Menyeghok pulut nyo ngan kopi O
Bahasa standarnya " Sarapan pulut kelapa dengan kopi 0 "
Singat saya...sejak zaman kanak-kanak pulut adalah makan utama kami selepas nasi.
Selang sehari dua pasti emak tanak atau kukus pulut buat menyeghok a.k.a sarapan pagi berselang seli dengan cekodok kembong & nasi goreng.Kalau musim hujan pendapatan mak merosot teruk kerana mak hanya bergantung kepada duit motong getah dan jual padi sahaja.Jualan padi pada tahun 80-an hanya setahun sekali.Menjelang 90-an baru dapat kerjakan bendang setahun 2x.
Walau hanya buat bendang lebih kepada sara diri ,namun nikmatnya kami tidak pernah terputus beras.Malahan berpeluang menikmati beras baru( pada musim menuai padi) yang mana beras baru ni harum dan tidak ada dijual di kedai.Beras baru terhasil daripada padi yang baru dituai,terus dijemur dan ditumbuk atau dihantar mesin proses ke kilang beras.Beras daripada padi baharu tuai ni sangat berkanji dan bila dimasak agak leceh kerana tidak boleh elak mesti nasinya lembik walau sukatan air dikurangkan.Tetapi aroma harumnya sangat menggoda.Aromanya lebih kuat daripada aroma beras wangi cap naga mutiara tu..Namun beras baharu ini jangka hayatnya pendek sahaja..Setelah beberapa bulan padi disimpan...aroma itu kan menghilang dengan sendiri & bila padi diproses berasnya tidak lagi seharum dan sekanji ketika baru dituai Agaknya kerana itu beras baharu tiada dijual dikedai,sebaliknnya padi akan dibiarkan beberap ketik sebelum diproses menjadi beras biasa.
Padi pulut juga menjadi tanaman tahunan mak.Sebab itu jugak agaknya pulut menjadi makanan ke-2 kami kerana mewah pulut.Beras pulut memang tidak pernah putus bekalan..Untuk ketupat raya dan stok tepung pulut bulan puasa memang hasil dari titik peluh mak.Waima untuk tepung beras juga seingat saya memang mak proses sendiri.Merendam beras dan menumbuk mengayak sendiri hingga penghujung tahun 1990-an barulah mak beralih membeli tepung beras/pulut readymade kat kedai.
Tidak semua orang kampung menanam padi pulut.Kebanyakan hanya menanam padi biasa yang kami sebut sebagai "padi jawi".
Ini kerana selain tidak menguntungkan kerana hasil terhad,nak jual pun payah kerana bukan semua kilang padi nak beli padi pulut.Kalau masa tahun 80-an menuai padi dikampung masih secara manual iaitu mengerat padi guna sabit khas dan membanting dalam tong kayu yang ada tangga kecil dalamnya.Kami tak panggil membanting sebaliknya proses tu kami panggil " mukoi padi".
Kerja mengerat padi biasanya dilakukan oleh wanita & mukoi padi dilakukan oleh orang lelaki.Kalau mukoi padi pulut ada cabarannya kerana tangkai padi pulut lebih liat dan memerlukan tenaga yang lebih untuk mukoi meleraikan tangkai padinya dari jerami.
Nak mukoi padi pulut pulak akan sedikit leceh kerana pastinya tak boleh bercampur padi biasa.Selalunya padi pulut akan dituai akhir sekali iaitu selepas semua padi biasa selesai dituai.Tong padi akan dibersihkan dari sisa padi biasa & barulah menuai dan membanting padi pulut pula.
