Friday 19 March 2021

AYAM MASAK MERAH BY ADAH

 Adah kata dia nak masak tomyam ayam tapi lupa keluarkan ayam dari peti ais.Petangnya dia keluarkan juga ayam tu .Katanya nak buat ayam masak merah


Malam-malam buta pukul 10 malam dia gigih menggoreng ayam & blend bawang serai bagai


Saya cakap tak ada sos tomato.Tapi dia cakap dia dah search ,sos tomato boleh ganti dengan asam jawa.Ikut suka ampa la...Janji ampa nak masak.

Tapi berkali juga bertanya nak guna cili blend tu banyak mana.Dah cakap kalau ayam dalam sekor tu guna 2 cawan cili blend.Dia kata tak tau nak agak sebab guna cili siap blend yang saya beli dari kawan saya,Rose.

Bila kita dah bagi jawapan dia kata banyak sangat la 2 cawan tu.Nak guna 1 cawan sahaja.Kalau macam tu,saya kata lebih baik jangan tanya.....hihihi

Pukul 11 malam dok bau Ayam Masak Merah ni dah macam nak raya pun ada.Macam nak kenduri pun ada.Dia kata masak malam,esok pagi boleh la pakat bawa bekal nasi lauk ayam masakan dia ni..


Dia kata di blend 2 batang serai,seketoi lengkuas + sekali 1 bawang besar & bawang putih.

Tumis bawang merah + daun kari..

Boh air asam jawa,garam,gula kelantan & masak sampai pecah minyak sebelum masuk ayam yang dah goreng.

3,4 kali dia suruh rasa.Alhamdulillah sedap.Dia kata dia tambah kiub ayam seketoi nak bagi sedap.Betoi la sedap rupanya bila tambah kiub ayam. Kata Adah jangan bagitau abang yang ayam tu dia masak.Dia nak tengok abang boleh beza ke tak masakan dia dengan masakan mak  dia..Hihihi...

Nampaknya macam lagi sedap ja,sebab tak ada pertanyaan pun dari abang dia.Abang dia siap makan & bawa bekal extra cedok sendiri.









1 comment: