Monday 8 March 2021

PASAR PAYANG @ KEDAI PAYANG

 Kalau ke Terengganu wajib lah singgah sini. Bukan selalu datang sangat pun. Seumur hidup rasanya baru 5 kali kot datang Terengganu. 2 kali atas urusan kerja. Sekali datang dengan mak & anak-anak on the way balik dari Kelantan & tahun lepas hantar Cella tu kiranya kali ke 4 & ni hantar dia semula kkra kali ke-5 la


Bukan nak beli apa pun. Tahun lepas memang ada juga berbeli. Sebab bajet  kali ni hanya untuk sewa hotel 1 malam & makan sahaja. Sebabnya kena beringat... Bulan lepas CNY gaji awal. Nak menyampaikan ke hujung bulan Mac ni kena la belanja berhemah.. Beringat la sebenarnya.. Dengan anak nak masuk sem baru, itu sikit ini sikit nak kena topup. Alhamdulillah, Allah masih kirimkan rezeki untuk kita semua. Walau tak mewah tapi ada. Walau tak kaya tapi cukup....
Pagi semalam sempat juga la cuci mata kat Kedai Payang ni


Memang niat nak cuci mata sahaja. Memang dah plan tak mahu membeli pun. 


Hanya beli keropok kering sikit. Jangan tidak.. Hihihi

Cella kata nak cari baju kelawar sepuluh ringgit untuk basahan

Memang kali ni saya tahan daulat
Hanya window shoping. Tak membeli pun

Sebab masih awal, banyak kedai yang belum buka


Mata dah kenyang tengok. Hihihi

Telur penyu... Ada ker yang pernah makan? 
Saya pernah makan telur penyu dari Sabah. Bukan la sedap sangat tapi pernah makan la untuk tahu rasa dia. Telur penyu Terengganh belum pernah cuba yang fresh. Telur penyu jeruk pernah la. 


Betul ke saya tak membeli? 
Hihihihi


Betul.. 
Saya tak beli.. Hanya keropok kering sahaja sikit

Lagipun bendanya sama sahaja kan.. 

Cella nak cari baju kelawar yang rm10 tu. Katanya nanti sepanjang kuarantin dia nak pakai baju kelawar sahaja siang & malam. Senang nak basuh & cepat kering. 

Pilih punya pilih

Dia kata nak sehelai sahaja

Akhirnya capai juga 2 helai. Katanya sehelai pakai waktu malam masa tidur. Bangun pagi basuh yang pakai malam. Pakai pula sshelai lagi. Petang mandi, basuh pula yang pakai siang. Pakai pula yang jemur pagi tadi. Begitulah bergilir-gilir 2 helai tu katanya.. 



Penyu ni muka pasdah ke muka bored... Hihihi

Penat hmberjalan dalam tu, kami keluar amik angin. Angin kuala. Kuala Trengganu.. Hihihi





Eh, datang kali ni bum naik lagi jambatan ni. Waze asyik bawa naik jambatan lama. Adah kata nak amik gambar. Dia kata 2 kali datang dia asyik drive jer. Tak sempat nak bergambar.. 

Hihihi.... 
Sejak tahun lepas, barulah saya dapat merasa seat penumpang sambil bersantai pandang kiri kanan. Kalau tidak sejak depa kanak-kanak asyik jadi driver sahaja tak sempat nak pandang kiri kanan. Alhamdulillah.... 

No comments:

Post a Comment