Tuesday, 30 September 2025

MAKAN NASI PADANG DI RESTORAN BUMBU BABAH

 Hari minggu kelmarin...hari Ahad ajak Cella keluar sarapan kat luar..Hajatnya nak pi cari sarapan kampung kat erea Puchong...


Tapi biasa la ...itu ini begitu begini...dah pukul 10++ baru keluar rumah...Nak sarapan macam dah alang,-alang...

Akhirnya tukar plan pi ronda-ronda dulu ..pastu  lunch terus.



Lunch Nasi Padang..



Cella cakap ada restoran nasi padang kepunyaan Ajak Shiro banyak branch kat KL ni...
Katanya sasaran depa nak buka 25 cawangan sebelum akhir tahun ni..
Semoga Allah maqbulkan niat depa & mudahkan urusan ..Seronok tengok orang kita berbisnes...

Kami  makan ni @ Restoran Bumbu Babah cawangan Seri Permaisuri .



Menu yang ditawarkan..
( klick gambar untuk nampak harga lebih jelas)
Cara order kat sini:
Masuk terus beratur kat tempat lauk...Tengok menu & terus pilih nak set yang mana...Semua set tapi boleh add on contohnya  Cella amik Nasi Padang Set Gulai Urat..tapi dia add on Keropok Jangek( keropok kulit lembu) 
Saya pernah makan keropok jangek sebelum ni...bau hamis lembu dia kuat giler...Tapi keropok jangek kat sini...sedap..takda bau pelik & yang Cella pilih ni,Keropok Jangek Siram iaiatu disiram kuah gulai minang.Ada jer keropok jangek plan tanpa siram.


Menu baru katanya ...
Saya  mencari kot kot ada Gulai Tembusu iairu gulai  usus yang diisi telur dan tauhu tapi sayang takda..



Akhirnya saya pilih  Nasi Padang Set Rendang Daging & Paru Gireng Memang set ni ada ada lauk rendang dan paru sekali.

Cella pulak pilih Set Gulai Urat iaitu gulai  urat keting yang kemyal tu..
Semua set nasi Padang memang semua akan disertakan sekali ulam daun ubi rebus,telur rebus,gulai kobis,sedikit sambal ijo dan sedikit sambal merah .Untuk makluman sambal ijo dia lagi pedas dari sambal merah yer...hihihi

Kalau dah makan Nasi Padang,nak bestnya kena order Jus Alpukat baru syok..Tapi konsep di sini.  semua minumannya adalah minuman botol dan minuman tin.Boleh pilih nak bergas atau tidak (Mungkin konsep depa nak jimat masa & jimat pekerja,tak payah ada tukang bancuh air...melambatkan proses & pelanggan pun kalau banyak pilihan banyak la songeh jugak kan🀭🀭
Bagus strategi depa tak open order minuman bancuh..hihihi
( tapi tak tau la kot saya tak peradan ada minuman boleh order)
Tepi casher tu ada peti ais minuman ..Sambil bayar harga nasi,ambil air bayar siap-siap.

Saya pilih Teh Botol sebab nak feel makan kat seberang kan .. 🀣 

Yang bagusnya dipenjuru restoran depa sediakan  macam ice cube  drawer& susunan gelas( plastic cup macam pasar malam tu) So boleh jer nak amik cup & ais banyak mana pun. Nak order air mineral kecil share 5 orang pun takpa .isi ais banyak-banyak kan?🀣

Keseluruhan kami makan:
1 Set Nasi Padang Rendang Daging & Paru Goreng
1 Set Nasi Padang Gulai Urat
1 piring Keropok Jangek
2 botol Teh Botol
RM40++ tak ingat harga penuh sebab Cella bayar...

In shaa Allah nak pi makan lagi.
Walaupun lauk pauk hanya dilonggok keliling nasi & tidaklah dalam piring piring kecil macam kat Padang tapi harus diakui...masakannya sedap pada tekak saya

Taktau sebab memang kami tengah lapar @ memang masakannya sedap...Kami berdua makan licin...🀭

Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH



Untuk video  " LUNCH @ BUMBU BABAH  " ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





Monday, 29 September 2025

MASAK PENGAT PISANG NANGKA

 

Semalam petang masak pengat pisang nangka...