Tuan punya bendang kena la ingat petak sawah yang mana dia tanam padi pulut kerana rupa padi biasa & padi pulut memang tiada beza kecuali padi pulut hitam mepunyai batang dan urat daunnya berwarna keunguan.Ketika mesin padi dah mula mengambil alih kerja kerja menuai,bukan tak pernah terjadi padi pulut disodok bersama padi biasa dek miss cominication dengan tuan padi dengan broker mesin & pemandu mesin padi.Maka bercampurlah padi biasa dan padi pulut Biasanya bila kes macam ni berlaku semua pun mendiamkan diri sahaja membiarkan padi pulut bercampur lah dengan padi biasa yang lain dengan harapan tiadalah meninggalkan kesan.So..kalau beli beras ada tersesat beberapa biji pulut...atau sebaliknya...mungkin sama kes macam ni🤭hihihihi...Tapi mungkin juga kerana kesilapan kat kilang padi ..kan....
Padi pulut juga ditanam untuk dijadikan emping.Emping memang hanya sesuai menggunakan padi pulut kerana lebih liat dan berkanji.Tak tahulah padi biasa boleh ke tidak jadikan emping,tapi tak pernah lagi saya tengok orang buat emping menggunkan padi biasa.Itupun menggunakan padi pulut separuh masak yang masih hijau dan sedikit kuning..Padi pulut dikerat bahagian tangkai buah sahaja ketika separuh kuning menggunakan sejenis alat dipanggil "ketaman".Kemudian padi dilerai dengan cara mengirik iaitu memijak dengan kaki..Tapi ada cara la bukan sekadar pijak sahaja..kalau pijak semberono sahaja tak maunya lerai padi tu...hihihi..Padi pulut separuh masak tu akan disangai sedikit demi sedikit dalam kuali tampa minyak hingga ada letusan kecil menandakan isi padi sudah masak.Barulah ditumbuk hingga beras dalamnya kepeng (kemek) dan pipih menjadi emping.Emping dimakan bersama kelapa parut +gula dan sikit garam.
Teringin sangat nak merakam video segala proses mengemping ni sebagai rujukan anak2 dan generasi sekarang ...sayangnya sekarang mak pun dah tak buat bendang@tanam padi.Bendang yang ada pun dah lebih 20 tahun mak tak kerjakan sebaliknya dipajak kepada orang kampung mengikut musim.
Kami anak-anak nak mengerjakan sawah?
Mmmm....rasanya lebih percaya dan berhasil kalau suruh kerjakan sawah masa umur 12 tahun zaman kanak-kanak dahulu berbanding sekarang...Dah terlalu lama tinggalkan sawah bendang...Sesekali rindu menyapa untuk bergelumang selut lumpur sawah bendang ..namun hanya sekadar rindu ..tidaklah sampai untuk mengerjakan sawah ..
Biarlah mereka yang bidangnya...mengerjakan sawah & kita dengan bidang kita meneruskan kerjaya kita kerana kemahiran kita tidak sama...namun kita mempunyai matlamat yang sama..saling melengkapi..
🤣🤣🤣🤣
arwah ibu saya ada bendang, tapi kami adik beradik tak dapat nak mengerjakan bendang tu. betul cakap akak.. biar lah bendang tu dikerjakan oleh orang yang berpengalaman dalam bidang tersebut. kalau kita yang usahakan ni. entah jadi apa bendang tu..
ReplyDeleteIstimewa sungguh setiap kali jadi tetamu di rumah Mama Cella. Setiap hidangan pasti dikaitkan dengan nostalgia masa lalu dan serba-serbi info yang ada kalanya tidak pernah saya dengar. Gaya penceritaannya seolah-olah diri ini turut berada dalam situasi itu.
ReplyDeleteDulu2 x pernah pun merungut bosan makan benda yg sama kan...rindu sawah padi...
ReplyDeletebetul tu mak & abah pun orang bendang dulu mmg nasi & pulut je lah ulang mkn setiap hari ehehe
ReplyDeleteZaman dulu ni la makanannya. Makan tepi bendang, tepi kebun getah. Cie suka makan pulut dengan sambal ikan bilis, telur dadar, ikan masin. Dengan kelapa tak suka makan.
ReplyDeleteSedapnya pulut ditambah dengan cerita kenangan dulu2 menggamit memori
ReplyDelete