Monday, 1 June 2026

MAKAN DUA KENDURI 13 ZULHIJJAH 1447

Hari Sabtu dah masuk hari terakhir Hari Tashriq iaitu 13 Zulhijjah 1447.Ramai masih berkunjunga. Raya Haji tidak kira kunjungan beraya
maupun kunjungan majlis qurban.Ramai juga mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin kerana sekolah juga vercuti selama 2 minggu.Warga kerja juga dapat cuti panjang terutama negeri yang hujung minggu jarih pada hari Jumaat Sabtu.Macam kat Kedah depa memang cuti Raya Haji 2 hari iaitu hari pertama dan dak kedua.Kebetulan tahun ni Raya Haji hari Rabu...Maka depa dapat cuti raya hingga Khamis.Sambung weekend  Jumaat dan Sabtu...Ahad pula Wesak.Isnin Cuti YDPD....Waaa..rezeki depa...Sebab tu agaknya banyak kenduri kahwin cuti Raya Haji kali.ni...Kenduri qurban...kenduri kahwin...memang gantung kuali...Perut pun merinta ronta kekenyangan ...hahhaha

Hari Sabtu,Achik dah suaun plan ..Kenduri kahwin 3 twmpat dan jika sempat nak balik kampung dan nak memancing...hihihi...cukupkah masa ya g diperuntukan...jom kita tengok...



Kenduri pertama ...kami ke Pendang Lake Resort




Ini kali ke 3 saya menghadiri majlis kenduri yang diadakan di Pendang Lake Resort..
Ada dalam dewan dan juga ada yang open view kat luar.Boleh makan sambil menikmati view Pendang Lake...

Menu kebanyakan kenduri haruslah ada  daging,ayam dn side i
dishnya..


Menu iconic Kedah....
Gulai Daging + Batang Pisang( actually umbut pisang ye)


Side diah ada macam macam....ni Izzudin yang ambilkan 
Ada apom lenggang, coq Jawa...rojak...ice cream cone...ais krim malaysia....dan aneka lagi




KENDURI 2 : 
Kenduri 2 kat Kampung Paya Kercut..
Ampa tau dak kercut tu apa?
Kercut tu spesis  pokok menerung yang banyak tumbuk macam pokok padi dalam kawasan paya yang orang buat tali ikat barang dulu -dulu tu...Dia ada dua spesis yang saya tau..satu batang bersegi dan bunga berjambak kecil kat puncaknya.Kercut ni batang berongga dalamnya.Kercut ada macam buah seakan buah pine kecil dibatangnya. Tapi tak tau asal usul kampung ni nama paya ada banyak pokok kercut ka apa ka...

Mulanya nampak khemah ni macam kenduri kecil jer...Rupanya ni khemah meluarga pengantin yang bertandang.  Kat belakng rumah berbumbung merah tu khemah tetamu  dan kat tepi rumah pun khemah makan serta khemah side dish...
Meja buffet pun saya tengok ada 4 ..Kadang tengok orang buat kenduri kahwin...kecut oerut tau mengenangkan saya ni baru lepas sorang..Ada dua lagi yang single tu...jantan sulung dan anak dara bongsu.Masa Adah dulu dia banyak uruskan sendiri..Juga Achik & Pakcik banyak bantu.



Yang bestnya kenduri 2 ni dwpa masak sendiri ..Ada 2 gedohoq kat belakang rumah depan..Ni salah satu gedohoq tempat depa topup lauk.Sebelah sana gedohoq besar sikit tempat depa masak.Gedohoq tu dialek daerah kami iaitu khemah tempat memasak lauk kenduri.


Pinggan saya...
Saya tetap nak ambil nasi s

Achik dan yang lainnya depa cari side dish jer sebab masih kekenyangan kenduri 1 tadi..
Terliur saya tengok menu lauknya...sangat menggamit nostalgia..
Ada:
- Gulai Daging + Kacang Panjang
- Gulai Udang + Rebung
- Sambal Telur
- Acar
- Ikan Masin
- Samval Belacan & Ulaman 




Depa pakat makan Mee Rabus



Selain mee rebus...ada cucur udang kuah kacang dan beberapa side dish lain...
Minuman juga beberapa jenis...




Dah nak getak balik...eh,nampak ada ketupat daun buluh ni...fav saya ni ...payah nak jumpa ni.....kena makan dulu๐Ÿคฃ



Dua-dua kenduri dapat gudies special ni...Antara kopi yang famous kat Kedah..Kopi Cap Raga....Balik rumah nanti nak bancuh kopi ni ...Mesti sedap ni ...

Plan nak ke kenduri ke 3 akhirnya tak jadi....Sebab Achik dah tukar plan nak 
Kita tunggu apa plan tersebut yer..๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜






 

11 comments:

  1. Sy pun Sabtu Ahad lepas kenduri berderet² jugak. Tapi tak leh gantung kuali, anak² ada hat tak mau ikut. Kena masak jugaklah utk depa.

    Baru tau kercut tu menerong ๐Ÿ˜… Dulu dok tepi bendang jolok batang dia bagi keluaq bahagian dlm macam span tu, buat bunga/kraf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...cuti raya haji kali ni banyak orang buat kenduri kan

      Delete
  2. Nampak sedap semua menu kenduri. Tak pernah cuba lagi ketupat daun buluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketuoat daun buluh ni kalau makan ngan serondeng daging baru ngam

      Delete
  3. Kalau uncle ice cream cone jadi pilihan... beratur pun sanggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru la rasa muda kan uncle...beratur sama ngan kanak-kanak๐Ÿคฃ

      Delete
  4. Meriah kenduri macam2 menu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi....macam macam ada...tentu banyak kos kan...kita makan syok la๐Ÿคญ

      Delete
  5. Kenuri banyak jammed sana sini dekat Kedah...saya pun akan p round dekat nasi dulu walaupun dh kenyang..kadang2 jumpa lauk rare mesti makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..trend la ni banyak menu...kita yg tetamu ni syok la makan..

      Delete
  6. Perghhhh...gulai daging batang pisang tu....aduh..kecur liur SA..lama SA terhenti tenung gambar tu...memang di idam-idamkan ni....sedapnyaaaaa

    ReplyDelete