Lama juga tak masak lauk kegemaran rakyat Malaysia niðŸ¤
Sebenarnya bangun pagi tadi dah takda idea nak masak apa untuk dua beradik tu.
Anak jantan tu hari ni masuk kerja tengahari.Adah pulak WFH..Mestilah nak kena ada nasi untuk lunch. So,masak sardin saja la kalau depa nak makan nasi.Kalau sarapan,roti ada.Butter & garlic spread pun ada.
Mengejar masa juga sebab nak join bacaan yassin pagi tadi.Start pukul 8.15.
SARDIN MASAK DENGAN TELUR
1 tin kecil sardin mecerel
2 biji telur
1 bawang Holland
1 bawang putih
10 cili padi merah+hijau
1 sachet pes tomyam(saya tambah)
minyak,garam,secubit gula
1. Panaskan minyak dan tumis bawang bawangan serta cili padi hiris.
2.Masukkan pes tomyam dan cepat-cepat masukkan 1 cawan air kerana pes tomyam cepat hangus
3.Masukkan pula sardin dan sosnya.
4. Bila mendidih perlahankan api dan pecahkan telur kedalam kuah.Biar hingga telur ½ masak atau masak penuh ikut kegemaran.
5. Sesuiakan rasa.
