Wednesday, 17 April 2024

POKOK DABAI DIBELAKANG DAPUR & POKOK DELIMA DIPENJURU HALAMAN

 

Anak Pokok Dabai 
Mak cuba tanam pokok dabai kerana mak sangat suka buah dabai.
Benih dapat daripada kenalan masa ke Kuching Cuti Deepavali 2023.
Kenalan mak bagi biji dabai yang sudah disemai berminggu.Walau berminggu diletakkan atas kapas basah dan sentiasa direnjis air namun kemain lama nak.keluar mata tunasnya..
Ni pun lepas dah keluar mata tunas hingga nak dapat 8 helai daun ni memakan masa setengah tahun kot...hihihi
Berapa tahun la agaknya nak tunggu dia berbuah
Semoga Allah izinkan pokok dabai ni tumbuh besar dan berbuah lebat.Kalau kat Kuching kami beli buah dabai RM45/kg 
Kot kalau nanti berbuah lebat...KAYO MOKCIK!!!🀣🀣🀣🀣



Ni pulak pokok delima 5
Bukan delapan 8🀣
Asalnya dua tahun lepas mak buang sebiji buah delima yang dah busuk kat belakang dapur dengan tujuan nal jadikan baja pokok cili.




Tak sangka salah sebiji bijinya bercambah dan tumbuh.Mak alihkan anak delima tu tanam kat penjuru pagar depan rumah...
Awal tahun hari tu mak dah nak tebang sebab pokoknya berbunha jantan.Tetiba bulan lepas masa musim panas terik,keluar beberapa kuntum bunga betina dan seterusnya berputik ....
Teruja mak!
Semoga buahnya membesar dan matang sempurna semerah batu delima dan semanis madu...

Tuesday, 16 April 2024

MAKAN BURUNG WAK-WAK( RUAK-RUAK)

 

Raya baru ni abang saya ada bawa balik 4 ekor burung ruak-ruak..Kami panggil buruk wak- wak.Katanya dia beli dari pemburu burung wak wak di Kulim

Untuk gambaran burung ruak-ruak lebih jelas...saya sahre  pic google



Burung wak wak dah siap sembelih.tapi belum di cabut bulu.


Mak la tukang buang bulunya.Kata mak bulu burung wak wak tebal payah nak cabut.Nak senang,mak terus siatkan kulitnya



Dah siap siat kulitnya.Dagingnya merah gelap macam rupa daging ayam kampung..


Saya tak pernah lagi makan burung wak wak ni.Saya lebih mengenali burung sintar..

BURUNG SINTAR pic Google

Kalau dulu - dulu kat kampung banyak burung wak wak tapi penduduk kampung lebih meminati burung sintar/sitar.Kalau burung sitar selalu la makan masa zaman kanak kanak.Musim menuai padi biasanya bersamaamus burung sitar mencari pasangan.Orang kampung ambil peluang mendenak,menahan jaring dan mengejar burung sitar dalam kebun getah.Biasanya depa akan meniup sejenis serunai daun ibus atau daun pokok thai  bagi meniru bunyi buru sitar.Kalau yang moden sikit depa rakam bunyi serunai tu dalam tali kaset dan pasang radio transistor dalam kebun getah sepanjang malam.Burung burung sitar akan tertarik dengan bunyi yang disangka pasangan mereka.Bila terbang turun ke semak semak kebun getah pada waktu malam membuatkan mereka susah nak terbang semula untuk naik ke atas.Bila pagi menjelma maka pemburu akan memburu burung burung sitar yang dah tak mampu terbang naik dicelahan semak Ada yang menahan bubu untuk menarik perhatian burung sitar bersembunyi dalamnya dan bila dah masuk bubu memanh dah terperangkap tak boleh keluar.
Kalau musim menuai riuh rendah dalam kebun getah orang kejar burung sitar
Tapi...dah lama saya tak jumpa dah burung sitar..
Ini pun dapat burung wak wak ja..

Burung wak wak saya hanya garam kunyitkan untuk goreng ja.
Sebelum tu kena la belah dan kekuarkan isi perut dia..Ada perut,hati,pedal dan jantung macam ayam tapi saiz kecik la


Memula saya goreng sekor yang dibelah tidak putus 
Tapi nampak semacam la pulak... macam 🐸......hihihi


So yang kedua...saya belah bagi putus jadi sebelah sebelah...



Hanya saya dan mak yang makan burung wak wak goreng ni..
Cella,Adah dan suami Adah depa tak makan sebab depa tak lalu🀣
Rasa daging wak wak?
Pada tekak saya rasa dagingnya sedikit liat  macam daging itik...Tak tau la tekak orang lain.



Saturday, 13 April 2024

MERIAH JUADAH PAGI RAYA 2024 @ KAMPUNG

 Salam Lebaran 1445(2024) memasuki hari ke 4 sudah..Semoga rakan rakan taulan dari seluruh pelusok dunia dalam keadaan sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t

Seperti kebiasaan kebanyakan orang.. saya juga memang beraya di kampung..


