Tuesday, 6 January 2026

MAKAN KENDURI @ MAKTEH HOMESTAY: DOOR GIFT RARE

Plan asal balik kampung cuti Krismas kali ni asalnya 2 hari sahaja tapi berpanjangan hingga beberapa hari.


Kali ni majlis walimatulurus saudara sebelah mak.Cucu kepada anak saudara mak.




Sekarang kat Kedah musim menanam padi...Ada yang baru nak tanam dan ada yang padinya sudah menghijau.In shaa Allah dalam 3 bulan lagi pemandangan hijau akan bertukar kuning keemasan.Wah,pasti petani tersenyum swbab kalau dicongak 3 bulan lagi tu dah masuk bulan Syawal tu...!!



Homestay ni terletak kat Kampung Padang Pusing,Jalan Sungai Tiang,Pendang Kedah ..Perjalanan dari Pekan Pendang ke Mak Teh Homestay  lebih kurang 20  minit sahaja..
Dah nampak  Mak Teh Homestay...tapi saya meneruskan perjalanan balik ke kampung dulu kerana  nak ambil mak kat kampung..Lagipun Mak Tah iaitu kakak mak juga nak tumpang ke sini...Depa dua beradik tu mestilah nak pi awal nak jumpa saudara mara.Maklumlah adik beradik mak hanya berdua sahaja lagi..Mak anak bongsu,MakTah 2nd  last... yang masih ada .mak & Mak Tah...Lagi 5 orang yang atas-,atas sudah kembali ke rahmatullah.Maklumlah,mak yang bongsu pun dah nak masuk 79 tahun..Mak Tah dah 80++Kalau ikutkan kenduri ni anak  cicit  kepada arwah abang emak iaitu Pak Teh Kob.
Usai hantar mak & Mak Tah...saya & Cella menunggu Achik anak beranak & Adah yang akan menyusul dari pekan.Saja segan nak join mak & Mak Tah,so kami tunggu Achik di simpang jalan.



Dah nampak khemah kenduri...Kiri kanan bendang .Selama ni dok lalu sini tengok ja Mak Teh Homestay ni....Hari ni rezeki dapat singgah asbab depa buat kenduri sini..


Pemandangan hijau di mana-mana


Dari main road dah nampak deretan khemah..Depa sewa keseluruhan homestay tu termasuk dewan..chalet dan tambahan khemah..Tak da pulak ambil gambar...Biasa la lepas dah belek gallerry baru ingat tak ambil gambar ..hihihi


Tuan Tanah Kedaung sedang berangan ...hehehe..
Cella & Adah pakai baju Achik tu Cella warna pink..Adah warna maroon...Balik pakat tak bawa baju kurung..gitulah tiap kali depa akan paw baju-,baju Achik & jadikan hak milik kekal...🤣Abaikan meja yang tak beralas tu kerana   ni ruangan saudara mara dok santai-santai di bahagian belakang..Takda pula gambar proper....menu biasa lauk kenduri ayam merah,daging hitan,acar buah bagai dari caterer & paling special ada tambahan lauk depa masak sendiri iaitu kari daging +umbut pisang.Side dish paling falous kenduri sekarang pastilah afa apam balik crispy...laksa,mihun sup,bubur dan pengat bagai..



Tapi tu la dalam kesempatan jumpa saudara mara semua mesti lupa nak bergambar beramai...hihihi


Dua hari makan 5 kenduri saya pakai baju hitam tudung purple yang sama🤣 sebab taj bawa balik baju kurung..Nak pinjam baju Achik depa slim opkos tak muat...
Agak-,agak orqng perasan tak pakai baju sama jer🤭🤣Hanya  terlekat sorang sepupi lelaki ni masa nak balik  dok sembang-sembang teringat nak bergambar .Zaman mudah tak pernah bersembang dengan dia sebab segan dulu dia handome giler🤭.
Jujurnya ramai sepupu sepapat  yang saya dah tak kenal  apatah lagi anak cucu depav


Ops....dah hujung cerita...ni ha nak habaqnya door gift  rare tu..Lepas salam tuan rumah...setiap tetamu diberikan guddies berupa barangan plastik untuk kegunaan dapur.Kebanyakan tuan rumah bagi secara rambang tapi jika tak berkenan boleh saja pilih mana yang nak..contoh Achik pilih raga segi empat tu..saya & Adah pilih besen putih tu ...Kelakar pun ada bila tetamu pulang pakat bawa besen..Kalau ramai agaknya penuhlah bonet dengan besen ..hihihi
Rare la kan....🤭


14 comments:

  1. Hahaha.. betul rare tu goodies pengantin. Cantiknya hamparan pokok padi menghijau, macam karpet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....macam padang bola stadium pun ya...agaknya tu yg omputih panggil paddy field🤭

      Delete
  2. Betul2 punya rare tu tapi bagus la sbb leh guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...balik terus guna buat rendam pulut🤭

      Delete
  3. Cantik pemandangan dikelilingi sawah padi

    ReplyDelete
  4. Cantik pemandangan dikelilingi sawah padi

    ReplyDelete
  5. Rekod ni…dua hari berturutan, 5 kenduri, pakai baju tudung sama 🤣. Lain kali jangan lupa bawa baju kurung bila balik kampung musim cuti sekolah, banyak kenduri 😀

    Memang lain macam cenderamata diberi. Meriahlah kan masing-masing angkut benda besar 😂

    ReplyDelete
  6. Rare betul tu dapat besen ye. Bagi goodies macam tu orang guna. Bermanfaat la jugak.

    ReplyDelete
  7. cantik betul tempat kendurinya di tepi sawah padi... nyaman je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...kena pulak sekarang musim angin timur...berangin nyaman

      Delete
  8. Rare hadiah ni... kalau di kampung sy, hadiah barang plastic ni utk cabutan bertuah geng rewang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugak kampung saya pun...depa buat cabutan bertuah orang rewang & family day...Ni kalau mai kenduri naik moto...kena pilih yg kecik la🤭

      Delete