Wednesday, 27 May 2026

PUASA SUNAT HARI ARAFAH 1447: IFTAR DALAM KERETA

 Salam 9 Zulhijjah 1447.,..


Senja akhir 9 Zulhijjah menyambut azan maghrib  yang dinantikan kebanyakan para muslimin & muslimat yang berpuasa sunat Arafah.Alhamdulillah,Allah izinkan lavi untuk kita...


Sepanjang jalan hujan lebat..Singgah rumah Achik..
Achik ajak berbuka kat rumahnya tapi mengenangkan dah janji dengan mak nak berbuka bersama kat kampung,maka saya dan Cella teruskan perjalanan ke kampung walaupun dah pukul 7.00 ++malam.



Jalan dah mula banyak  kereta.. Ramai dah mula sampai untuk versama menyambut Hari Raya Aidil Adha esok




Lagi 10 km  nak sampai kampung azan maghrib dah  berkumandang...Takdirnya....saya dan Cella berbuka  dalam kereta .
Kali ni saya  balik berdua sahaja dengan Cella..
Naim kereta Cella santai-santai dua beranak.
Buka puasa dengan minum.air kotak sahaja..
Itupun nasib baik ada kedai tengah bendang  tu..



Maghrib menjelang 10 Zulhijjah....
Sampai rumah mak...terus makan nasi tak pandang kiri kanan.
mak masak sambal petai...ulam terung rebus cicah c
air asam cabai picit..Ikan pekasam goreng sama ikan kedera &ikan gelaman masam..
Memang feel puasa dulu -dulu walau ini hanya puasa aunat Arafah..
Lepas makan,terus balik rumah kami ..nak masak untuk juadah esok.Achik pun tenfah bz masak kat rumahnya...
Jumpa esok pagi Hari Raya Aidil Adha..


4 comments:

  1. Sedap je bunyi lauk kampung yg disebut 🥰 Salam Aidil Adha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....masakan mak pastinya kerinduan anak..
      Selamat Hari Raya SJ...

      Delete
  2. Sedapnya sambal petai. Ulaman pun ada. Memang auto berselera makan lagi2 waktu berbuka puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah......lauk kampung pastinya tidak mengecewakan

      Delete