Tengok dalam group komuniti kampung....depa post sekarang tengah musim memburu burung sintar..
Wah....sangat noatalgia..!
Dah lama tak makan burung sintar....Harapnya balik kampung raya haji nanti ada la orang jual...
Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Tengok dalam group komuniti kampung....depa post sekarang tengah musim memburu burung sintar..
Wah....sangat noatalgia..!
Dah lama tak makan burung sintar....Harapnya balik kampung raya haji nanti ada la orang jual...
Ikan Goreng saja...
Ikan Goreng
Renjis Kicap
Ada Sup Daging frozen.Panaskan hingga mendidih & bungkus semula.Cella taknak tapi suruh juga bawa.Bagilah sapa-sapa nak makan nasi berkuah.
Ada nanas dalam peti ais..bagikan sekali sebab nanas tu manis & tak lidas.
Tu je bekal Cella bawa balik kolej hari Ahad...
Sabtu pagi dia balik rumah nak sarapan...Pastu kata nak balik kolej.Memang dia balik..Tapi balik amik laptop & balik semula ke rumah..hihihi
Ahad lepas zohor baru balik semula kolej.Saya pulak malas naw nak masak lauk bagai.Sebabnya dok keluarkan segala khazanah dalam peti ais.Ada yang dah expired.sayur bagai ada yang dah kecut mecut..Kelapa ada swbungkus dah tengik..Santan ada 3 pack tapi dah mula bau peti ais.Daging rebus ada 2 bekas..Ceker ayam ada 10 pcs..Makananya terkumpul 5 kali beli ayam la tu kan...hihihi
Santan tu ada sya buat sesuatu...Nantikan next posting ...hihihi
Pengat Ubi Keladi...
Tapi tajuknya Pengat Ubi Keladi Komen Penangan Kak Lin..hihihi
Sebabnya masa posting PENGAT LABU TAK KUPAS KULIT Kak Lin dari Putrajaya ada komen beliau masak pengat keladi...Terima kasih Kak Lin,walau hanya kenal di alam maya tapi selalu tinggalkan jejak.
Tetiba terbayang betapa sedapnya pengat keladi yang kenyal dan berkanji ubinya tu ..
Tak boleh jadi ni....Esoknya balik kerja singgan Checkers & cari ubi keladi...hihihi
Semalam petang masa jalan jalan keliling tempat kerja bersama Kak Izzah nampak pokok putat banyak berpucuk...
Terus petik & dalam hati dah berkira-kira nak buat kerabu dengan sardin
Masak Nasi Goreng Daging Rusa
Dulu zaman kanak-kanak ada satu permainan...Dua orang akan berdiri mengadap dengan jarak sedepa sambil letak dua dua belah tangan atas bahu rakan dihadapan.
Yang lain akan beratur panjang membentuk keretapi dan berjalan melintasi tengah tengah jarak sedepa dua orang tadi.Barisan panjang akan menyanyi:
๐ผAnggur delima...
๐ตDelima manis...
๐ถHendakkan saya membeli belah..
Habis nyanyi ..nasib lah siap yang lalu tengah tu akan kena trap dan dia dikira mati..
Macam main music chair la lebih kurang tapi versi saja berbeza..
Yang membaca entah boleh bayangkan entah lagi pening nak bayang๐คฃ
Tak apalah ..saya just nak kaitkan dengan swjenis dessert yang berasal dari Thailand katanya....iaitu bubur delima merah.Dalam bahasa Thai kalau tak salah eja disebut.......... "thab thim krob"
Seiring dengan masa bergerak..Sekarang banyak perkongsian cara masak dan street food dalam be tuk video memberi kita info lebih jelas dan baru tahu rupanya boleh campur macam macam lagi seeprti nangka,labu,buah kabung dan biji selasih.Campuran bahan lain memberi tekstur dan warna menarik.
Cuma yang saya buat ni tidak juga menambah banyak bahan lain kecuali hirisan labu yang dimasak bersama air gula.
Untuk video penyediaan manisan ni ada saya kongsikan kat SEROJA PUTIH
Masak Pengat Labu Tak Kupas Kulit...
