Saturday 6 March 2021

MAKAN CELUP TEPUNG DI WARUNG POK NONG

 Sampai Losong pukul 1.00 pm.  Perut dah penuh keropok lekor rebus & keropok lekor gorengCheck in hotel pukul 3.00 pm. 

Deside untuk cari kedai eco sebab Cella kena kuarantin 10 hari. Semua barang di bilik masa sem 1 hari tu tak boleh la nak ambil sebab kuarantin kat blok kuarantin katanya. Makanya semua toileteries & lain-lain kena beli lagi sekali la macam baru nak masuk hari tu. Beli kat kedai eco jer lah. Banyak juga tu dalam list. Sabuhn basuh, softener, sabun mandi, syampoo, bakul baju, plastik sampah, tisu basah, tisu muka, botol air, megi, hanger, jajan.. Macam-macam. 

Tapi rugi pula kalau sensiang ni tengok view dalam kedai eco. Baiklah sensiang tengok view bandar Kuala Terengganu. Eco tu memalam pun boleh gi.. Heeeee

So, plan gi cari Warong Pok Nong. Hari tu datang hantar Cella.. Nak bawa mak saya makan Ikan Celup Tepung kat Warong Pok Nong. Tapi hari pendaftaran masa sem 1 tu tak kena timingnya. Sampai sini hari tu petang Isnin. Plan esoknya tu nak makan. Tapi rupanya Warong Pok Nong tutup Selasa dan Rabu. Terpaksa cari altenatif. Tapi sebab masa tu baru lapas PKP 1 memang susah nak cari tempat makan masa tu. Tak macam PKP 2 ni, walaupun PKP tapi tempat makan buka jer & datang kali ni lebih rileks sebab dah kali ke-2. Lagipun hari tu weekday & terpaksa amik cuti. Kali ni weekend lebih tenang. Saya tak apply cuti pun. Cuma Isnin nanti penat la sikit. 

 

Perjalanan ke Warong Pok Nong. Google.. Cakap pulul 3.30 buka. Tapi masa, sampai pukul 2.30 dah penuh. & dah buka pun. Scan, isi mysejahtera & masuk.Setiap meja pelanggan diberi nombor & untuk elak kesesakan, nanti akan dipanggil ikut nombor yang diberi. 
Kami dapat nombor 8.Maknanya kami yang ke 8 mendaftar masuk


Kerana kami orang ke 8 mendaftar masuk, masih banyak pilihan tempat. Kami pilih meja yang mengadap laut. Tapi kelemahannya tepi jalan banyak habuk & sesekali bila ombak kuat terasa juga tempiasnya. Yang memimih parkir kereta tepi laut tu memang kereta kena tempias ombak. So, kalau sayang kereta parking la kat tapak parkir sebelah warong ni


SOP & norma baharu. Setiap meja hanya boleh 1 @ 2 orang sahaja mengambil makanan. Konsep di sini,ikan,udang,sotong & ketam digoreng di belakang sana & akan disusun seafood yang dah siap masak tu dalam pinggan @ dulang atas kaunter. Bukan pilih bahan mentah yer.Tapi semua dah siap goreng d panas-panas berasap. Sotong besar celup tepung akan diisi sepinggan seekor & diletakkan slip harga sesiap mengikut saiz sotong. Kami pilih yang rm 17.Pun bila dah gunting oenuh jer sepinggan. Gunting disediakan dikaunter & boleh ambil sebilah gunting tu bawa kemeja untuk gunting sotong. Udang siap bergoreng juga diisi dalam pinggan & boleh ambil berapa pinggan yang nak & letak dalam dulang. Setiap pinggan kalau tak silap5 @ 6 ekor kot saiz ibu jari. Ikan selayang celup tepung diisi dalam dulang besar menimbun & boleh pilih sendiri nak berapa banyak. Satar juga dicucuk setiao cucuk 4 bungkus. Harga jangan risau kerana memang murah. Nanti jap lagi kita cakap harganya. (Atas kaunter tu simple sangat kerana makanan akan sentiasa licin disambar pelanggan. Bagusnya norma baharu ni suasana & mengambil makanan & mencari tempat duduk sangat teratur & nampak sw. Ua berdisiplin. Tiada yang berebut & tiada riuh rendah. (sayangnya tak selesa nak snap pic sebab menghormati keselesaan orang lain) 

Ini sahaja yang kami pilih + 3 jeli kelapa & sebotol air mineral. Harganya HANYA RM30++. Bukan rezski mak saya, datang hari tu tak dapat menikmatinya. Kali ni memang niat nak bawa mak sekali, tapi tiada alasan kukuh. Ak rentas negeri balik amik mak. 


Saya memang makan ikan dengan  penuh selera kerana ikannya segar & manis ori. Sata tu hanya berusik 2 bungkus. Sedap tapi tidak kena selera kami



Kerana masih kekenyangan 30pcs keropok lekor di Losong

Kalau la tahu Warong Pok Nong buka lebih awal dari waktu yang dipaparkan, baiklah terus ke sini tanpa memenuhkan perut dengan keropok lekor. Hihihi



Masa baru makan memasing pakat makan tepung rangupnya dulu. Tapi sebab makan tak berebut, baru masuk sekor ikan tu saya dah kenyang. Cella yang nak sangat udang celup tepung tu pun makan 2 ekor dah kekenyangan(sebenarnya kenyang keropok lekor) Adah yang cakap nak habiskan sotong tu sorang dia, pun sudah tersandar. Padahal baru separuh berusik. Lebih kurang 1/2 jam dalam ni tengok kat luar dah penuh parking sampai ke jalanraya. Mesti ramaiikut timing kat Google kata buka 3.30 & ingat mereka dah datang awal 1 jam. Hihihi.. Kami pun kebetulan sahaja sebab memang nak kerjar parking tu yang datang awal 2 jam. Rezeki pulak warong buka awal. Mungkin mereka dah bersedia dengan pelanggan luar yang ramai dimusim pendaftaran IPTA. Mereka lagi arif la kan.. Hihihi



Pandangan Warong Pok Nong dari parking. 


Seberang jalan depan parking tu laut China Selatan... 

Warong ni memang tepi laut. Tidak jauh dari UniSZA pun.Kata Cella dia pernah sekali sahaja ke sini tapi tak dapat makan sebab warung kepenuhan & makanan habis. Datang lambat la tu.... 


View dari seberang Warong Pok Nong. Kat laut tu kapal korek pasir untuk tambak tebing


Kata Cella sebelum ni ada buaian kayu macam kat Lombok tu tapi sekarang tengam constuction sebab hakisan pantai yang agal teruk.. Kalau ikut waze memang tak jumpa ni sebab kedua-dua jalan yang diarahkan waze tu ditutup kerana construction Kesimpulannya, bagi pecinta celup tepu g memang sanat berbaloi. Macam kami  yang banet ciput pun tidak risau nak makan sini. Apalagi yang memang kaki makan. Cuma sila manage masa biar betul la.. Selasa Rabu tutup & kalau selesa gi awal


2 comments:

  1. Wahhh.. dah balik Ganu ya awek tu. SELAMAT berkuarantin dan selamat meneruskan pelajaran di semester Baharum, semoga dipermudahkan segala urusan yg dihantar dan yg menghantar selamat pulang ke ibu Kota cinta

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Terima kasih atas kiriman doa

    ReplyDelete