Wednesday, 8 December 2021

ARRIVAL & DEPARTURE


هكذا حياتنا ... هناك راحلون وغيرهم قادمون .. 


Begitulah kehidupan kita , ada yang pergi meninggal dunia dan ada yang datang.

Tuesday, 7 December 2021

KEBAHAGIAN HAKIKI

 


قال الله تعالى : (وأما الذين سعدوا ففي الجنة خالدين فيها)

اعلم يا أخي أنه لم يرد لفظ السعادة في القرآن إلا في إطار الآخرة لتعلم أن السعادة الحقيقية ليست في الدنيا بل في الجنة .


firman Allah Taala : ((Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempat mereka di dalam syurga)).

Ketahuilah wahai saudaraku bahawa tidak terdapat lafaz السعادة  (kebahagiaan) di dalam Al Quran melainkan.dalam lingkungan akhirat agar kamu mengetahui bahawa kebahagiaan yang hakiki bukan di dunia sebaliknya ia adalah di dalam syurga.

Monday, 6 December 2021

KONVO ADAH 2021 DALAM NORMA BAHARU

 Setelah  2 kali tertangguh kerana Covid 19...maka semalam 4 Disember 2021,

Alhamdulillah..

Selesai sudah konvokesyen Adah @ UiTM Shah Alam.


Walau dijalankan dalam 
norma baharu,Alhamdulillah kebanyakan  masih bertuah dapat menyarung jubah dan membawa ibu bapa masuk ke dewan.
Ada IPTA yang hanya menjalankan majlis konvokesyen secara maya sahaja.Tidak kurang juga,ada yang hanya membenarkan graduan sahaja menghadiri tanpa tetamu termasuk ibu bapa.

Tahniah,untuk anakanda Siti Nurshuhadah!
Semoga Allah mudahkan urusan dan limpahkan rezeki untuk dapat kerja  dalam masa terdekat seperti yang  diharap dan didoakan...


Adah kena giliran ke dua sidang pagi iaitu pukul 10 pagi.Pukul 8.30 bertolak dari rumah.

Tiada raptai dan tiada hari khusus untuk mengambil jubah.Hanya surat makluman tarikh,masa,tempat dan beberapa perkara lagi yang dimaklumkan.Dari review rakan-rakan yang giliran mereka minggu lepas,mereka memberi gambaran tentang flow sepanjang majlis.Juga dimaklumkan awal-awal bahawa tiada jualan bunga,makanan dan minuman seperti kebiasaan sebelum covid.
Tapi semalam nampak banyak sahaja jualan bunga secara carboot sebelum pintu masuk UiTM tu.Cuma kami tidak lah singgaj kerana sudah beli awal-awal kat KL masa keluar ke Central Market hari Sabtu tu..


Ada banyak juga hikmahnya.Antaranya,tidak terlalu sesak dan masa juga dapat dijimatkan.Parking pun tidaklah terlalu jauh.Cuma kuranglah sikit kemeriahan bila tiada gerai jualan.
 
Kami tiba seawal pukul 9.15 pagi.Sidang satu belum selesai.


Tapi diminta berbaris di kerusi yang disediakan.Ini beg jubah Adah masa konvokesyen diploma kat Segamat dulu.Masih elok.Bila dapat lagi beg baru,namlak serupa sahaja walaupun yang  diploma tu sudah 4 tahun berlalu.


Ibu bapa dibenarkan  masuk pada bahagian pertama dalam dewan.Sementara graduan di bawa ke bilik  jubah untuk memilih dan terus pakai jubah.Kemudian mereka akan melintasi depan barisan ibu bapa yang menunggu.Kena pakat-pakat cam la sebab semua dah pakai jubah nampak serupa dah semuanya.Yang perempuan senang sikit nak cam kalau dah hafal warna tudung..hihihi.
Kemudian,baru masuk bersama ke dalam dewan dan barulah berpecah.Graduan disebelah kanan ,manakala ibu bapa disebelah kiri 

Kalau dulu ibu bapa akan masuk dewan dahulu,manakala graduan akan di arak masuk dengan iringan muzik gemelan.Masa tu kan pra graduan dapat la rasa macam diraikan pada hari perkahwinan kan..hihihi

Apapun,sekarang kita kena terima dan cuba sesuaikan mengikut keadaan semasa.

