Thursday, 27 July 2017

RAYA 6 & MENANTI ZULHIJJAH

Raya 6
RAya 6 tu apa..?
Mmmm..Raya 6 tu untuk yang Puasa 6
Puasa 6 tu apa
Puasa 6 tu...Puasa Suna 6 hari dalam Bulan Syawal iaitu boleh mula pada 2 Syawal  atau mana -mana hari dalam bulan Syawal sebanyak 6 hari
Boleh puasa direct 6 hari atau selang seli ..
Janji cukup 6 hari dalam bulan Syawal..
Ustazah cakap Rasullullah pernah bagitahu
sesiapa yang puasa penuh dalam Bulan Ramadhan dan diikuti 6 hari dalam BUlan Syawal..
Pahalanya umpama berpuasa sepanjang tahun..


Ni Nasi Impit dan Rendang untuk Raya 6
Siapa yang Puasa 6...?
Aku ke..??
Hehehehe...mana ada...
Aku x puasa 6 pun...
Puasa yang tingngal masa ramadhan pun sehari pun aku lum ganti..
Ala....lambat lagi..
Hehehehe....

Selalunya yang Puasa 6 ni kebanyakan orang-orang tua dan orang dewasa je
Kanak-kanak jarang kot
Remaja cam aku..?
Hmmmmm....pun jarang..
Jarang tu maksudnya x ramai la..
Tapi still ada yang puasa
Expsecially yang sekolah agama la kan...
Cam cousin aku..Haikal..
Achik cakap Haikal puasa 6
Kawan aku kat Sekolah Agama Kajang tu pun Haikal juga
Mesti dia puasa 6 juga..
Apapun Syawal dah 2 hari dah meninggalkan kita
Sekarang dah masuk Zulkaedah..
Bulan depan Zulhijjah
Bulan Haji
In sha Allah aku berazam untuk Puasa Sunat Arafah..
Macam tahun  lepasPUASA SUNAT ARAFAH kat sini...

Wednesday, 26 July 2017

MUTTON MASAK KICAP BEREMPAH

Mutton Masak Kicap Berempah
Ni lauk dinner minggu lepas lagi ni..

Mutton Masak Kicap Berempah ni mak aku yang masak
Stok sejal bulan puasa
hahahaha...
Mak aku nak beli kambing a.k.a Lamb
Tapi x perasan yang ni mutton...
Nak masak baru tengok label dia "Mutton"
Aku tanya mak aku apa beza lamb & mutton
Mak aku cakap lamb tu daging kambing
Mutton tu daging biri-biri
Ala biri-biri tu macam kambing tapi ada bulu tebal kerinting-kerinting tu..
Ooooo.....
Selalu tengok kat Nat Geo Wild..
Dorang mesin bulu biri-biri tu untuk buat benang dan pakaian musim sejuk
Tapi selama ni aku tau la lamb tu daging kambing..
Tapi x tau plak daging biri- biri panggil mutton..
Hehehehe...sib baik xde lam axam...


Apa beza rasa lamb ngan mutton..?
Mmmm..pada aku ...lamb lagi sedap..
Sebab ada bau kekambingan tu
Kalau mutton ni xde bau kebirian pun
Rasa cam beef jer..
Haaa....aku tanya gak mak aku..
Apa beza beef ngan meat..
Mak aku cakap meat tu  maksudnya daging..
Meat tu untuk semua jenis daging..
Beef untuk daging lembu..
Oooo.....
Selama ni aku ingatkan meat tu daging lembu..
Hahahaha....



Mak aku cakap asalnya dah gaul mutton ni ngan rempah kari sebab nak buat Nasi Goreng Mutton
Macam Nasi Goreng Kambing..
Dua minggu lepas mak aku asyik masak Nasi Goreng Kambing jer....
Macam  KAT SINI...
Kat   SINI PUN ADA...
So,xkan ni nak masak Nasi Goreng Mutton lak
Mak aku cakap nak masak Kicap jer sebab nak makan ngan Nasi Putih
Nak ada kuah
Maka jadilah Mutton Masak Kicap Berempah ni..
Aku suka jer masak apapun..


