Saturday 5 August 2017

SAMBAL CILI PADI BELIMBING BULUH DENGAN SARDIN

Sambal Cili Padi Belimbing Buluh Dengan Sardin..
Panjangnya nama lauk yang mak aku masak ni..
Hahaha...
Dah itu nama yang mak aku tulis dalam sijil kelahiran sambal ni..
Kena la tulis nama penuhnya...
Kikikiki...ingat nama orang saja ke yang panjang...
Kalau kat sekolah aku cimgu selalu bising hari tu masa nak daftar peperiksaan...
Tapi tu nama orang lain la..
Bukan nama aku..
Nama aku 14 huruf jer..
Heeee...


Kalau mak aku bawa balik stok Buah Belimbing Buluh ...
Mmmm...memang xyah tanya..
Dah tahu mesti Miss Mastura yang bagi..
Sebab dah bertahun Miss Mastura jadi suplier Belimbing Buluh untuk mak aku..
Hahaha...tapi Miss Mastura bagi free jer.
Mak aku kata kita kena selalu cakap Alhamdulillah ...
Sebab Allah selalu murahkan rezeki..
Ramai jer orang yang nak kongsi rezeki mereka dengan kita...
Bukan semua orang dapat..
jom sama- sama sebut...ALHAMDULILLAH..!!!
Sambal Cili Padi Nelimbing Buluh Dengan Sardin ni lauk dua hari lepas....hari Khamis..
Tapi masa ni hanya mak aku yang makan lauk ni...


Aku ngan kakak makan Murtabak Special ni..
Sedap gilerrrrrrrrr...!
Sebelum masak Sambal Belimbing tu mak aku panaskan Murtabak yang sedap ni..
Sebenarnya hari  Khamis tu mak aku  ada kursus kat Bandar Seri Permaisuri ..
Makanya lambat la mak aku amik aku..
Stayback kat library ngan geng aku la..
Masa mak aku amik aku..
Masuk jer keter ada bau murtabak..
Huh...sedapnya bauu..
Lapar do..!!
Tu sebab sampai umah mak aku terus panaskan untuk aku ngan kakak..
Mak aku cakap ada kawan mak aku yang bagi mutabak frozen tu...
Ingat....jangan lupa sebaut...
Alhamdulillah ....
Sedapp sangat...
Tapi sayangnya xde jual kat KL ni sebab mak aku cakap kawan mak aku tu bawa dari Pahang..
Omak aiii...apa jauh bonar..!!!
Hihihihi..

Aku ngan kakak dah kenyang makam murtabak tu
So..hanya mak aku yang makan Sambal Belimbing ni...



Lagi pun mak aku yang suka sangat lauk yang ada belimbing ni..
Aku bukan x suka..
Tapi kalau bilimbing tu masammmmmmm sangat aku x suka..
Kalau belimbing dia masam sikit jer aku suka..
Mak aku cakap kalau nak belimbing tu x masam sangat tunggu makan esok la..
Sebab kalau makan masa baru dimasak masamnya masih ada dalam belimbing..
Kalau dah lama masak masam belimbing tu akan kuar dalam kuah dan belimbing akan jadi sedap dan kurang masam...
Haaa...so...esok la aku makan..
Heeeee


SAMBAL CILI PADI BELIMBING BULUH DENGAN SARDIN
1 tin kecil sardin
20 biji belimbing bulub
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 sudu minyak

Bahan Blend:
1 cawan cili padi
1 bawang besar

1. Bersih belimbing.Potong atas bahagian tangkai dan bawah belimbing .Biar sebiji- sebijj
2. Blend cili padi dan bawang
3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
4. Masukkan belimbing dan 1 cawan air
5. Masak hingga belimbing lembut dan kuah kembali kering dan naik minyak
6. Masukkan sardin,garam dan kacau rata.
7. Sesuaikan dan siap

*** Sambal Belimbing lebih sedap jika dimasak sehari lebih awal supaya rasa  belimbing kurang masam kerana telah  meyerap rasa kuah.



Belimbing  buluh dan sardin..
Mak aku cakap ni Belimbing Buluh spesis Kuning
Ada belimbing buluh spesi Hijau dan ada yang Putih


Cuci dan potong tangkai dan bontot belimbing


Baham blend...Bawang dan cili  padi sahaja


Siap semua bahan sebalum masak


Blend cili dan bawang..


Mak kata x perlu terlalu halus sebab kalau cili padi kena kasar- kasar sikit..
Kalau cili kering mak kata kena blend hingga halus..


Panaskan minyak dalam kuali


Tumis bahan blend hingga naik minyak..

*** Kalau ada jiran yang bersin...mak aku cakap duduk jer diam- diam..jangan sibok nak jenguk..
Hahahaha


Pastu masukkan belimbing dan 1 cawan air..



Masak hingga belimbing lembut dan kuah kembali kering dan naik minyak..

**** Kena masak lama..Kalau nak lagi sedap tambah lagi 1 cawan air dan masak lagi 15 minit supaya rasa belimbing keluar dan hasilnya belimbing akan kurang masam dan sedap..
Kalau masak sekejap sahaja memang belimbing akan TERSANGAT masam..


Bila kuah kering dan naik minyak baru masukkan sardin dan garam serta gula..
Kalau nak sambalnkekal hijau..hanya masullan sandin dan jangan masukkan sosnya..

Sardin kena masuk bila sambal dah masak sebab kalau masuk sardin awal sangat nanti takut imannya hancur sebab kitabakan selalu kacau.



Sesuaikan rasanya...

Siap....

*** Pesan Mak aku
Lauk Sambal Belimbing  akan lebih sedap setelah dimasak sehari lebih awal atau dimasak pada malam untuk makan tengahari..

Syyyyy...tapi ko aser ada ke orang nak masak siap- siap waktu malam...
Hahaha...larikkkkkkk

No comments:

Post a Comment