Monday, 31 March 2025

BALIK KAMPUNG & IFTAR 28 & 29 RAMADHAN

 Pukul 2.00  pagi Sabtu melepasi Plaza Tol Duta menuju ke utara bersama ribuan ke deraan lain dengan satu tujuan ...balik kampung menyambut raya

Walaupun plan asal nak balik satu kereta sahaja...tapi sebab Adah anak beranak dah sampai KL..

Maka,plan bertukar...balik dua kereta...

Adah 3 beranak bawa kereta saya,manakala kami 3 beranak naik kereta anak jantan tu...


Jarang gerak balik kampung waktu malam kerana saya memang tak boleh drive malam.Dulu anak anak masih sekolah,kalau balik raya saya akan gerak sekitar 4 pagi.Cuma sejak anak anak dah boleh drive baru merasa bergerak malam..

Dari gelap gelita bertukar terang.


Alhamdulillah,walaupun jalan jem tapi yang peliknya Tol Juru tak jem langsung!
Aneh..!!

Tol Sg Dua...
Menjelag Zohor ...kami selamat tiba ke destinasi

Eh,mana juadah iftar 28 & 29 Ramadhan?


Dek kerana kekalutan...hanya iftar 28 Ramadhan ni saja...itupun gambar tak semenggah.Yang lain semua tak snap pic pun dek kekalutan &  excited beriftar bersama..

Kita sambung cerita raya je lah nanti....🤭

IFTAR 27 RAMADHAN : LAST MINUTES IFTAR @ SENYAB SYABU-SYABU

 Assalamualaikum..


Iftar 27 Ramadhan...

Steamboat @ Senyab Syabu-syabu..

Plannya iftar 27 Ramadhan sekadar nak masak spaghetti bawang putih saja kerana dah nak balik kampung.

Adah pula akan fly dari Tawau pada 31 Mac (Ahad) & transit di KLIA sebelum meneruskan penerbangan ke Alor Setar pada awal pagi raya( Kalau la raya Isnin).

Awalnya kata Adah mereka akan beraya di Tawau kerana cuti suaminya hanya diluluskan seminggu selepas raya. Tiket pun dah dapat tarikh 5 April 2025

Tapi minggu lepas,Adah kata tiket waran dah berubah kepada 31 Mac dan cuti suaminya juga dianjalkan sehingga 3 minggu selepas raya.Cuti panjang la jadinya..Cuma pesan Adah..pagi raya nanti Cella@ abangnya tolong pick up @ Sultan Abdul Halim Airport.

Perancangan kami di KL pula pukul 12 malam selepas anak jantan tu balik kerja nak terus bergerak.Beg pakaian,biskut raya bagai semua dah berlonggok tepi ruang tamu.Kami akan carpool sahaja 3 beranak.Kereta anak jantan tu & kerata Cella dah parkir elok-elok dalam petak parkir.Maklumlah perumahan kami open parkir.So,sebab nak balik kampung hampir seminggu ,kena la parkir elok elok agar tidak menimbulkan masalah..

Pukul 4.30 petang hari Jumaat sampai ja di rumah terus ambil kuih raya nak kasi jiran sebelah rumah siap2 & nak bermaafan sebelum balik.Tengah sembang ngan jiran sebelah tetiba nampak kelibat orang melintas kat belakang...


Masyaaaa Allah....rupanya Adah 3 beranak dah depan mata.Berkali gosok mara sebab ingatkan mimpi..

Tapi ternyata ini betul betul..bukan cobaan..Depa dah sampai depan rumah depan mata dah pada 4.30 petang hari Jumaat 

Rupanya depa dapat perlepasan awal & tiket flight dah ubah kepada 28 Mac . Adah dah bgtau adik & abangnya tapi depa adik beradik dah sepakat rahsiakan untuk surprise saya....

Walaupun tiket KLIA- Alor Setar

(tiket KLIA- Alor Setar kena beli sendiri sebab waran hanya cover hingga KLIA sahaja)..Makanya, burn hampir RM1k ...tapi redho je lah...Depa dapat waran sampia KLIA je...tiket ke Alor Setar depa dah booking masa dapat tiket waran kali ke -2 tu.Booking awal awal sebab takut habis ..Tapi kita hanya merancang,Allah yang tentukan..

Walau duit burn tapi hikmahnya dapat balik kampung bersama & beriftar bersama pada 27 Mac.

Itulah kisahnya terjadi beriftar steamboat kat Senyab Syabu-syabu.



Tak plan nak iftar kat luar pun sebab plannya lepas pukul 12 tengah mal nak gerak balik kampung.Cadangnya nak masak spaghetti makan sorang sepiring jer sebab taknak sepah dapur &  takut mengantuk..

Sekali lepas asar,tengah berbual dengan jiran sebelah rumah sambil menghulur sebekas dua kuih raya to nampak kelibat orang kat belakang..

Sekali pusing..

Naahhhhh....Adah 3 beranak dah sampai

Tu yang iftar depa belanja steamboat....


Sebab depa guna waran kerajaan dapatlah pack kudapan ni + Nasi Lemak Pan Naseer walaupun bulan puasa.
Kata Adah dia segan nak makan dalam flight walaupun ada ja yg makan kerana depa kan misafir...boleh berbuka ..cuma rasa tak sampai hati nak makan secara terbuka macam tu kan🤭


Bersambung....


Sunday, 30 March 2025

IFTAR 27 RAMADHAN : MIHUN GORENG,BAKWAN JAGUNG & TEH O PANAS

 Assalamualaikum

Iftar 26 Ramadhan.

*MIHUN GORENG 
*BAKWAN JAGUNG
*TEH O PANAS


Bakwan Jagung


Mihun Goreng


Lastday siapkan tempaha. biskut raya untuk last delivery & pick up pada hari Jumaat.
Masak simple tanpa nasi dan lauk sebab taknak kecahkan dapur dah..

In shaa Allah kalau tiada aral melintang akan bertolak ke kampung Jumaat malam & 31 Mac Adah tiga beranak akan fly dari Tawau ke KLIA & pagi raya akan fly lagi ke Alor Setar..



IFTAR 25 RAMADHAN

Assalamualaikum..


Juadah iftar 26 Ramadhan..

*NASI PUTIH

*SAMBAL TERUNG SIAM

*IKAN GORENG GARING

*ULAM SALADA

*BUAH STRAWBERRY JUMBO

Dah masuk hari ke 25 dah jadi kelam kabut.Mana nak siapkan tempah kuih raya bagai dalam masa yang terhad.Balik kerja terus adun adunan biskut raya.Mejelang 6.30 petang,akan ketepikan dulu biskut raya  untuk masak iftar yang mudah-mudah


SAMBAL BILIS + TERUNG SIAM


AYAM KICAP


IKAN GORENG GARING


ULAM PUCUK PUTAT

BUAH STRAWBERRY..

Tengok strawberry besar besar geram pulak..Terus beli .
Alhamdulillah ..sedap masam manis rasanya &  lebih manis daripada masam..Ni kalau makan dengan krim lagi sedap.



Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya


 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇




IFTAR 24 RAMDHAN: AYAM KICAP,SAMBAL TEMPE BILIS,TEMBIKAI & JUS TEMBIKAI

Assalamualaikum

Iftar 24 Ramadhan

*Nasi Putih

"Aya. Kicap

* Sambal Tempe Bilis Telur

*Ulam Salada

* Tembikai

* Jus Tembikai


Intar berdua dengan anak jantan.Dah hujung hujung puasa dah jadi tak malas nak masak kuih bagai.





Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya


 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇

https://youtube.com/shorts/5z4pnDlezOI?si=je88JXdEIsiwTcEL

Thursday, 27 March 2025

IFTAR 23 RAMADHAN : TERUNG BERLADO,AYAM GORENG,

Assalamualaikum

IFTAR 23 RAMADHAN

*NASI PUTIH

*TERUNG BERLADO

*AYAM GORENG

*ULAM SALADA

*ANEKA KEK LAPIS

*TEMBIKAI MASAK MERAH

*SIRAP SELASIH



1. Terung Berlado...



2. Ayam Goreng 



3. Ulam Salada



l
4. Aneka Kek Lapis kiriman dari Sarawak...



5. Tembikai Masak Merah



Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya



 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇






Wednesday, 26 March 2025

IFTAR 22 RAMADHAN : ASAM PEDAS LEMAK DAGING,SAYUR BUNCIS,LAKSA & TEMBIKAI

 Assalamualaikum...

