Saturday, 11 December 2021

JANGAN SOMBONG DENGAN KECANTIKAN

 يا ابن آدم لا تغرك نفسك ولا تتكبر فمهما فاق جمالك سوف يزول... 


Wahai manusia , janganlah Kamu terpedaya dengan dirimu dan jangan pula bersikap sombong .. secantik mana pun kamu , kecantikan itu pasti akan hilang jua ...

Friday, 10 December 2021

SEBURUK-BURUK MAKANAN....


 بِئْسَ الطَّعَامُ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ؛ يُدْعَى إِلَيْهَا الأَغْنِيَاءُ، وَيُتْرَكُ الفُقَرَاءُ.


“Seburuk-buruk makanan ialah jamuan di majlis walimah yang khusus untuk orang kaya sahaja dan meninggalkan orang miskin" . 

(HR Muslim).

Wednesday, 8 December 2021

KE PESTA KOPI @ PASAR SENI KL


Ni cerita hari Sabtu.Sambungan MENGUTIP KENANGAN DI CENTRAL MARKET.

Adah yang beria-ia nak pergi ke Pesta Kopi yang juga diadakan di Central Market (CM) tu.Ada 3 tujuan ke sana.Mengutip kenangan..mengunjungi Pesta Kopi dan satu lagi nanti kita cerita lepas ni.


Dulu zaman saya hanya kenal kopi 0,kopi susu dan nescafe  saja.Kopi juga selalu senonim sebagai minuman orang tua saja.Sekarang ni kopi musim orang muda minum kopi pula yer..Di mana-mana saja gerai kopi muncul bagai cendawan lepas hujan.Macam-macam nama..macam-macam rasa dan harga pun macam-macam.Kopi kayangan pun ada yang berpuluh ringgit segelas.Orang tua macam saya masih setia dengan kopi O ( Cap Gantang)hihihihi


Ni iklan dari facebook Pesta Kopi


Ini pula Ada sebagai model kopi depan Kasturi Walk.Tempat dia sama dengan iklan tu kan..
Sebahagian kios ditempatkan di Kasturi Walk ni ,manakala sebahagian lagi di dalam bangunan ruang  foyer.Kami deside untuk masuk dalam dulu.Nati keluar boleh terus balik.


Memasuki dalam CM ni memang agak sesak kerana waktu ni dalam pukul 10.15  betul-betul baru dibuka.Sebenarnya sampai awal pagi tapi lama menunggu nak dapatkan parking.Kerana terlalu sesak di foyer ni,kami mengambil keutusan naik ketingkat atas untuk sarapan dulu.Lepas tu baru cari kopi..hihihi..
Jom kita round...Orang dah nampak lengang sikit dah tu

Seluruh ruang penuh aroma kopi



Kopi dimana-mana

Aneka kopi boleh dicari


Menarik tapi ruang dalam CM ni macam tak cukup luas

Seronok melihat kreativiti anak-anak muda sekarang

Ramai yang datang dalam kalangan remaja dan belia.


Antara yang memancing selera.Saya ajak Adah singgah beli Kopi Saigon.Teringat keenakan minum kopi Vietnam kat Malaysia Street @ Ho Chi Minh City beberapa tahun lepas.Sedap betul kopinya.Walau pernah juga beli yang dijual dikawasan perumahan saya tapi tak sesedap yang pernah minum kat sana.

Banyak jenis.Kopi arang pun ada.Hihihi..teringat  Pak Belalang suruh anaknya kikis arang bontot kuali jadikan  kopi.

Saya suruh Adah pilih kopi Saigon.Alhamdulillah..
Pekat lemak sedapnya sama macam yang pernah minum kat Viet nam.


Adah sampai janji dengan kawan nak pergi lagi..




Jalan jalan lagi 


Adah tertarik dengan  pemain piring hitam lama ni..Yang macam beg merah tu pemain piring hitam.Saya sempat kenal benda alah ni zaman sekolah rendah.Kalau kenduri kahwin memang Deejay kenduri akan guna alat tu untuk putarkan lagu dari piring hitam.Speaker besar pula akan di ikat atas pokok yang tinggi supaya seluruh kampung boleh dengar.Nostalgia sungguh..


Jalan lagi melihat kios kopi.Banyak saja kopi yang belum pernah saya rasa.

Kopi Dua Darjat ni dah rasa..

Adah kata kopi ni sedap ja..Tapi bagi saya tak sesedap Kopi Saigon.

Macam -macam nama kopi.


Yang ni belum rasa.


Ralit menengok proses panggang bijinkopi, grind dan bancuh kopi tu.Memang betul-betul biji kopi semata.

Saya pernah tengok mak saya proses biji kopi masa zaman kanak-kanak.Mengutip buah kopi..menjemur,menumbuk buang kulit kopi dan simpan biji kopi.Bila nak jadikan serbuk kopi,mak akan sangai biji kopi hingga hitam macam arang.Kemudian masak gula pasir dan gula merah hingga hitam juga baru dimasukkan biji kopi sangai dan disejukkan hingga jadi macam kacang brittle.Lepas tu baru ditumbuk dan diayak sebelum sedia untuk dibancuh.

Tapi kopi yang saya nampak kat sini semua panggang dan grind biji kopi semata mata.Masa bancuh baru dicampur bahan lain.

Nak beli mug Pesta Kopi pun ada.Tapi kami tak beli pun.

Kat luar bangunan ..dicelahan Kasturi Street tu kebanyakan konsep food truck..Eh,food truck ke..beverages truck..🤭..hihihi

Cuma kat luar ni tak ada la air cond


Copei Coffee


Adah beli  kat street 21 cafe..Saya cakap tak ada rasa kopi pun.Kata Adah memang la tak rasa kopi sebab dia beli Vanilla Caremel Ice Blended..
Laaa....hihihihi

Ni memang antara yang memang betul-betul kopi..hihihi

Bagi peminat kopi...heaven la kalau dapat minum kopi yang kena dengan selera



Penat berjalan..Ada juga kerusi disediakan kat Kasturi Walk ni.
Tapi sebab kami ada lagi visi yang belum selesai..Kena beransur dulu..

Tak sedar masa berlalu.Rupanya dah 2 jam kami kat dalam tu.Dah pukul 12 lebih.Rupanya kat luar punya la panjang Que nak masuk dalam CM tu..Dengan panas terik.
Lepas ni penganjur kena fikirkan lokasi lain yang lebih luas untuk menampung pengunjung.Mungkin juga mereka tidak jangka sambutan menggalakkan.Pengunjung pula mengambil kesempatan bawa keluarga sebagai pengisian cuti weekend yang agak panjang kerana tetiba dapat tambahan pada hari Jumaat sempena KL menang bola tu.

Sebelum melintas jalan...nampak kereta lembu.Singgaj dulu untuk berangan walaupun lembunya tiada...hihihi