Tuesday 2 March 2021

KARI AYAM + KELEDEK


Kari Ayam + Keledek. Lauk nostalgia kenduri kat kampung saya zaman dulu-dulu. 



Dulu kalau kenduri kat kampung terutama kenduri kahwin biasanya memang akan sembelih seekor @ 2 ekor lembu. Bagi yang kurang berkemampuan akan sediakan menu lauk daripada ayam. Ayam pun kalau zaman 80-an zaman kanak-kanak saya masih ingat akan ada menu ayam kampung. Biasanya ayam kampung masak kari + betik atau + keledek. Kalau daging biasanya kari + kacang panjang @ + keledek juga. Kalau yang mewah sikit biasanya ada rendang daging (sebenarnya kari peakat) menggunakan daging yang dipotong sebesar tapak tangan dipanggil rendang besar. Kalau daging tu potong kecik dipanggil rendang kecik. Rendang ni sebenarnya pekat berkerisik tapi hanya daging semata tanpa rampai bahan lain. Kalau dirampai dengan keledek atau betik atah nagka muda dipanggil gulai (kari) 


Keledek selalu menjadi pilihan untuk campur dalam gulai daging atau ayam sebab masa tu keledek mudah dapat & murah. Biasanya yang buat kebun tanam semula getah akan jadikan keledek sebagai tanaman kontan. Musim hujan tanam & musim kemarau tuai hasil. Musim kemarau tu hujung tahun iaitu musim cuti sekolah & ramailah yang buat kenduri kahwin. So, mudahlah dapat bekalan keledek. 


Dulu-dulu saya tak suka kari atau gulai + keledek. Tapi bila dah tua, apa yang tak disukai zaman kanak-kanak. Itulah yang dirindui & ingin dinikmati


KARI AYAM + KELEDEK MANIS

1 ekor ayam- potong 16
1/2 cawan rempah kari ayam( 2 paket kecil)
1/2 cawan rempah kari ikan  (2 paket kecil)
1 kotak kecil santan
1/2 cawan kerisik
4 biji keledek - potong besar-besar
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak

Bahan Tumis:
10 bawang merah -hiris
5 bawang putih-hiris
1 ketul kacik halia- mayang halus
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
10 buah pelaga
1 tangkai daun kari

1. Gaul ayam dengan sedikit tepung gandum dan cuci bersih.
2.Gaul ayam bersama semua rempah kari dan kerisik.Jika kering tambah 1/4 cawan air.Biar perap 15 minit- 1/2 jam
3. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis
4. Masukkan ayam yang diperap dengan rempah dan kerisik tadi
5. Masak hingga naik minyak
6. Masukkan keledek yang dikupas dan dibelah-belah besar
7. Masukkan 1/2 kotak santan + 5 cawan air.
8. Biar kuah mendidih dan ayam serta keledek masak empuk
9. Tambah garam dan bakisantan pekat
10. Sesuaikan rasa dan kecilkan api biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah cantik


12 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.. Licin kira sedap kan wak.. Hihihi

      Delete
  2. Tak pernah try masuk keledek dalam kari, nanti bolehlah dicubain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang-orang tua kat Kedah panggei Ubi Tela ni SK. Generai muda panggil keledek

      Delete
  3. Kenapa ya waktu kecik tak suka makan kari, saya lebih rela makan nasi dgn sos tomata dari makan kari.dh tua ni seminggu sekali mesti nk ada kari.

    ReplyDelete
  4. Oo cara orang utara ya masak gulai campur keledek atau betik? Yalah akak cuma tahu nya kat sini masukkan kentang je.Tapi tentu gulainya rasa lebih manis kan sebab campur keledek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, gulai asa sikit rasa manis ori daei keledwk. Anak-anak pun dah suka. Saya guma keledek jepun tu. Rasa macam lagi sedap sebab ubi keledek tu creamy takdak serat-serat

      Delete
  5. Macam-macam boleh tambahkan dalam masakan kari. Tak semestinya ubi kentang. Keledek pun boleh, betik, rebung, labu dan lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu... Sebut rwbung, alahai sedapnya gulai rebung dengan ayam atau daging...

      Delete
    2. Pajeri rebung pun sedap.. tetiba lapaq pulak🤣🤣🤣

      Delete
    3. Aduh,.pajeri rebung.. Malam-malam teringat pun boleh terliur tau Kay. Padahal zaman kanak-kanak sangat membenci pejeri. Padahal pajeri tidak bersalah pun. Hihihi. Dah tua teri du-rindu pula

      Delete