Menu iftar 22 Ramadhan.Hari Ahad.
Dari lepas sahur hingga hampir berbuka membiskut raya yang ditempah.
Tapi menjelang 6.30 tinggal beberapa tray saja lagi nak bakar biskut kita serahkan kepada Cella kerana perlu siapkan juadah ifgar pula..

Sambil Cella teruskan kerja bakar biskut raya...kitapun masaklah lebih kurang



1. ASAM PEDAS LEMAK DAGING

Ni menu yang tak sesuai untuk  healty person....
Hanya sesuai untuk yang jenis jaga perut macam saya🤭

Ni bukan lemak putih yang lepas makan melekat kat lelangit & kat pinggan mangkuk tu.Ni lemak jenis lemak pejal warna kuning atau omputih panggil bahagian brisket..
Lemak macam ni kalau bakar cicah air asam pun sedap ni...hihihi

Dulu masa mak masih makan daging selalu beli lemak ni masak asam pedas.Sekarang dah lebih 10 tahun mak tak makan daging merah sejak dah buang hempedu kerana batu katang.Dah jarang beli lemak ni.Tapi sebab dah biasa makan,maka sesekali datang teringin...maka kita beli dan masak...




2. SAMBAL GORENG 


3. TELUR DADAR CRISPY




4. LAKSA
 Rebus sikit laksa & hiris ulaman..Makan bersama kuah lemak sardin frozen left over hari apa ntah...hihihi





5. TEMBIKAI MASAK MERAH



Rezeki 22 Ramadhan...



Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya



 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇




Tuesday, 25 March 2025

MENU 21 RAMADHAN : SUP PERUT KANGKUNG PEDAS TEMPE,SARDIN & TELUR DADAR

 Assalamualaikum..

Menu iftar hari Sabtu...
Masak ikut suka ja 



Sambal Sardin



Kangkung pedas + tempe tumbuk



Telur dadar.

Actually telur dadar ni guna sebiji telur + 6 biji putih telur.

Patutnya ada lagi beberapa biji putih telur tapi dah terbuang  baru ingat nak simpan putihnya tu.Rasanya lebih 10 biji putih telur dah terbuang...baru ingat nak simpan buat telur dadar...

Dok buat Tat Buah Nanas ni la yang jadi banyak putih telur tu..sebab banayak pakai kuning sahaja.
Dari lepas sahur hingga 6.30 petang dok pulun nak siapkan tempahan biskut raya.

Kalau tengah  buat biskut tak boleh nak masak main bawang bagai la...Kang biskut raya bau bawang geli tekak orang nak makan



Sup ni pun pukul 6.45 baru masak.Tapi lepas sahur dah rebus siap untuk nak masak petang


Buah ppaling laris bulan puasa...


Iftar dua beranak dengan anak jantan .Cella berbuk kat luar dengan kawan-kawan


Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya



 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇

Monday, 24 March 2025

JUADAH IFTAR 20 RAMADHAN : SAMBAL SARDIN PETAI,SAMBAL GORENG & PUDING KRISTAL LAICI

 Assalamualaikum..


Juadah iftar 20 Ramadhan .Jumaat

* NASI PUTIH
* SAMBAL SARDIN + PETAI
* SAMBAL GORENG ALA JAWA
* ULAM PEGAGA & SELASIH
* PUDING KRISTAL JELI LAICI
* TEMBIKAI

Hari Jumaat boleh makan petai...hihihi
Sempat la Sabtu dan Ahad nak menuturalkan bau petai


Puding Kristal Laici ni hanya guna serbuk kristal jeli keluaran NONA.
Setakata ni rasanya semua perisa dah cuba & semua sedap..
Macam puding laici ni pun just masak ikut panduan pada kotaknya..
Dah tu letak ja laici sebagai hiasan.
Mudah dan sedap



Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya



 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/ZVs9_gg-330?si=oX3TrQZCiGAxoiS2



Saturday, 22 March 2025

IFTAR 19 RAMADHAN: LAKSA LEMAK UTARA KUAH SARDIN,KUIH GETAS -GETAS

 Assalamualaikum..