Ibu bapa.Hanya dua orang waris dibenarkan masuk.Sama seperti kebiasaan.Cuma bezanya kerusi tidaklah disusun memanjang macam dulu.Sebaliknya di susun dua-dua.Maksudnya waris boleh duduk besebelahan dan wajib jarak dengan waris lain.

Tiadalah lagi ucapan live dan persembahan bagai.Hanya rakaman ucapan.

Graduan menanti giliran untuk menerima scroll secara maya


Ini video dari Adah dari tempat graduan untuk tunjukkan gambaran mereka menerima scroll tu.

Mereka akan dipanggil mengikut giliran untuk terima scroll.Hanya ada macam tiang kat depan tu dan mereka akan menadah tangan "terima" scroll tu dari "tiang" yang nanti mungkin akan diedit sebagai penyampai scroll la agaknya🤭😁.
Pepandailah bayangkan.hihihi...
Sekurang-kurangnya pihak berkenaan sudah berusaha untuk mengembirakan graduan dan ibubapa.Dah keadaaannya sekrang begitu.Kita terimalah seadanya.


Pentas  graduan bergambar  solo.Semua graduan akan naik kepentas ikut giliran.Saya sangkakan di atas ni la mereka akan "menerima" scroll tu.Beria-ia  saya pilih kerusi depan...🤣Rupanya Adah cakap atas ni hanya bergambar solo.Scroll dah terima di tempat mereka berkumpul sebelah kanan tu dan dah siap bergambar dah pun.


Kemudian ,lepas turun dari pentas akan ada pula sesi bergambar bersama waris di fotobooth yang  disediakan di ruang bawah pentas.Ni tengah tinggu giliran nak bergambar.

Maknanya semua graduan hanya dapat bergambar dalam keadaan memakai jubah bersama 2 orang waris sahaja menggunakan khidmat jurugambar yang dilantik.Gambar tu kena tunggu mereka pos kemudian.Tak boleh minta tolong cameraman tu tolong snap guna handphone kita sebab SOP nya tidak membenarkan.Nak selfie pun adalah dilarang ketika di sini.Peraturan haruslah dipatuhi.Makanya hanya ini gambar Adah berjubah yang sempat dirakam anak bujang tu.Tiadalah gambar bersama anak bujang tu.Kami sangkakan boleh pakai jubah sampai keluar dewan untuk bergambar di luar dewan.Rupanya bila sebelum keluar pintu ,kena tanggalkan dan pulangkan jubah.
Aduhaiiii...hanya itu gambar Adah berjubah.Tiada gambar solo kecuali yang diambil jurugambar tadi dan kena tunggu mereka pos la.Ralat sangat tapi tak apalah.Sekurang-kurangnya nanti ada la juga bila mereka pos.Nak buat macamana..mereka juga harus menetapkan SOP agar tidak dipersalahkan dikemudian hari andai apa-apa berlaku.Sama-samalah kita saling memahami.Tak boleh la nak banding sebelum Covid kan..Semua pihak sudah cuba melakukan yang sebaiknya kan...

Nak bergambar di luar kat sini pun harus beratur dan ikut giliran kerana nak elakkan berkumpul rapat-rapat.Penat jugalah beratur.Tambahan pula jika ada keluarga yang bergambar di situ terlalu lama.Yang lain harus sabar menunggu.Tapi bagusnya bolehlah dapat penuh background tu.Kalau tidak lepas keluar dewan semua orang berebut nak rakam gambar kan... sampai tak nampak background tu..
Anak bujang tu segan nak bergambar sebab mata kirinya bengkak.Dia dapat MC kerana mata bengkak.Tu yang dia dapat ikut.Cella tak dapat balik.Neneknya kat Kedah pun tak sempat nak balik balik ambil bawa ke sini.
Tapi semua orang lain pun begitu.Hanya diiringi 2 orang waris.










Lepas tu,abangnya layanla Adah nak bergambar puas-puas sampai penuh galery..Saya dah kepenatan.tunggu saja bawah pokok.hihihi
Kata Adah ramai kawan-kawan  tak dapat datang kerana berbagai komitmen.Giliran hari pun  tak sama,tak dapatlah jumpa kawan-kawan lain.Kebanyakan pun hanya bergambar bersama waris sahaja keculi yang kebetulan sama tarikh dengan rakan lain.
Sebelum zohor kami dah bergerak balik.