Kemas-kemas dapur,nampak sesikat pisang...dah lebam pun kulitnya.
Asalnya beli pisang nangka tu hari Ahad minggu lepas nak buat pisang goreng...tapi sampai ke sudah tak buat pun...
Dah beberapa tahun mood memasak 
tenggelam timbul....☺️



Tapi,bila tengok isi pisang ni masih  elok dan layak dimakan..
Aroma masam manis gabungan bau pisang dan bau nangka juga memancing selera..Rasa sayang la pulak nak buang pisang ni..Dah la beli pun bukan murah ...hihihi

Tu yang akhirnya diolah menjadi pengat..

PENGAT PISANG  NANGKA..
10 biji pisang nangka
2 sudu sagu-rendam
1 kotak santan + 2 cawan air
1/2 cawan gula kelapa/ melaka
1 daun pandan
sikit garam

1. Hiris isi pisang nangka sederhana tebal

2. Masak pisang dengan air & daun pandan hingga mendidih.

3. Masukkan sagu & biar hingga sagu jernih.

4. Masukkan gula kelaap/gula melaka  & garam.


5 Masukkan santa kotak dan biar mendidih sekejap.esuaikan rasa

6. Angkat & boleh hidang panas atau sejuk....


Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH



Untuk video  " PENGAT PISANG NANGKA  " ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



RUMAH BARU MAK

 Sebenarnya nak letak tajuk ni macam serba salah...takut disalah tafsir..

Selalu orang tafsirkan "rumah baru" sebagai "rumah abadi"...

( tak nak sebut) 

Tapi tajuk ni memang betul-betul tajuk..memang betul-betul rumah.Rumah mak di kampung.Rumah mean house ..bukan maksud lain.

Tapi maksud sebenar hanyalah nak  kongsi kegembiraan mak..


Rumah baru mak kat kampung...

Mak sangat gembira bila rumah kecil idamannya sudah tersergam dikampung halaman  berhadapan rumah lama mak .


Mak dah mula rindu nak kembali menetap di kampung setelah hampir 15 tahun tinggal di pekan.Setiap hari mak akan berulang alik dari 

pekan- kampung - pekan yang keseluruhan jarak pergi dan balik lebih kurang 40km.

Dalam tempoh tu beberapa kali juga mak terlibat kemalangan kecil bersama motorsikal.Hinggalah awal tahun ini mak minta Achik carikan contructor untuk bina rumah kecil untuk mak di kampung.

Dah lama mak merancang membaik pulih rumah lama tu kerana lantainya dimakan anai-anai.

Tapi memandangkna kos baik pulih hampir sama dengan kos buat runah baru...maka,mak & Achik deside buat saha rumah baru walaupun sedikit kecil berbanding rumah lama

Rumah kayu yang mak & arwah ayah bina dengan keringat dan air mata pada pertengahan tahun 80-an....masih ada di belakang rumah baru ni ...Asalnya mak nak robohkan tapi pastinya mak tak sampai hati kerana walau dimakan anai-anai tapi masih layak didiami...Cuma sahaja dijadikan setor simpan barang dan juga masih boleh jadi ruang tidur jika beramai balik kampung.


Bab rumah lama yang penuh kenangan tu kita cerita dalam enti khas rumah lama tu nanti..
Hari ni just nak share rumah baru mak ni.


Proses bermula dari bulan Mei oleh Achik yang mencari contructor pembinaan...quotation...agreement  hinggalah kepada pembinaan.
Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan.
Achiklah yang banyak menyumbang baik dari segi ,masa ,tenaga dan kos.

Semua pun risau kerana mendengar banyak kes ditipu contructor


Tapi Alhamdulillah...Allah temukan Achik dengan trust contructor,dimana keseluruhan pembinaan hanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja.


