Wednesday, 8 July 2026

CEKODOK BUAH SUKUN

 

Cekodok Buah Sukun.....


Asalnya beli sebiji buah sukun nak buat Sukun Goreng macam. pisang goreng tu.Belinya hari Ahad....tak sempat nak goreng...Isnin dah lembik masak dah dia....

Kalau sukun yang masih keras tu sedap digoreng,dijadikan kerepwk,dimasak pengat dan juga dimasak kari bersama ikan masin...


Buah sukun dah masak lembik....tekstue dan baunya seakan buah tarap...tapi buah tarap ada isi macam cempedak...




Buah sukun yang dah kupas kulit & dan di leraikan dari empulurnya.

Sukun masak ni ada aroma khas dia  seakan bau buah tarap juga tapi lebih lembut la tak sekiat bau tarap...






Dah lenyek lenyek isi sukun yang lembik tu + tepung ,garan dan sedikit gula macam nak buat cekodok pisang...makanini lah kejadiannnya




Cekodok ni masa goreng memang harum bagi orang yang suka...makan panas panas dengan minuman panas....Rasa cekodok ni lebih kurang macam rasa cekodok labu kuning


12 comments:

  1. Sy suka sukun goreng tapi jarang jumpa buah sukun dekat sini. Kadang bila brisk walk nampak pokok berbuah lebat, telan ailioq ja la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betyl la kan ...la ni payah nak jumpa dah pokoknya...

      Delete
  2. biasa makan sukun goreng.. pertama kali dengar org buat cekodok.. boleh laa nak try nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah yang masih keras tu buat pengat pun sedap rasa macam labu...bagi yang suka la...😄

      Delete
  3. tempat saya susah nak jumpa buah sukun sekarang ni,kampung2 pun dah tak jumpa pokok sukun,agaknya ramai yang tebang kot..
    sukun goreng zaman kecil2 dulu buat minum petang,skrg mengimbau kenangan je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la ...sayang kan ..takut pupus nanti...padahal ada negara yang menjadikan buah sukun /bread fruit ni sebagai makanan. ruji..bukan sebarang buah ni

      Delete
  4. Dulu di kantin ada jyal sukun goreng salut tepung, sedap betul cicah sambal kicap. Bab cekodok sukun ni memang ngam kalau ada sukun ranum. Cerita byah tarap, aduhai....dulu tak ada harga. Sekarang nak cari sebiji pun susah. Kalau ada, harga terlebih kayangan pula. Baik beli durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berul la...lepas ni rasanya buah sukun pun akan alami nasib yg sama dengan buah tarap agaknya

      Delete
  5. Tak pernah makan cekodok sukun. Selalu mak dulu buat potong takdela nipis sangat, gaul dengan garam dan serbuk kunyit lepas tu goreng. Ataupun kerepek sukun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka goreng macam tu....kena pulak ada kopi O panas

      Delete
  6. Sedap tu cekodok sukun. Kalau sukun yang hampir masak saya suka juga sebab ada rasa manis².

    ReplyDelete
  7. first time tengok cekodok sukun..

    ReplyDelete