Monday, 6 October 2025

ROTI GORENG CELUP TEPUNG

 

Bila takda pisang nak digoreng..Roti pun jadi...


Buat kudapan peneman minuman panas waktu petang



Dulu selalu juga buat kudapan ni..Kadang takda idea sangat,buat ni jer sebagai bekal anak sekolah.Belek-belek old post jumpa beberapa posting pasal roti goreng ni 

Dulu agak rajin...siap boleh buat cantik-camtik untuk anak-anak...
Kadang biar anak anak buat sendiri sebagai aktiviti layan depa weekend


La ni just goreng macam pisang goreng tu terus serve jer dengan minuman panas..Bukan la makanan sihat pun sebab semua karbo...Tapi boleh la buat kudapan..

Nak tengok cara buat boleh rujuk 


Sunday, 5 October 2025

MASAK CIPUT- CIPUT JER!

 Ada hari masak satu lauk jer campak-campak semua haiwan & sayuran dalam satu menu.Biasanya lauk macam ni mengandungi haiwan berkaki dua iaitu ayam yang menjadi lauk wajib anak jantan tu.

Ada ketikanya teringin nak makan lauk ikut tekak sendiri selain ayam.Kalau nak makan ikan,biasanya kena la masak juga ayam.Paling tidak pun telur untuk anak jantan tu.Macam dua tiga hari lepas..teringin nak makan kari ikan.

Masak ciput-ciput jer.


*

Kari Ikan + Terung Goreng

* Ikan Rebus Goreng

* Ayam Masak Kicap 

*Ulam Salada

* Nanas Manis Leting





Saturday, 4 October 2025

MEGI GORENG & KUKIS

Petang tadi sampai maghrib...dapur sekangkang tupai tu conqured by Cella..

 

Dia dok mengukis

Berjam-jam

Nak siapkan 20 bekas kukis katanya..

Masa jenguk tadi baru siap 10 bekas.,dia tengah mengayuh lagi tu .
Minggu depan minggu terakhir dia intern...So dia nak bagi kukis ni sebagai cenderahati kepada staff company tempat dia intern tu. ..


So,sebab dapur dah kena conqure...
kita menyelit masuk masak megi goreng  je untuk makan malam.....