Terakhir post entri hari Isnin...awal minggu.
Ni Jumaat ..dah hujung minggu baru sempat jenguk blog ni..
Bukan bz sangat tapi ada kerana ada sejemput peristiwa yang agak penting menuntut komitmen fikiran untuk bertindak.
Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan dan banyak perkara besar dapat diselesaikan sepanjang minggu ni..
Rupanya berblog ni...bila lama tidak update,perasaan tu macam orang baru baik demam...macam lemah tiada energy...
Tapi makan tetap bertenaga...hihihi .
Rezeki Jumaat hari ini ...sekali gus memberi idea untuk mengemaskini blog ni.
Pagi-pagi buta saya terfikir nak singgah beli Nasi Lemak Lori Paksu,sayangnya tak buka.Plan nak minta tolong Rizal jaga tu beli roti canai Pak Omar pun tak jadi.
Alhamdulillah,rupanya Ruby bagi pulut kuning berlaukkan kari pekat ayam pencen...Sedap sungguh kari dia.Belum pukul 8 perut ni dah penuh dengan pulut dan kopi O.
Belum pukul 10..Shifa pulak hantar roti jala ni..Katanya untuk kami bertiga..Ruby,Yati dan saya...Kerana kami bertiga sudah kekenyangan,maka kami putuskan untuk tapaw sahaja
Yati pilih jala hijau sos kaya pandan.Lagipun untuk lunch,saya dah bagkan soto yang kak Mel bagi 1 bekas kepada saya.Saya panjangkan kepada Yati kerana dia akan lunch 3 beranak waktu tengahari.Anak lelakinya akan datang naik motor dari tempat kerja dan anak perempuannnya akan datang naik motor dari sekolah.Saya tahu mereka selalu lunch 3 beranak kat pondok belakang.Dia kata dah bawa bekal nasi.
So,ada tambahan soto dan roti jala manis la mereka hari ini.
Saya pilih roti jalan kuah kari ayam.Saya bukan peminat roti jala.Selalu kalau masak pun hanya untuk anak-anak.Saya tak minat.Ini juga harus hanya akan jadi rezeki Adah dan abangnya kat rumah nanti.
Ruby ambil roti jalan coklat sos coklat juga.
Kan Ruby dah masak pulut kuning serta kari ayam pencen.Takkan dia nak ambil jala kari pulak kan...Elok lah dia ambil jala sos coklat sebab dia anak yang masih sekolah rendah.Pasti kanak-kanak suka coklat .
Ada lagi....
Kak Mel juga berikan sebungkus puding kuah koktel...
Baginya sejak pagi.Nasib baik saya ada mini peti ais dalam bilik kerja saya Dapat la saya simpan untuk bawa balik.
Makan sejuk-sejuk ya ampun sedapnya..Lemak manis manja.Saya tau kalau Kak Mel punya puding,dia hanya setia dengan susu sejat jenama Ideal sahaja.Katanya dia tak akan guna jenama lain..hihihi.
Ada la pulun makan sampai habis.Tak tinggalkan pun untuk abangnya...Kata dia orang lelaki bukan suka manis-manis...so,hanya tinggalkan roti jala sahaja.
Segala puji bagi Allah...
Ada lagi rezeki Jumaat untuk saya.Kak Ani kirimkan kuah rojak homemade untuk saya.
Nampak kecik tapi rasanya 1kg juga beratnya kuah rojak tu.Kak Ani memang memang pakar buat kuah rojak tapi bukannya jual.Selalu Kak Ani akan masak kuah rojak siap dengan buah-buahan untuk hantar kepada kami bekas rakan sekerja yang masih berkhidmat ni.Kak Ani dah bersara awal.Kalau masih ingat,Kak Ani ni la yang buat majlis kahwin anaknya kat Kampung Pengantin minggu lepas.
Rezeki mereka dalam staff room dapat rojak buah dah siap untuk makan ramai-ramai.Rezeki saya dikirimnya sebotol besar kuah rojak ni melalui Kak Mel.Mungkin Kak Ani tahu saya selalu atas kayangan dan jarang turun bawah.Itu dikirimnya berasingan..
Hebatnya Kak Ani ni,walaupun orang have have tapi bab memasak dia old skool...Kacang tanah untuk rojak tak pernah di blend sebaliknya ditumbuk dalam lesung tangan.Kelapa juga dimesin sendiri tak akan beli readymade.Ada yang sanggup ker??
Saya memang tak laaa🤣
** tulis sejak semalam,tapi tak siap-siap menulis...ğŸ¤
hari ni baru siap..hihihi
Nanti petang2 sikit baru nak blogwalking...Sekarang baru balik pasar tani.
Alhamdulillah..orang memberi kita merasa. Dapat merasa macam macam makanan. Roti jala tu walaupun rasa dia sama berbeza warna tapi kuahnya mengikut tema roti jala masing masing. Masak guna kaedah tradisional ni ada rasa kesedapan tersendiri. Sebab tu dia gigih guna kaedah tradisional. Sedap tu tak lari.
ReplyDeleteYaAllah YaRabbi indahnya aturan Allah SWT untuk hamba2Nya yg menerima dan memberi cukup sempurna agihannya
ReplyDeleteCantik mulus rupa roti jala warna - warni tu. Alhamdulillah, rezeki Allah.
ReplyDeleteMurahnya rezeki di hari Jumaat ..sama la macam SA asal jumaat ada je yang bagi macam-macam..
ReplyDelete