Wednesday 10 March 2021

SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH

Dapat belimbing buluh,tekak sudah terbayang nak masak sambal .Plan asal nak masak sambal dengan ikan bilis,tapi ikan bilis pula dah habis.


Maka jadilah Sambal Sardin Belimbing Buluh ni


Masak awal-awal biar beberapa jam baru baru sedap kerana masam dari belimbing sudah meresap ke dalam kuah & belimbing juga menyerap rasa sambal menjadikan rasa kuah dan rasa belimbing yang sedap.Saya suka masak belimbing sebiji-sebiji tanpa belah .Tapi belimbingnya kena masak lama hingga benar-benar empuk baru sedap.Masukkan belimbing sama dengan menumis & masak sampai naik minyak.Tambah lagi air biar tenggelam belimbing tu & biar kuah menggelegak hingga kuah kering dan sambal naik minyak untuk memastikan belimbing benar-benar empuk lembut.In sha Allah belimbing tidak akan hancur tapi lembut dan meresap rasa sambal.


SAMBAL SARDIN BELIMBING BULUH
1tin sardin (tin sedang)
1mangkuk belimbing buluh (-+20biji)
1sudu teh garam
1sudu teh gula perang
¼cawan minyak
1cawan cili blend
½bawang besar blend
3bawang putih blend

1.Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga mendidih.Terus masukkan belimbing buluh.

2.Bila sambal sudah naik minyak,tambah 1 cawan air atau hingga tenggelam belimbing buluh.Masak lagi hingga mendidih & belimbing lembut serta sambal pekat.

3. Tambah garam,gula perang & sardin.

4.Masak hingga mendidih sekali lagi dan sambal pecah minyak

5.Sesuaikan rasa.Masak awal beberapa jam sebelum makan supaya rasa lebih sedap.Sebaiknya dibiar semalaman supaya rasa sambal sebati dengan belimbing.


Saya guna belimbing buluh hijau


Nikmatnya dapat makan nasi panas-panas berlauk ikan masin & sambal belimbing idaman.Alhamdulillah...

11 comments:

  1. Sedapnye..haritu pun buat sambal sardin letak belimbing buluh. Pedas² masam. Ishhh..kecur pulak air liur kiteeee 😂

    ReplyDelete
  2. sedap ni kak... kalau saya menu sardin mesti ada telor dadar.. nasik panas.. hihihihi... sedappppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sardin & telur dadar tu jidoh serasi Mim...hihihi

      Delete
  3. Ooi sedapnya.Kecur air liur saya pepagi hari ni.Mana nak cari belimbing buluh ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seru banyak kali nanti ada la tu belimbing datang bergolek..hihihi semoga ada rezekinya dapat belimbing tu

      Delete
  4. Ni lepas ni mesti entri nasi goreng sardin...

    Tapi, kalu kita, tak sempat jadi nasi goreng, mesti licin sambal sardin dengan periuk nasi kukerjakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni tekaan SK meleset skit..Sebab semalam ada yang minta sikit sambal tu,hari ni saya bawa sambal tu berserta semua sardinnya.Beli 4 bungkus nasi lemak biasa & makan berempat buat sarapan kat tempat kerja.Licin dah depa makan sardin tu.Alhamdulillah

      Delete
  5. Sedapnya! Kuah berllinang-linang, jumpa nasi putih terus gaul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kita memang sama spesis gaul minyak tu ngan nasi..nostalgia kan cikgu

      Delete