Semalam saya jadi zombi.....🤭
Makan otak....
Hihihini....
Dah lama juga beli otak lembu ni...Tapi simpan kat kutub utara....freezer memebeku lebih 2 bulan...Semalam teringin nak makan otak lembu masak kuning...Sebenarnya lebih kepada masak lemak cili apui..tapi kat tempat saya panggil masak kuning..
Inilah otak seekor lembu jantan ...
Selepas defros ..daripada sejuk menbeku maka ia kembali kenyal pada suhu bilik
Selepas dicuci dan cuba buang urar-urat merah apda otak tu ternyata agak susah nak buang semua urat tu..Maka saya buang mana yang boleh sahaja..
Selepas dicuci dan cuba buang urar-urat merah apda otak tu ternyata agak susah nak buang semua urat tu..Maka saya buang mana yang boleh sahaja..
Pastu masaklah lemak cili api tu
1 otak lembu
1 kotak santan
1 batang serai
1 asam keping
garam & perisa
Bahan Blend Halus
5 cili api merah
5 bawang merah
1. Bersihkan otak
2. Masukkan bahan blend bersama 2 cawan air.
3. Bila mendidih maaukkan otak dan asam keping.
4. Biar mendidih lebih kirang 15 minit & bila agak otak dah masak + 1 kotak 250 santan dan perisakan
5. Sesuaikan rasa & siap diajikan..
** kena masak biiar pekat melakat baru ngam dengan otak
Selain otak...masak juga masak lemak telur itik untuk bukan zombi🤣
Zombi hanya saya sorang...Cella ada la jamah sesuap nak rasa apa rasanya otak...leaps tu dia beralih kepada telur itik.Begitu juga anak jantan tu..Masak 4 biji telur itik..
Seperti biasa sebulan sekali melabur kat Lee Wah Florist🤭 dekat Pasar Seni tu..
Lauk exotic ...
Masak Lemak Cili Api Otak Lembu..Dulu-dulu zaman kanak-kanak payah nak dapat makan.Selain kita tak mampu nak beli otak lembu...rasanya otak lembu pun tak la dijual macam sekarang.Biasanya dah ditempah orang kat peniaga daging..Lagipun orang jual daging hanya kat pasar ..
Tapi pernah Allah bagi rezeki boleh rasa otak lembu terutama bila kenduri kahwin rumah saudara mara.Biasanya otak lembu disimpan untuk keluarga.Dapat la mencicip..Masa tu rasa sedap ya ampun...
Mungkin sebab benda exotic & sikit pula dan jarang dapat...sekor lembu hanya ada sebuah/sebiji otak.Paling banyak sembelih 2 ekor lembu...ada 2 otak...Nak makan ya ramai...Tu agaknya yang rasa sangat ..
Sekarang kalau balik Kedah depa jual daging sepanjang jalan dengan harga 4kg/ RM100..
boleh campur apa sahaja bahagian lembu...flat rate...
Cuma kalau nak otak atau bahagian yang digemark...pi awal pagi ..
Sepanjang jalan Pendang Tanah Merah memang berderat orang jual lembu fresh baru swmbelih...
Biasanya kalau kami balik Achik akan beli 4kg untuk kami bawa balik KL...
4Otak ni pun rasanya Achik yang beli untuk saya bawa balik KL ni...
Disebabkan hanya saya sorang zombi...makanpuaslah makan otak sekor lembu makan sorang....hihihi
Rasa dan tekstur otak lembu ni pada tekak saya lebih kurang rasa sperm ikan...Kadang kita beli ikan kalau betina ada telurnya...kalau ikan jantan ada ketulan putih macam telur ikan tapi ikan jantan kita rak la panggil telur ikan kan...yang putih membeku tu kan sperm ikan..Kalau ikan kecil biasa kita buang ja kan..Kalau ikan besar macam ikan merah...ikan tuna sperm yang putih dijual dan bersama isi ikan juga..Kalau yang pernah makan.......Rasa dan tekstur otak lembu lebih kurang macam tu la ..sedikit berlemK & sedikit creamy








Ya allah..sedapnya..SA suka....
ReplyDeleteEh...SA pun suka yer....kita geng
DeleteSy suka! Tapi sejak mak takde, tak pernah makan dah otak lembu masak lemak ni.
ReplyDeleteMakanan nostalgia bersama bonda tercinta pasti menyimpan memori ya g syahdu
DeletePernah makan sekali budak opis masak gulai.... ok jugak rasanya takde la pelik hehehe.
ReplyDeleteBerapa harga bunga kekwa 1 tu kak kat kedai tu?
Kan...tak pelik pun rasa dia...saya suka
DeleteBunga kekwa tu hanya RM3 je Dana...
DeleteTapi kena pepandai pilih sebab ada yang isinya sikit dan ada yang banyak...Pilih yang bunga kecik dan banyak yang belum mekar supaya tahan lama swbab nanti kat rumah setiap hari ada ja bunga yang mekar...hehehe
Family Cie selalunya buat masak tempoyak. Buat pedas2 memang sedap. Selalunya abang yang duduk Terengganu tu bawak balik kampung. Kat sana banyak jual.
ReplyDeleteWah....macam best ni...Balik kampung nanti nak cuba lah...TQ ideanya Cie
DeleteWah, otak lembu! Memang kena rajin buang uratnya tu sebelum diolah.
ReplyDeleteMZ suka otak lembu! my mom masak kerutuk (masakan kelantan)...dan that's my mom specialty laa..i reti mkn ajer
ReplyDeletePernah sekali je makan, mak masak pais...mujur dah siap masak tinggal makan je.
ReplyDeleteKalau nengok yang mentah ngeri juga rupanya.