My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Thursday, 12 November 2026

MAKAN @ BORDER KITCHEN, PADANG BESAR SEMPENA CUTI DIWALI

Jumaat saya halfday....sebab nak balik kampung naik bas.Nasib baik big bos luluskan bila bagitau  terpaksa keluar awal sebab tiket bas 10.45 pagi @ TBS.Plan asal nak balik Jumaat malam tapi lupa pulak long weekend sempena Deepavali,maka tiket banyak sold out.Yang tinggal tiket pagi .Itupun hanya tinggal tiket bas MARA ...Jarang nak ambil tiket Bas MARA ni sebab sempit dan tak berapa selesa..Balik Jumaat pagi pun jalan dah mula sesak..Minggu lepas balik dari Kedah-TBS hanya 5jam ++..Gerak pukjl 10.15 malam...pukul 3.30 pagi dah sampai TBS.Kali ni ...tiket pukul 10.45pagi..Pukul 11.00 baru bas sampai sebab long Q @ TBS...Dalam bas saya bantai lenaaaaaaa sampai bas singgah Bukit Gantang untuk makan dan toilet..

Akhirnya perjalanan gang biasa 5-6 jam manjadi 9 jam dek musim perayaan Deepavali.Sampai Pendang pukul 8 malam.Sabtu hanya masak dan makan serta wajib lah petang memancing🤭.Masa memancing tu la Achik ajak pi Padang Besar esoknya tu..

Haaaa...kan dah cakap setiap bulan wajib pi Padang Besar...Mak dah sebulan tak pi Padang Besar dia dah tak boleh duduk.Sib baik Achik memang melayan ja...Makanya Ahad tu Hari Cuti Deepavali....pukul 8.30 pagi bergeraklah kami 5 beranak ke Padang Besar naik kereta baru Achik...hehehe..Cella excited dapat drive 


Bukan nak shoping apapun..Lebih kepada nak makan kat tempat biasa tu ja kerana mak suka sangat makanan kat situ...

Kami sampai dalam pujul 10.00 pagi memang kedai kedai kat bazar tu baru dok buka pintu & susun barang...Restoran Border Kitchen  pilihan tu pun baru je buka & kami 1st customer....


Menu pilihan mak....Menu orang baru buka simen tangan...hehehe
Nasi putih 
Ayam Masak Pedas
Telur  Dadar
Teh O Ais



Cella pilih Megi Tomyam
Achik Kue Teow Ladna
Saya pula pilih Nasi Goreng Daging Bawang Goreng Bawang Putih...



Pilihan saya....Nasi Goreng vs Daging Goreng Bawang Putih..Daging tu crispy yer....garlic juga  crispy & harum..Ni kali ke 2 saya pesan manu ini



Menu pesanan Aqil....
Nasi Goreng vs Sotong Celup Tepung
Bersama semangkuk sup

Total yang kami makan ni tak sampai RM100

Asalnya ada juga order 2 piring Daging Bakar Danoq...tapi mungkin sebab dorang baru buka ...daging belum siap...Daging Bakar Danoq RM12.00 sepiring...



Kali ni kami ronda  arked belah kiri bersebelahan arked lama...
Ni view dari  tingkat atas kat foodcourt..
Doodcourt ni kami belu. pernah try lagi makan kat foofcourt yang ni...Tu yang kami try naik tengok kot nak try lain kali...
Tapi,mmm...tengok sini crouded dan vibe dia macam foodcourt Pekan Rabu tahun 80-an..
Mungkin ada orang suka vibe macam ni tapi bagi kami mungkin sebab dah terbiasa makan kat Border Kitchen tu


Lepaa makan swsaja window shoping


Jami jamu mata jer


Tapi jangan percaya sangat...Kalau dah nama pwrempuan....dia tak jalan saja wei...

Hahahaha



Beli buah salak Siam
Beberapa jenis Kekacang
Kudapan
Kali ni tak belo pulut sebab pulut yang beli bulan lepas belum beruaik bila mak dah tak voleh nak masak...hihihi

Ketika pengunjung berpusu-pusu datang sekitar jam 12.30 tengahari...kami pun beransur...
Tapi bukan terus balik,sebaliknya menghala ke Kuala Perlis pulak....hehehehe


Saturday, 7 November 2026

MAKAN-MAKAN 16 SEPTEMBER 2026

Tengah tengok draf kat blog ni ternampak ada catatan dah lengkap tapi belum publish...Ok..kita publish jer hari ni sebab sayang dah tulis semua dah...hanya karang 5 ayat kat atas ni dan terus publish..  


Cuti Hari Malaysia, 16 September 2026 tahun ni jatuh pada hari Selasa..Alangkah bahagianya jika setiap tahun jatuhnya hari Isnin atau Jumaat ..boleh la long weekend..hihihi

Kadang long weekend pun macam tak sempat nak buat apa-apa.Macam hari tu memang ada plan nak ajak kawan-kawan cella makan-makan kat rumah sebelum depa habis belajar.Tapi sudahnya hanya order makanan siap pack & hantar ke fakultinya...Padahal masa tu ada ja long weekend..
Tapi baru ni walaupun Cuti Hari Malaysia 2026 tengah tengah minggu hari Rabu sempat juga curi masa untuk buat makan-makan secara kecil-kecilan...Masak lunch menu mudah mudah sahaja...