Asalnya taktau nak letak tajuk apa..Sudahnya straight to the point๐คฃ
Ceritanya memang macam tu..Masak pengat labu ni tak kupas kulit iaitu ikut cara mak saya Mak saya kalau masak lemak putih labu & pengat labu memang mak tak kupas kulit.Cuma kalau saya masak untuk mak saya akan campur yang kupas kulit & tak kupas kulit.Mak akan cedok yang berkulit & kami akan pilih yang berkupas kulit๐คญ
Video masak pengat labu ni ada saya sharekan video kat SEROJA PUTIH
Anak jantan tu bagitau ada dua orang rakannya dari Kuching datang KL...
Kebetulan Sabtu kita long weekend berkembar dwngan wesak day...rasa macam punya masa untuk tenang-tenang...saya pelawa untuk ajak mereka lunch kat rumah pada hari Sabtu tu..
Masak seadanya sahaja...Tak pi pasar pun..just masak apa yang ada..Alhamdulillah...Dinner untuk 3 beranak + sorang tetamu.Masak spaghetti sardin saja hidang bersama limau & air kosong
Cella & Mimi dapat jemputan dari salah sorang kawan untuk makan-makan.Jamuan Raya katanya walaupun Syawal dah hampir ½ bulan berlalu.Jemputannya waktu malam bermula pukul 8++ malam katanya
Sebelum mereka bergerak ke majlis makan makan tu saya sediakan makan malam ringkas berupa spaghetti sardin.
Sejak kanak-,kanak sudah jadi kebiasaan,sebelum pergi rumah orang sama ada menziarah waima hari raya atau untuk makan kenduri sekalipun,mak pesan suruh makan dulu.
Kalau pagi raya,sudah jadi kebiasaan semua wajib makan dulu hidangan raya di rumah sebelum beraya ke rumah orang.Begitu juga kalau kenduri,mak akan suruh makan dulu di rumah.
Dulu tak tahu kenapa ada peraturan macam tu.Bila dah makin dewasa baru faham,mak buat macam tu supaya bila pergi rumah orang tidaklah "buruk lantak" kat rumah orang.Kita kanak-kanak bukannya faham ..Dapat makan lupa dunia Maklumlah,dulu-dulu bukan selalu dapat makan sedap..
Tapi bila dah makin tua,kadang budaya tu dah tidak selalu saya praktikkan.Kadang sengaja tak sarapan @ tidak makan dulu sebelum pergi kenduri kerana memang niat nak makankat kenduri & kadang sebab nak selesakan perut biar tidaklah baju yang disarung menjadi guni beras @ sarung nangka..๐คญ๐คฃ
Kalau kita menjemput orang makan pun..kita mengharapkan tetamu menyukai makanan ya g kita hidangkan dan makan puas-puas..Kalau makanan kita hidang tak habis .jadi susah hati...tak sedapkah?...ada yang tak kena kah?
Kiriman Adah dari Tawau...
Saya bukan lah jenis suka meraikannya tapi tetap menghargai dengan titipan doa untuk anak-anak dan juga untuk mak & seluruh ahli keluarga.
Sejujurnya ini pun Cella dah "terbeli" ..Padahal kami dah lama beralih daripada SR kepada Nasken kalau nak makan kek sebab kek kat Nasken lebih berbaloi..
Peminat SR jangan marah...ini pandapat peribadi saya..Yang minat SR teruskan ...
Buah Tarap..
1 Mei 2025 Khamis..cuti Hari Pekerja..memenuhi permintaan kawan-kawan Cella untuk makan-makan.Walaupun Syawal dah habis..kita penuhi juga permintaan depa..Tak jamuan raya,kita buat la sikit makan-makan Hari Pekerja...
Kek Lapis Sarawak juga laku keras.Nasib baik kawan anak bujang tu si Haziq ada bawa cheese cake & chocolate cake...Pun sekejapan sahaja licin.
Maklumlah tetamunya student yang memang tinggal kat kolej.Hari cuti pulak..Rezeki depa Allah dah tulis..
Ada saya sharekan video kat SEROJA PUTIH