Assalamualaikum
Masih tentang rakaman cerita tentang raya..
3 Syawal balik kampung lagi.Ada jemputan kenduri aqiqah.Bukan aqiqah kambing tapi lembu.Parkir kat tepi kubur jer...
Kena jalan kaki ke dalam lebih kurang 0.2km
Zaman kanak-kanak dulu inilah tapak playground kami..Ada surau 2 tingkat binaan kayu.Atasnya ruang solat.Bawahnya dilengkapi kerusi meja menjadi "sekolah dewasa" pada tahun 60an untuk membasmi buta huruf dalam kalangan penduduk kampung.Juga merangkap dewan kampung untuk acara keramaian.Seminggu sekali setiap Rabu akan ada guru KEMAS datang ajar masakan dan gubahan.
Setiap Jumaat dan Sabtu jadi medan kanak-kanak bermain dari pagi hingga petang.Musim cuti sekolah akan riuh rendah hingga awal tahun 80-an keadaan tu masih begitu.Namun sikit demi sikit landscape dah berubah.Surau sudah beralih tapak..Tanah rizab kubur juga sebahagiannya sudah menjadi kebun durian & bertukar milik manusia berhati serakah. sekarang suasana riuh rendah itu hanya kedengaran musim raya sahaja.Luar musim raya hanya saudara mara
" Warga Kubur" tetap bersemadi di situ.
Dulu jalan ini tak pernah sunyi.Sekarang kiri kanan merimba.
Masih mud raya..
Sepanjang jalan ke rumah kenduri tu masing masing saling bertegur sapa bermaafan sempena raya.
Lorong kampung yang sempit bertambah " jammed"🤣
Kampung saya macam ni lah..
Bab makanan & lauk pauk jangan risau.Tapi...meja tak beralas tu perkara biasa🤭
Kerusi meja dan khemah serta peralatan memasak adalah kepunyaan surau.
Saya ingat nanti nak cadangkan kat Tok Ketua Kampung untuk guna beli alas meja.
Kalau kau hanya sesekali timbul.kat kampung...agak-agak suara kau akan didengari tak?Dah la baru jer orang add masuk group kampung..hihihi🤣
Makan kenduri Aqiqah..Kalau kat kampung saya kenduri aqiqah dan qurban memang biasanya daging segar hanya akan direbus ala singgang dan dicicah air asam tomato..kegemaran sepanjang zaman.
Selain nasi lauk daging rebus cicah air asam tomato,acar limau,ikan masin & ulam cabai...Juga ada kueteow goreng panas-panas...laksa dan juga apam balik panas-panas.
Selesai makan kenduri,kami meredah semak menyusuri kampung lama yang pernah kami diami zaman kanak-kanak dulu..
Pohon manggis ini dah hampir satu abad umurnya tapi masih utuh dan rendang seperti yang saya masih ingat 45 tahun dulu.Masa baby mana nak ingat kan?🤭🤭
Kalau musim buah manggis,saya dan sepupu..Malek & Ina akan berlumba kait buah yang tua dan campak dalam hutan duri keman untuk peram.Tapi Malek & Ina selalu ngelat...Depa akan curi kutip dulu buah yang dah masak🤣.
Tak sempat dapat kat saya.Tapi saya suka makan buah manggis tua.Belah-belah buah yang belum masak tu penuh getah kuning & rendam dalam air..Congkel isinya yang masih rangup.Manis dan sedap lebih dari buah yang dah masak..
Nampak banyak pula pokok bekka sedang berpucuk...Terus petik untuk dijadikan ulam.Achik jadi model Pucuk Bekka🤣
Landscapenya sudah jauh berubah berbanding setahun yang lepas Tahun ini nampak suram kerana cuaca hujan dan rumput tebal.
Kesan tunggul pokok keriang besar juga masih kelihatan.Dulu kuburan ni teduh sejuk dipatungi pokok keriang sebesar 3 pemeluk dewasa.
Pokok keriang tu lah menjadi landmark kuburan sejak saya masih kanak-kanak.Saya pernah ceritakan kenangan lucu dikuburan ini dalam posting tahun lepas KAT SINI.....
Jika saya sudah berpindah alam nanti,harapnya Allah menggerakkan hati anak-anak saya untuk selalu mengirimkan Al Fatihah kepada saya sekurang-kurangnya 5x sehari.Walaupun saya bukan anak yang baik tapi tetap mengharapkan anak-anak saya menjadi anak yang baik😭
Seronok kan mengimbau zaman childhood. Zaman tak perlu fikir apa2. Main je kat mana2 pelusuk kampung tak payah takut orang jahat.
ReplyDeleteKan....dulu2 tak risau orang jahat cuma takut hantu dan binatang buas ja
DeleteSyoknya makan kenduri di kampung, feel dia lain dari makan kenduri kot bandar ni Mak Cella kan... Nostalgia tu yg mahal
ReplyDeleteLama tak makan pucuk beka
Betoi...kenduri bandar mewah tapi kenduri kampung feeling nostagic
DeleteOh, cicah air asam pun sedap sangat tu, daging baru kan.. nyum3
ReplyDeleteBetul...daging baru sembelih
DeleteTergelak pulak tengok model pucuk bekka tu... Hehehe
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
Tahniah Uncle atas anugerah...Big clap untuk uncle
Deletewowww model pucuk Bekka! hehehe
ReplyDeleteHahahaha
DeleteSA suka mengimbau kenangan zaman kecik- kecik dulu...ramai yang dah takde..sambil cerita sambil bergenang air mata...x pernah jumpa pucuk bekka tu..maybe ada kat area kampung SA tapi nama lain
ReplyDeleteMungkin kalau ada pun tak semua orang tahu pucuk ni boleh makan sbb bau pucuk mentah dia maung macam pucuk betik.Tapi bila dah rebus kurang bau dia
DeleteBalik kampung makan kenduri sambil menggamit memori.
ReplyDeleteHaiqal baca surah Al-Kahfi di kuburan? MasyaAllah hebat hafalan. Untung nenda.
Alhamdulillah..Haikal anak hebat & memang ex student salah sebuah sekolah agama terkenal du Kedah..
DeleteSemoga anak anak kita juga tidak lupa mengirimkan doa untuk kita kan🤲