Jom tengok menu apa saya sempat masak...

KARI IKAN TUNA + TERUNG & BENDI



SAMBAL UDANG + PETAI


AYAM GORENG 




SAYUR BROCCOLI + CARROT BAWANG PUTIH RANGUP

Friday, 6 November 2026

APA KHABAR KELEDEK,PADI & POKOK PAKIS?

 Ingat lagi tak kisah KELEDEK SEKEBUN & BAUNG SEKOLAM yang memjadi korban ?


Kini setelah  lebih kurang dua bulan berlalu..




Rupanya sisa sisa tunas keledek yang musnah dek bisa racun k3mbali bangkit meneruskan kemandiriannya...

Tunas yang masih bersisa meneruskan kehidupan bangkit dari kesakitan !




Pucuk pucuk yang segar lembut bagai kangkung ni saya bersama Bayu perik


Melihat kesuburannya,Bayu ajak saya gali kot ada umbi yang masih bersisa..



Kami cuba pada  salah satu batang keluasan lebih kurang 2x1M...
Hanya dapat ni...
Rupanya ubi lama habis mereput...Ubi baharu belum sempat membasar baru sebesar kelingking..
Yang purple besar tu mungkin pangkal ubi lama yang masih bertahan..Tapi sekeliling ya merekah besar dan nampak kesan penyembuhan...

Melihat hasil yang tidak menggalakkan ini,kami tidak meneruskan penggalian. batas yang lain...Biarlah mereka bertenang dahulu membina ubi baharu..



Mungkin sekitar sebulan ++ nanti kami akan cuba gali lagi tengok ada ke tidak hasilnya..



Dari 2x1 meter tu dapat pucuk ya lebih 3/4 cekak sekitar 2kg ..Itupun ada yang tidak dipetik pun..

Pucuk keledek tu rak tahu siapa yang ambil sorang sikit bawa balik.Ubinya tiada siapa ambil kerana tak cantik + masih takut² nak makan...heee
Nanti sebulan dua lagi kita tengok kalau ubinya menjadi...boleh la makan dan jual

Padi batch baharu....
Padi darat....
Tidak lagi tanam dalam air .
Tuh.., kemain subur pegaga air menumpang baja padi....


Cuma kali ni padi yang ditanam tidak sebanyak sebelum ni...

Tapi cukup la untuk kajian dan Bayu dah janji nak buat ketaman padi.Harapnya padi ini tidak menerima nasib macam padi tahun lepas...


Tak jauh dari kebunan keledek.....kebunan paku pakis...
Kebunan yang dimulakan Bayu sejak lebih 3 bulan lalu dahula menampakkan hasil


Adalnya ni tapak tanaman padi sawah...Bekas petak sawah tu 
Masa baru pindah sini...saya pernah share  tanaman padi di KAT SINI

Beberapa bulan kemudian saya ada uldate pasal PADI MENGUNING ....kat sini.Dah berangan nak mengetam padi bila Bayu janji nak buat alat ketamam padi tradisional.
Sayangnya bilanhasil hampir dituai....kami kami berputih mata bila hasil musnah terkna serangan tikus...!!

Tapak sawah tu lah Bayu cuba pula dengan tanaman pakis.....Nampak menjadi...Dah dua kali petik...Dalam minggu lagi ada perancangan nak buat makan makan hujung tahun..Saya dah berangan nak buat kerabu pakis +kerang...Heee


Berhampiran tapak tanaman terung tahun lepas
diusahakan tanaman nanas


Kata Bayu..tanam nanas rileks sikit kerana tanaman ininberkonsepkan 3T..
3T tu apa?
Tanam...
Tingggal...
Tuai..
Semoga hasil.nanas juga melimpah walau hanya sekangkang kera




Dua minggu lepas Ita bawa berita gembira.Minggu lepas juga saya Ita dan Laili mengiringi Bayu ke UTM  untuk terima mock cek  geran RM14k daripada DBKL untuk kebun.Alhamdulilah...
Syyyy...
Asbab ke majlis inilah ,saya baru tau nama Datuk Bandar KL yang baharu🤭
Dok ingatkan Datuk Bandar KL masih lagi yang lama yang perempuan tu....Rupanya dah setahun Datuk Bandar baharu...Nasib baik geran tak kena tarik  balik...
hahahha
Unik namanya TPr Fadlun bin Mak Ujud...
Untuk info bagi yang belum tahu TPr tu merujuk kepada gelaran profesional Town Planner (Perancang Bandar)...Kalau gelaran Ir...kita dah biasa kan...Ar...Sr...Ts...Saya hanya biasa dengan Ir & Ts sahaja sebelum ni...TPr ni agak baru bagi telinga saya...hehehe...
Maaf yer Datuk Bandar...!!🙏🙏🙏





Kebunan cili kampungbni Bayu kata akan diserahkan kepada saya bagi memberi fokus kelada kebunan baru dengan peruntukan geran yang dapat tu..

Leas ni kena banyak habiskan masa kat kebun cili la pulak..Nasib baik juga terung dah habis.Kalau tidak jenuh juga sebab terung memerlukam tuaian lebihbkerap...2 hari seklai.
Macam cili kampung ni jarak masa menuai lebihb panjang...Seminggu  sekali sahaja...bergantung lenguaran buah...
Apapun...inilah antara penarik hat saya di sini...
Pepohon nan hijau