Walau kecil tetapi keseluruhan kos ..dibiaya sepenuhnya oleh mak dan Achik...
Hasil jimat cermat mak dan separuh lagi  sumbangan tambahan Achik 
Saya pula bukannya  sumbang tapi 
" sembang" ja lebihπŸ™ŠπŸ€­


Proses masukkan perabut bilik ke-2


Bilik utama ..
Nampak kecik dari bilik 2 tapi hakikatnya bilik ni lebih besar.Di hujung kaki tu pintu bilik air 


Bahagian dapur comel mak..



Ruang tamu....menggunakan perabot dari rumah lama.



Anjung terbuka..
Tempat mak mengopinjika ada tetamu singgah


Tengok dalam group penduduk kampung mak....minggu lepas..jalan masuk kesurau dekat rumah mak dalam proses pelebaran..
Mak pastinya makin happy


Proses menggantikan calvert lama untuk proses melebarkan jalan..


Kalau pernah baca blog ni dari zaman cella sekolah rendah...Cella pernah upload aktiviti memancing bersama Mayah & the gang. Boleh baca old post MEMANCING DI PARIT - BESTNYA JADI BUDAK KAMPUNG.
Antara sebab rasa sayang nak tinggalkan  blog ni kerana banyak merakam dan menyimpan peristiwa dan memory untuk tatapan  kemudian hari.


Berbalik kepada rumah baru mak...
Pandangan dari belakang dapur..
Mak dah mula seronok dapat kembali menetap di kampung.
Melihat kebunnya setiap hari.
Bersama jemaah surau mengaji dan mendengar tazkirah di surau yang tak sampai 100 m dari rumah.


Sebenarnya ketika cuti Khas dan cuti Hari Malaysia lebih seminggu yang lalu,mak & Achik ada buat majlis baca yassin dan kenduri kesyukuran di kampung...
Akan saya kongsikan dalam entri khas untuk kenduri tu  nanti..in shaa Allah

Sunday, 28 September 2025

BELIMBING BULUH MASAK SAMBAL CILI PADI DENGAN SARDIN

 Baru ni ..rakan sekerja saya ASP( Zura) esok pagi beliau akan bawakan saya buah belimbing buluh hasil panenan di belakang rumahnya...kilang air liur saya jadi productive🀣

Ni sambil menulis pun telan ayaq lioq baq hang...🀭



Zura bawakan saya lebih kurang ½ kg buah belimbing buluh...Suka betul saya dengan buah belimbing buluh ni...

Padahal dulu-dulu kalau mak masak pindang ikan letak belimbing buluh ni atau buat sambal velimbing buluh....mmmm memang tak pandang...

Mungkin sebab mak masak ikut selera mak & Achik.Depa suka masak belimbing tu sekejap sahaja supaya bila makan masih rasa kerangupan belimbing buluh tu..

Tekak saya pula sebaliknya.Saya suka masak belimbing ni lama-lama hingga jadi lutsinar  & biar beberapa ketika...lagi baik masak beberapa jam sebelum makan supaya belimbing menyerap rasa kuah atau sambal...

 

Masak dengan sardin jer....Tapi bikin makan menambah..Anak-anak makan kuah sambal sahaja bersama telur dadar garing...Saya pula mengutip belimbing sebiji demi sebiji...sudahnya..macam biasa..ikan tu esoknya jadi nasi goreng🀣


Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH



Untuk video  " SAMBAL BELIMBING BULUH CILI PADI DENGAN SARDIN   " ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/oWwhvyU15R0?si=9XUSeaP4dpm07x95




Saturday, 27 September 2025

MEE MAGGI GORENG ALA INDIA STREET FOOD

 

Mee Maggi Goreng Ala India Street Food...


Masak mee ni sebab selalu dok tengok India Street Food...

Nampak depa masak mee segera ja sebagai jajanan petang atau malam.Peniaga akan masak live depan pelanggan .

So,pelanggan boleh tengok bahan dan cara masak dari mula hingga siap...Lepas tu terus makan panas-panas.

