Manan beli untuk belanja sarapan...
Comel sungguh saiznya....Tapi sedap ada ¼ telur & beberapa ekor bilis halus
Ni memang muat-muat mulut sesuap lelaki dewasa je ni...Bak kata Kamal....makan 10 bungkus pun tak sampai ke perut lagi🤣.
Bila ditebak harga...masing-masing meneka 50 sn...hahaha..mana nak cari nasi lemak 50 sen sekarang ni...
Manan kata dia pun masa beli ingtkan harga singgit jer sebungkus tu...bila bayar ....
Harga sebungkus RM1.50..
Itu jelah sekali Manan beli nasi lemak ni..Pastu dia dah bertukar beli roti canai dah...
Bagi saya kalau untuk majlis-majlis kecil ..nasi lemak ni sesuai sebab selain hanya sesuap ..bungkusannya kemas..Tengoklah daun posang dia langsung tak comot🤭Mungkin sebab saiz dia kecil do'oh🤣
Kali pertama beli pagi Rabu...Try dulu beli 5 bungkus...Eh,ternyata sedap banget...
Gerai ni pun baru nampak dalam dua minggu lepas dekat balai bomba.
Harga?
Hanya RM1
Ya hanya seringgit...
Dahlah banyak...sedap dengan tak kedekut sambal...
Kata Manan...lepas ni beli nasi lemak ni jer...
Saya la pulak terfikir ...kat mana pula peniaga ni mengira untung..Macam tak boleh tampung kos je jual dengan harga RM1..
Tapi takkan nak suruh dia naikkan harga jadi RM2 pulak kan...
🤭




Yang RM1 tu murah sangat. Agaknya peniaga tu fokus pada kuantiti.
ReplyDeleteYang RM1.50 mahal sebab saiz terlampau comel 😅
Saya suka makan nasi lemak di airport Kedah. Saiz kecik, rasa sedap. Biasanya kami beli 3 bungkus share makan berdua.
Susah dah nak jumpa nasi lemak rm1 ni. Beberapa tahun lepas ada lagi. Sekarang ni takde dah. Barang semua mahal.
ReplyDeleteKecik benau nasi lemak 1.50 tu
ReplyDeleteMahal amat agaknya harga bahan
Di tempat Cuya rm 1.80
Puas gk makan Alhamdulilah yg penting harga kena dgn kualiti dan kuantiti