Thursday, 1 November 2018

CUCUR SEAFOOD & SAYUR

Bahan untuk Cucur Seafood dan Sayur
Makanan tengah lapar yang cepat dimasak dan ada semua protien dan vita
Time balik umah selalunya memang lapar jer
Kadang mak aku cakap xnak masak nasi
Just makan sempoi
Macam cucur ni
Tapi ni untuk sarapan dan bekal nyer
Pun mak aku cakap ok dah ni sebab sarapan lengkap dah
Ada carbo,protien,vitamin bagai
Hahaha...sejak bila plak jadi pakar pemakanan...


CUCUR  SEAFOOD & SAYUR

11/2  cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu gula
1/2 bawang besar hiris
5 pokok kucai - hiris
1 genggam taugeh
2 sudu cili blend/ cili boh
1/2 cawan udang putih kecik
5 batang crabstick
minyak

1. Bancuh tepung dengan garam,gula,telur dan masukkan air sikit demi sikit hingga dapat adunan pekat
2. Tambah taugeh dan kucai ,crabstick serta udang
3. Biarkan 10 minit supaya biji-biji tepung mengembang dan akan melebutkan tepung
4. Panaskan minyak dan jemputlah adunn dan masukkan dalam minyak panas

5. Goreng hingg garing
Ni untuk abang sarapan
Pic bekal xde la plk..
Rasa macam dah snap pic bekal
Mak aku cakap dah snap
Aku pun rasa mak aku ada snap
Masa aku tengah pakai kasut
Tapi dah nak tulis... tengik xde la plk
Mmm....mesti sebab mak aku tengah kelam kabut sambil masukkan cucur ni dalam tupperware
Sambil mak aku tengah panggil abang suruh bangun....dah 6.30
Kitorang dah nak gerak..
Abang baru gosok2 mata cari pintu bilik air...
Actually....pic dan catatan ni dh lebih seminggu dah pun...
Baru publish..
Heeeee....
Ok..bye

SAMBAL HIJAU TEMPE



Sambal Hijau Tempe
Making by mak aku la



Dah namanya Sambal Tempe
Kena la ada tmpe

SAMBAL HIJAU TEMPE
2 bungkus besar tempe
1/2 mangkuk ikan bilis
1 asam keping kecik
Minyak
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Baha Blend:
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

1. Potomg dan hiris tempe nipis-nipis
2.Goreng tempe hiris hingg agaring
3. goreng ikan bilis hingga garing
4. Dalam minyak yang sama tumiskan bahan blend .
5. Masukkan garam, gula dan asa keping dan masak hingga naik minyak
6. Sesuiakan rasa sambal dahulu sebelum masukkan iakn bilis dan tempe kerana nanti dah kering susah nak adjust rasa
7. gaukan bersama tempe dan ikan bilis
8. Siap


Bahan Sambal hijau tempe


Pilih Tmepe yang masih segar dan baru supaya bila goreng menjadi garing
Kalau tempe lama bila goreng hanya lembut tapi tidah rangup



Bahan untuk blen
Blen kasar-kasar
Jangan terlalu halus sebab kalau blend haluis sangat nanti sambal  jadi creamy


Ikan bilis elok dibuang sgala tulang dan kepala serta perutnya



Ikan Bilis siap goreng


Tempe juga siap digoreng


Tumis bahan blend


Tambah garam,gula dan asam keping


masak hingga naik minyak
Sesuaikan rasa siap2 sebeum masuk tempe dan bilis



Tambah tempe goreng dan ikan bilis goreng


Gaul semua bahan
Siap/.....

MAKAN BIHUN GORENG JER..!!

Makan Bihun Goreng jew..
Antara makanan yang selalu sangat mak aku masak
Menu makan malam dan sarapan pun boley...




BIHUN GORENG ...mak aku
1/2 paket bihun
1 cawan isi ayam- hiris
1 cawan kobis- hiris nipis
1/2 batang carrot- potong jejari
1 pokok daun sup
2 sudu minyak
2 sudu kicap manis

Bahan Tumbuk:
2 cili merah
2 bawang merah/
½ bawang besar
1 sudu teh garam halus

1. Rendam bihun dalam air sejuk hingga lerai
2. Panaskan 2 sudu minyak dan tuliskan isi ayam hingga masak
3. Masukkan bahan blend dan masak hingg anaik minyak
4. Masukkan bihun yang dah lerai dan gaul rata
5. renjiskan kicap 
6. Masukkan carrot dankobis dan gaul rata
7. sesuaikan rasa dan tabur daun sup




Siap....


Kopi O
Yang dalam jar tu brown sugar\
Mak aku cakap Kopi O lebih sedap guna brown sugar
Lagi kick..!