Saturday 29 January 2022

BEKAL NASI GORENG TOMYAM

Nasi Goreng Tomyam.Bekal anak bujang nan sorang tu pagi ini.
Sampingkan juga beberapa ketul sosej.
Juga merangkap brunch untuk tukang masak..Dah memasak,rugi la kalau tak makan.Hihihi.....




NASI GORENG TOMYAM
 2 cawan beras- tanak jadi nasi(+-4 cawan nasi)
2 sudu pes tomyam dalam botol
1 batang carrot
1 keping dada ayam- hiris & gaul sikit garam
4 sudu minyak masak
2 biji telur
1 pokok daun ketumbar
( jika tak suka boleh ganti daun sup)

1. Panaskan minyak,masukkan isi ayam hiris dan goreng hingga masak.

2. Pecahkan telur dan kacau hancur hingga telur masak.Tambahkan pes tomyam dan carrot.

3. Masukkan nasi yang sudah dilerai dan gaul rata hingga nasi panas merata dan naik wap.

4. Taburkan daun ketumbar @ daun sup.

Masukkan la dalam kotak makanan mesra alam ni.Hihihihi...
Mesra alam la kot sebab ni kotak kertas.Tapi saya alas juga dengan plastik  sebab risau pula karang bekas tu lembik atau berminyak.Sosej tu saya potong dua dan kelar.Kemudian goreng dengan ½ sudu marjerin.Kalau goreng sosej saya suka guna marjerin @ butter berbanding minyak sebab sosej akan licin dan cantik.Kalau guna minyak pula,biasanya sosej  jadi garing dan keras berkulit ...Kaaaa...saya yang tak pandai goreng?...hihihi


Bekal anak bujang teruna hari ni.Nasi Goreng Tomyam bersama sosej goreng dan sebiji buah pear.

14 comments:

  1. Sedapnya nasi goreng tomyam. Dah masak rugi lah kalau tak makan. Macam sedap je goreng nugget dengan butter. Biasa goreng dengan minyak garing dan kecut seperti yang mama cella cakap tu. Next time nak try goreng guna butter. Best betul dapat bawa bekal sedap sedap. Senang pek dalam bekas ni. Terus buang lepas makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak risau tertinggal bekas. Lagi lagi bekas tupperware. Hihi...

      Delete
    2. Fiza...
      Goreng sosej la..bukan nugget🤭
      Defros dulu sosej.Masak sosej bersama butter dengan api kecik sambil golek2kan sosej tu..in sha Allah elok

      Delete
    3. Bila sel sel otak tak berhubung ginilah jadinya. Tertaip nugget sedangkan dok fikir sosej. apedaaaa...ampunnnn
      Baiklah, terima kasih share tips :)

      Delete
  2. Mgu depan bersahur bole la kak lin msk ns grg tomyam ni.. mak cella da bg resepi.. kak lin pun lebih suka aroma ketumbar mcm mak cella.. 😉
    Mcm mn mata ank bujang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.. td keluar beli stok, lupa beli pisang.. nk try rebus mcm yg mak cella buat.. ishh!!

      Delete
    2. Jom..jom..macam puasa jugak la minggu depan..
      Daun ketumbar best kan aromanya walaupun ada yang kata bau pijat🤭
      Nanti lain kali jumpa pisang boleh cuba pisang rebus😁

      Delete
  3. Replies
    1. Betul tu wak...jimat sabun tak payah basuh & jimat suara tak payah berleter tak bawa balik tupperware🤣

      Delete
  4. Kalu duk sebelah rumah dh mintak bekalkan dh nasi goreng...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la dok sebelah rumah ni...Tak pun saya yg pi dok sebelah umah SA🤣

      Delete
  5. Sedap tuuuuu! Saya suka nasi gorenggg.. Aaa.. gabung dengan tomyammm.. terliur pulak kitaaaa

    ReplyDelete