Tuesday 23 March 2021

BAWA BEKAL PULUT KUKUS IKAN PEKASAM

 

Pulut kukus+ kelapa parut putih gaul sikit garam.Gu pulak dengan  ikan pekasam goreng garing .Lawankan dengan kopi O kaw...

Itulah bekal saya ke tempat kerja hari ni.Saya dan pulut tidak boleh lama terpisah.Pasti terindu- rindu.Selang beberapa hari kalau tak bertemu..jiwa jadi tak tentu..hihihi...


Tak syok makan pulut kalau sorang- sorang...Ajak Shifa,che mek Klate  ni join sekali.Selera kami banyak persamaan...Dia cakap dia bawa bekal juga tapi pulut kukus ikan pekasam & kopi O ni dia tak mampu tolak..hihihi


 

Banyak juga saya bawa.Tak habis nak makan berdua dengan Shifa.Tinggu juga kot Pn Isma naik kayangan ni.Nak ajak dia sekali.Sudahnya,ajak 2 orang cleaner yang bertugas tingkat atas kayangan ni join.Alhamdulillah,jadi little kenduri  la juga..Cuaca gerimis pula di luar sana..Menambahkan asikkkk 


10 comments:

  1. Wak hari ni pun makan pulut kukus,
    tapi dengan serawa durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,untung la wak ada tanam durian..Alhamdulillah

      Delete
  2. Sedapnya kalau dapat join sekali atas kayangan tu, tapi pakan daya, kita awangan sahaja mampu, kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la join sekali atas kayangan ni.Dah naik memang malas nak turun ke bumi dah...Lagi- lagi dah banyak umur ni (bacanya 'tua')hihihihi.

      Delete
  3. Adus sedapnya makan pulut pepagi hari.rajinnya mak cella mengukus, ikan pekasam tu yg tak boleh tahan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...sambil kukus sambil mandi & bersiap.Tapi tang goreng ikan pekasam tu sebelum subuh kira kejutkan jenjiran la dengan bau aroma pekasam..hihihihi

      Delete
  4. Sejak2 kenal dengan mak cella ni akak dah kerap juga masak pulut.,ada yang tanak dan kadang2 kukus.Budak2 ni macam pelik sikit sebab selalu buat pulut kuning ,ni putih je.Buat untuk sarapan juga ,yang tak pernah buat pun sebelum ni.Budak2 ni suka je kalau dah namanya pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...dah berjangkit yer kak..Kalau makan time hujan memang mengundang bantal la kan...hihihi

      Delete
  5. Sedap tu hidangan pulut dengan kopi o kaw. Nikmat dapat makan lunch ramai ramai berkongsi rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....bendanya bukan mewah,tapi cukup..semoga ada barokah dalam rezeki yang sedikit itu

      Delete