MUTTON MASAK KICAP BEREMPAH...mak aku 
2 slice mutton- (basuh dan potong serta gaul dengan sudu rempah kari )
2 sudu rempah kari
2 kentang
1 bawang besar
1 pokok daaun bawang
1 sudu teh garam
1/2 cawan kicap manis
2 hiris halia
2 sudu minyak - untuk tumis



1. Kupas kentang dan hioris bulat agak tebal.Kemudian goreng hingga masak


2. Tinggalkan minyak dalam kuali anggara 2 sudu dan tumis halia


3. Masukkan mutton yang digaul rempah kari


4 .Masak hingga  daging lembut dan naik minyak


5. Masukkan kentang dan kicap serta garam secukupnya


6. Bila sudah sebati baru masukkan bawang besar hiris


7. Sesuaikan rasa dan masukkan daun bawang serta terus matikan api..


Siap dah Mutton Masak Kicap Berempah...
Makan la ngan Nasi Putih Sesuci Lebaran..
Kikikiki...raya dah habis daaaaaaa....!!!!!

Tuesday, 25 July 2017

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI + KENTANG

Ayam Masak Lemak Cili Padi + Kentang
Lauk lunch aku semalam..
Haaa...yang ni memang betul-betul lunch
Sebab semalam memang makan waktu lunch
Selalunya dah nak malam baru nak lunch
Hahaha
Sebab selalunya dah petang  giler baru sampai rumah..
Tapi semalam pukul 2 lebih dah sampai rumah..
Mak aku dah siap masak lunch lagi...


Sebabnya semalam mak aku cuti...
So bunyi loceng jer..hujannn
Lariiii.....
Keluar sekolah tengok mak aku ngan kakak dah tunggu dalam keter..
Terus balik....dalam hujan
Sampai rumah hujan masih lebat...
Perut memang tunggu nak makan jer..
Masuk umah...tukar baju..
Terus buka periuk..
Nasi masih panas berasap...
Mak aku cakap nasi tu mak aku masak masa nak gi amik aku..
Sebab tu masih panas berasap..
Ada lauk Ayam Lemak Cili Padi + Kentang..
Ada Ayam Goreng ..pun masih panas jugak la...tapi dah nak sejuk
Terus ajak mak aku ngan kakak lunch..
Teliur Ayam masak Lemak Cili Padi tuh..
Sekali mak aku cakap PUASA......!!!
Lahhhh.....terkurang la sikit excited aku nak makan..
Just makan berdua ngan kakak..
Huhuhuhu...

Ni untuk mak aku iftar..
Aku ngan kakak makan longgok jer nasi dan lauk dlam pinggan ..
Sebab aku xnak kemas meja nanti..
Kakak pun sama juga...
So, nak selamat....
Isi jer nasi dan lauk dalam pinggan sendiri,,,
Air sorang segelas...
Ngadap TV...
Mak aku kat bilik..
Tak tahulah mak aku nak tidur ke
or sajer masuk bilik sebab xnak tengok we all makan..
Sebab mesti la mak aku pun lapar tu..
Hujan lebat do...
Nasi panas...
Lemak cili Api yang Pedas..
Ayam Goreng lak..
Memang LAYANNNNNNN......!!!!
Pic kat bawah ni semua dari mak aku
Sebab masa mak aku masak
Aku kat sekolah la kan...

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI +KENTANG
1/4 ekor ayam
1 asam keping
2 biji kentang
1 kotak santan( =1 cawan santan pekat)
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 batang serai-ketuk

BAHAN TUMBUK:
10 cili padi
1 ketul kecik kunyit @ 1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 bawang besar


1. Masukkan ayam,kentang ,serai dan bahan tumbuk dalam periuk


2. Tambah 2 cawan air dan masak hingga kentang dan ayam empuk.
    ( boleh tambah air jika nak kuah lebih)


3. Bila ayam dan kentang sudah empuk baru masukkan asam keping, garam dan santan kotak @ santan pekat



4. Biar mendidih beerapa minit supaya asam dan garam sebati dalam kuah.
    Sesuaikan rasanya dan tutup api..
    ( Jika nak lagi pedas,boleh tambah cili api yang diketuk semasa mendidih)

*** Mak aku kauk ni lagi sedap jika dimasak beberapa jam  sebelum makan supaya semua rasanya sebati dan kuahnya akan jadi pekat)

Memeng betul la...
Sebab  bila aku makan waktu malam...
Lagi terasa sedap...