MENU IFTAR 19 RAMADHAN
Colourfull berbanding iftar 18 Ramadhan


*LAKSA LEMAK KUAH SARDIN

* SUP SIAM

* KUIH KASUI PANDAN

* KUIH GETAS-GETAS

* TEMBIKAI




Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya



 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇👇




IFTAR 18 RAMADHAN: IFTAR PUKUL 8 MALAM DENGAN TOMYAM BERSANTAN & THE GANG

 Assalamualaikum..


Iftar 18 Ramadhan..
Agak darl...pucat tak berseri...ada ceritanya..

Alhamdulillah,puasa kali belum ada cerita terlupa tekan rice cooker🤭

Tapinya cerita lain la pulak...




Waktu azan maghrib hari Rabu...berdua dengan Cella..Hanya minum air & makan limau ni .

Ceritanya,masuk dapur pukul 6.30 sebab terlena lepas solat asar.Masa drive balik kerja beberapa kali microsleep...kat traffic light beberapa kali terlelap,nasib baik cepat sedar sebelum lampu bertukar hijau.Sampai kawasan rumah ni pun boleh termicro sleep  beberapa saat hingga hampir tersondol kereta orang dalam petak parkir.Syukur kepada Allah masih pelihara dari kejadian tak diingini.🤲🤲🤲

Sampai rumah lepas solat dah plan nak masak tapi  sedar sedar dah 6.30..terlelap rupanya

Lenyek pisang gaul tepung,kelapa,gula dan garam.Sambil bungkus hidupkan api dapur nak didihkan air kukus lepat.

Siap bungkus lepat,nak letak tgk api dapur padam..air kukusan belum pun mendidih..Puasa on off tak juga hidup .

Ambil handphone suluh tong gas bawah dapur .

Nahhhh Rokiahh ...Jarumnya dah kat red zone..!!

Padahal baru dua hari lepas saya check nampak masih kat zon hijau Walaupun dah hujung hijau tapi saya jangka sempatlah seminggu lagi sampai ke hari gaji🤭🤭🤭.


Nasib baik call gas,walaupun dah 6.45 tapi depa masih sudi hantar.Tapi hati dah redho kalau depa hantar lepas berbuka pun sebab faham je bulan bulan puasa ni...Pukul 7.15 runner dah ketuk pintu sambil bunyi tong gas..


Alhamdulillah,berpeluang solat maghrib dulu sebelum makan🤭
Biasanya makan dulu baru solat 🤣🤣🤣..
Laungan azan isyak  kami dua beranak sedang makan nasi..🤭




Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya



 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇👇



Thursday, 20 March 2025

IFTAR 17 RAMADHAN : KARI IKAN GORENG,AYAM KICAP PEDAS,

 Assalamualaikum..


Iftar 17 Ramdhan...Selasa
Cuti Nuzul Qur'an tapi takda la masak special pun...



Kari Ikan Goreng...
Kari ikan macam biasa ja cuma ikan tu saya goreng dulu..Begitu juga ayam.Kalau nak masak rendang,kicap,sambal waima kari sekali pun akan lebih sedap jika digoreng dulu..Apapun itu selera tekak saya.Mungkin tak sama dengan tekak orang lain .

Ayam Masak Kicap Pedas..
Ayam harus la wajib dalam rumah ni..untuk anak jantan sorang tu..Tak ayam...daging...tak daging...telur..
Balik balik ayam...Sampai dah taktau nak masak apa dengan ayam.


Ulam...salada & selom..



Keropok lekor...



Agar-agar sirap merah...

Taktau kenapa puasa kali ni saya suka sangat makan agar-agar airap merah ni..
Masuk ni dah 4 kali dah rasanya masak agar-agar plain merah ni..
Bila masak agar-agar ni wajib lah letak daun pandan..Biasanya saya akan tambah juga sehelai daun limau purut berganding dengan sehelai pandan.Gabungan bau pandan+ daun limau purut sangat harum dan mengingatkan puasa dan raya zaman kanak-kanak 
Mak akan masak sirap merah + pandan serta daun limau purut.Bau harum gabungan dua daun tu sangat istimewa.Dulu saya rajin masak sirap letak kulit kayu manis,cengkih daun pandan dan daun limau purut..Harum sangat..


Juadah Ramadhan tahun ni saya cuba videokan dan simpan kat youtube channel saya



 Juadah iftar 16 Ramadhan boleh tonton sini:
👇👇👇👇👇