Cuma sedihnya,ini merupakan tahun ke-5 penduduk kampung beraya tanpa air.Dah 5 tahun hari raya saja,bekalan air akan putus tanpa setitis pun mengalir dari paip.Tahun ini hampir setiap katanya memang tiada air.Hanya menjelang tengah malam baru ada air mengalir perlahan dan akan terhenti menjelang pagi.Maka,kaum ibu akan berjaga dan tidak lena tidur menadah air untuk kegunaan isi rumah pada esoknya.Itulah rutin mereka sepanjang puasa.Lebih sedih,3 hari menjelang raya ,malam pun tiada air.Ada lori hantar air katanya tapi YTJT.Mak mak lah paling gelisah bila tiada air,lebih lebih lagi bulan puasa dan musim perayaan


Kami bernasib baik kerana rumah kami kat pekan tiada masalah air.Dapatlah saya dan Achik memasak untuk bawa balik kampung dan menjamu tetamu di kampung.Jom jamu mata melihat antara kemeriahan hidangan pagi raya kami @ kampung.


Lemang Pulut.
Antara hidangan wajib pagi raya sejak Pakcik menjadi sebahagian ahli keluarga kami lebih 2 dekad yang lalu hingga hari ini.Maklumlah Pakcik kan orang Jerantut,Pahang.Tiadalah ertinya raya bagi orang Pahang jika tiada lemang & daging kerbau kan...😁


Ketupat Pulut  dan Ketupat Daun Buluh..Ketupat pulut mak buat 3kg pulut menghasilkan 6kg ketupat siap masak.

Ketupat Daun Buluh macam biasa kami akan order sahaja kerana tak reti buat.Lagipun bukan boleh buat dengan  sembarangan daun buluh dan kami tiada pokok buluh khas untuk buat ketupat tu


Ketupat Nasi a.k.a nasi impit..Walaupun kami orang Kedah..Lontong dan Lodeh  menjadi antara hidangan wajib.Kalau tak raya pertama...raya ke-2 akan masak jugak lontong


1 flask Nasi Beriyani..
Saya masak menggunakan Noxxa PC Achik & masukkan dalam flask supaya kekal panas.


Ayam Masak Merah....menjadi menu tahunan setiap kali raya
Kali ni masak 4 ekor ayam


Kari Daging by mak...Mak masak Gulai Daging Kerisik




Daging Kerbau Masak Pahang...by Achik...Lauk wajib Achik sediakan kerana ini fav Pakcik untuk makan bersama lemang




Ayam Pencen Rendang Hijau...
By Achik 
Menjadi menu wajib setiap tahun.




Lontong Rencah Udang...Satu flask penuh Achik masak sarat dengan udang..



Ayam Masak Briyani by Achik..


Papadom..


Acar Jelatah


Sambal Petai Tempoyak by Achik..untuk sapa yang nak makan dengan nasi putih


Laksa by Achik

Laksa Condiment..



Achik memang pandai masak kuah  Laksa Penang...Saya hanya tau masak laksa kuah lemak utara saja..Pernah ja saya masak kuah laksa utara macam Achik tapi tak sedap...hihihi



Kek Marble Coklat & Old Skol Marble ..marble chocolate by Achik...
Old Skol Marble tu mertua Adah bagi sebiji besar untuk bawa balik kampung..


Chocolate Marble & tuannya...hihihi


Pandan Gula Melaka Cake...Achik hadiahkan untuk future mother...hihihi

Kuih Raya...
- Samprit Terik
- Samprit Dahlia
- Mazola
-Oats Chocolate
- Tart Nanas
-Famous Amos
- Bangkit Kelapa
-Baulu
- Karas
-Kerepek Pisang


Minuman buat 2 tong

Green Tea...by Achik
Laku keras terutama kanak- kanak & orang muda.


Sun Valley Granedine + Mango Sunquick.
Sirap SUN VALLEY GRANEDINE DARI BORNEO Adah bawa balik dari Sabah & saya minta Adah campurkan dengan mango Sunquick kerana mengambil cadangan idea daripada  KOMEN CIKGU AMIE ...kat sini.
Terima kasih cikgu Amie atas idea yang diberi..Alhamdulillah sangat sedap...Dua gandingan air green tea dan granedine  memang laku keras dalam cuaca panas membahang pada hari raya pertama.

Takdan nak amik video proper...Sekali lalu sahaja.Ni pun dah ada yang tak sempat top up bekasnya...

Tetamu juga bertali arus seusai solat sunat Aidilfitri kerana kebetulan rumah mak berdekatan surau kampung..Alhamdulillah..
Nanti kita share suasa kunjungan tetamu dalam next entri..

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin