Monday, 6 December 2021

TIDAK MAKRUF DI BUMI TETAPI MAKRUF DI LANGIT


ู…ุฌู‡ูˆู„ูˆู† ููŠ ุงู„
ุงุฑุถ .. ู…ุนุฑูˆููˆู† ููŠ ุงู„ุณู…ุงุก

ู‚ุงู„ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ : ( ูˆุฃุญุณู†ูˆุง ุฅู† ุงู„ู„ู‡ ูŠุญุจ ุงู„ู…ุญุณู†ูŠู† ) .


Tidak makruf di bumi tetapi makruf di langit...

Firman Allah Taala : ((Dan berbuat baiklah kamu sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang berbuat baik)).


Saturday, 4 December 2021

MENGUTIP KENANGAN DI CENTRAL MARKET

Adah ajak ke Central Market

Agak pagi jugak la dah sampai sana.


Jalan-jalan sekejap.cuci mata


Sambil mengimbau kenangan zaman remaja ketika study dulu...hihihi

Dulu naik bas  mini nombor 45 atau nombor 36 turun kat depan Maybank.Kadang naik bas Thong Fong pun turun kat Jalan Silang tu menapak ke sini rasa macam dekat ja..

Kadang tu nak balik kampung pun dan lagi ke CM ni..Tinggal beg kat locker Puduraya tu..Merayau dulu celah-celah Petaling Street sampai ke CM ni sementara nak naik bas pukul 9 malam.

Dulu dalam ni suka tengok pelukis potret. Sekarang pun ada ja lagi sebelah luar sana.



Lepas pusing kejap kat bawah tu...terus naik atas nak sarapan.

Saya pesan Bakso

Adah pesan Nasi Lemak Ayam

Nampak mac sedap tapi Adah kata nasi dia jelantah

Dah lama tak makan nasi lemak..Apa lagi  nak masak nasi lemak...lagi la lama dah rasanya..hihihihi

Keluar menyusuri lorong ini,pastinyalah banyak sisa-sisa kenangan yang tertinggal..
Tak mampu mengutip semuanya...Cukuplah sekadarnya sahaja....Selebihnya biarlah bersemadi di situ..
Dulu....tahun 90-an,sepanjang lorong  deretan pokok palm.
Batu -bata keliling pokok palm tu la jadi tempat kami bertenggek menyaksikan busking dan mendengar syair dan sajak dari Pyan Habib..Sani Sudin dan beberapa artis seangkatan mereka. Sekarang dah diganti tiang konkrit dengan bumbung dan wau bulan besar tu..



Busking masih ada..tapi tak la semeriah zaman gitar kapak dulu..
Rindu pula hiruk pikok bunyi hon bas mini yang mencari ruang menyelinap dicelahan kenderaan lain macam lipas lajunya..

Dah kutip sisa kenangan masuk beg..Adah suruh bergambar dulu...hihihi


Dulu tahun 80-an..inilah antara mercu paling tinggi rasanya kot..
Kali pertama datang KL tahun 1988 zaman sekolah ikut lawatan sambil belajar,memang bergambar kat bangunan Dayabumi ni...Megah rasa masa tu..hihihi
Tahun 90-an lepas sokolah,rezeki sambung belajar kat KL,sempat juga la mengumpul kenangan disekitar Dataran Merdeka, CM,Kotaraya,Puduraya sebelum kawasan tersebut " ditawan" oleh warga asing๐Ÿคญ๐Ÿคญ


Sekarang...nun sayup-sayup Menara Merdeka 118 yang katanya bangunan ke 2 tertinggi didunia selepas Burk Khalifa..
Baru beberapa hari lepas,pemasangan puncak menara menjadikan ketinggiannya
678.9m ...Lebih ½ km tu

Saja minta Adah drive lalu depan Kotaraya...depan Menara Maybank dan u-tern depan Pudu  Raya yang sudah  bertukar nama kepada Pudu Sentral..
KL Tower yang pernah megah menjadi menara tertinggi dulu...kini satu demi satu menara lain mendahuluinya...
Kemegahan itu tidak berkekalam
Tak apalah...sudah begitu resamnya dunia..

* pic semua by Adah..tu yang rasanya nampak clear.Boleh beza la kan...kalau saya yang snap๐Ÿคญ

Friday, 3 December 2021

WILAYAH PERSEKUTUAN CUTI MENANG BOLA

 

Lupa pulak hari ni Jumaat.Dok ingat hari ni Sabtu sebab semalam dok rasa macam hari Jumaat.

Bila dengat khutbah Jumaat dari masjid tadi baru ingat hari ni Jumaat.

KL,Putrajaya dan Labuan Cuti Peristiwa sempena  KL menjuarai Piala Malaysia..