buat kerja berat
Pertandingan di mulakan selepas Zohor hingga asar sekitar pukul 4 & sebelum pukul 5 petang Majlis Penyampaian Hadiah selesai
Kumpulan saya iaitu Masakan Thailand diketuai Bak & Kamal...menyediakan
Somtam ( Salad Betik Muda)
Air tangan Mizah...Orangnya tenang tapi
memang handal masak memasak..Dari Mizah ni la saya BELAJAR BUAT SOMTAM ni...
Patutnya post entri ni dulu baru post belajar buat somtam tu tapi sebab dok cari pic pertandingan tak jumpa...post dulu yang tu..Kira potong Q la entri tu..hihihi
Tomyum Nam Khon- Tomyam Air Kelapa
Air tangan Bak memang menggoda.Lelaki yang serba boleh..Pes dia Bak buat sendiri yer...
Ni pun Bak juga punya idea bersama Ta...
Yang ni cakap la dengan bangganya nak habaq ..masak & plating tu saya yang buat...hihihi
Saya masak sekuali besar penuh...memang saja masak banyak supaya semua group lain pun boleh merasa...Depa kata sedap..Taktau la ikhlas atau sekadar nak amik hati sebab nasi gorwng tu licin...saya hanya sempat rasa sesudu sahaja...So,saya anggap lah kata depa ikhlas cakap sedap🤣🤣🤣🤣
Nanti saya nak masak kat rumah pula & saya share resipi rahsia tu🤣
Ni air tangan Jiha...Jiha. ni antara warga baru juga kat sini iaitu lewat sebulan dari saya.Tengok Jiha bawa baru saya tahu adanya buah nangka dalam tin .Selama ni kalau buat thab thim krob memang guna nangka segar.Rupanya ada nangka tin dan rasa lebih sedap untuk topping thab thim krob ni..Kata Jiha brand Hosen..
Minuman dari soda,limau nipis dan bunga telang..
Nama Restoran kami..*Suan Rak Thai* yang bermaksud Teratak Kasih Thai.
Bukan Chan Rhak Ter yer..Chan Rak Ter maknanya I Love You😍💕
Di sini staf tidak seramai tempat kerja lama..Tapi kebersamaan sangat terasa.Mungkin kerana ramai lelaki dan memang function..hahaha suka sangat guna ayat tu sebab memang depa function.Pagi-pagi bancuh air .lepas makan memang depa cuci pinggan cawan..Yang geng kebun smemang dah macam real farmer..Menanam membaja,memanen,ternak ikan siang ikan untuk pasaran bagai..Tapi dalam masa sama kerja-kerja lain tetap beres.Meja kerja depa juga kemas..
KEPUTUSAN PENUH:
Tempat ke - 6 ( saguhati) - Jepun
Tempat ke- 5 ( saguhati) - Italy
Tempat ke 4 ( saguhati)- Singapura
Tempat ke-3 - Thailand
Tempat ke- 2 - Indonesia
Tempat Pertama- - Korea
Hari Isnin yang tak sempat nak Monday Blues..hihihi
Pagi kerja macam biasa..Petang teamwork.
Sedar-sedar dah 4.30 pm..
Mana dengan jalan banyak tutup sebab ASEAN Summit.Ada juga yang Work From Home tapi kami tak terlibat..Nasib baik memasing sempat lepas..
Alhamdulillah....












Seronok juga buat pertandingan macam ni. Masing2 menunjukkan bakat & mengeluarkan skill memasak.
ReplyDeleteYa Cie..sesekali berteam work dengan cara masak masak.🤭
DeleteMasya Allah. Nampak meriah sungguh!
ReplyDeleteDahsyatnya group masakan Thailand. Eh, mana hadiahnya? Ke saya yang tak nampak /terbaca? Atau tak dapat hadiah hehehe.
Alhamdulillah....sambil berteam work...sambil menjamu anak tekak..hihihi
DeleteMakngah keja kat mana ni? Ada vacancy dak? Ahaha...
ReplyDeleteSemua power² dan sporting ya... Terbaiklah
Ada vacancy PH...mai la...depa dok bincang nak bela ikan talapia pulak ni...hihihi
DeleteWah, bestnya.. main masak² pulak... tp yang best ada hadiah.. best tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...sesekali main masak masak seronok juga...padahal kat rumah hari hari masak...tapi lain kan...hihihi
Deleteterkejut baca tajuk..baru nak wow makngah masuk master chef ke..hahaha
ReplyDeletebila akak tulis kumpulan thailand dah boleh agak mesti ada nasi goreng dalam buah nanas...dulu cella selalu cerita mak dia masak nasi goreng nanas
Hahaha...tu la...baca tajuk macam gah...padahal sesama sendiri ja..syok sendiri kata orang🤣🤣🤣
DeleteNasi goreng nanas tu harus la....kalau masakan Thai ..itu ja makngah rasa yakin nak hidang kat juri
nak minta keje goment laaaa
ReplyDeleteMai...mai...tapi la ni yang masuk gomen dah takda skim pencen yer🤣🤭
DeleteOooo... ini lah yang dimaksudkan tekak universal ni....
ReplyDeleteHahhaha....
DeleteMacam2 aktiviti..bagus..x la mengadap komputer dengan file jer...
ReplyDeleteAlhamdulilillah....aktiviti kebersamaan
DeleteKaaaaak seruuuuu lah kerja tempat kakak 😄😄😄😍. Bagus juga acaranya, buat makanan dari berbagai negara. Saluuuut saya yg dpt 11 hampers ❤️❤️. Penasaran pula jadinya sesedap apa masakan mereka 😍😍😍
ReplyDeleteYa seru sekali...😍
Delete11 hamper tu....2 hamper besar untuk group & 9 hamper sederhana untuk setiap ahlinya