Kena pula dalam cuaca hujan dan perut tengah keroncong....Memang boleh bayang dah aroma tumisan dan juga nikmatnya makan mee segera goreng panas-panas berteman " chai" @ teh susu India.. tu kan...

Walau saya belum pernah sampai India...tapi menonton sahaja pun bagai berada bersama menikmati kepelbagaian street food mereka yang semuanya nampak sedap.Walaupun faktor kebersiha street food India sering menjadi perdebatan...namun kita ambil saja yang baik-baik..

Saya sudah beberapa kali memasak mee segera dengan cara ini dan ternyata memang sedap sangat...

Kalau ada yang nak cuba boleh tonton

Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH



Untuk video  " MEE MAGGI GORENG ALA INDIA STREET FOOD  " ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



IKAN BERLADO

 

Ikan Berlado...

Antara lauk fav yang selalu saya masak.

Guna cili padi vietnam yang merah menyala tu...memang berdesing telinga...lagi pedas lagi kena makan ...hihihi

Kalau masak lauk ni...tak perlu lauk lain dah....cukup hanya ada ulam timun atau salada sebangai pelangkap...


AWAL MINGGU KL DILANDA RIBUT

Awal minggu ni...Isnin 22 Sept 2025..KL dilanda ribut ..



Elok - elok sahaja sampai rumah angin kencang menerobos masuk melalui tingkap menerbotkan bunyi seperti siulan yang menyeramkan.

Ketika menarik daun jendela untuk ditutup tu sempat menjengah ke luar & nampak beberapa pohon sedang dipulas dahannya oleh sang ribut.Jelas didepan mata melihat ganasnya bila angin mengamuk.Tidak berani melihat lama terus membatu dalam bilik.

Hampir ½ jam mengganas...ribut berlalu ...

Namun kesan yang ditinggalkan hingga kini masih berbekas terutam kepada mangsa yang terlibat.Banyak harta benda yang rosak namun Alhamdulillah,tiada kemalangan jiwa.Panjat syukur kepada Allah kerana kami sekeluarga tidak terlibat.Asalnya hampir juga memakir kereta di bawah pokok tetapi memikirkan takut diberak burung..berubah fikiran parkir tepi gelanggang futsal.Rupanya Allah nak lindung kerana beberapa batang pokok besar patah ranting dan yang lainnya tumbang menyembah bumi..Hanya merasai takut semasa ribut membadai..Walau tidak seganas taufan dinegara lain namun cukup menginsafkan.


Banyak gambar dan video dikongsikan dalam group penduduk setempat .Saya komgsikan beberap sahaja..

Bumbung surau berlubang..


Bila Allah berkehendak..

Rezeki pemilik ini...Pokok besar ini tumpang  tumbang dicelahan antara 2 buah kereta ini...bukan atas bumbungnya


Bahagian pucuk pokok pula hanya elok elok sahaja menyentuh bumbung pondok guard..Tidak sampai menghempap sedang didalamnya ada beberapa nyawa yang pastinya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia.

Berbeda pula pemilik ini pula diuji dengan kerosakan yang sedikit lebih.Untung sahaja tiada nyawa di dalamnya




Simpang jalan dihalang ranting dan dahan pokok tumbang



Melihat gambar dalam group penduduk...hati beedebar melihat warna dan model kereta ini kerana sama seperti kepunyaan anak jantan na sorang tu kerana dia juga parkir bawah pokok

Alhamdulillah bukan...kerana itu pokok lain...semoga pemilik kenderaan ini dimudahkan urusan🀲


Sebenarnya masa balik kerja ada sorang  rakan(Ita) menumpang kereta saya untuk ke rumah ibunya yang sama perumahan dengan saya.Ketika melalui kawasan ini saya nampak 3 pokok ara berbuah lebat di tepi pagar perumahan kami. .Saya suarakan kepada Ita saya teringin nak ambil buah ara muda yang lebat tu untuk buat ulam dan masak kari dengan daging kambing.Pokok ara ini pokok liar tang sudah lama tumbuh di tepi pagar perumahan kami.Sayangnya terlalu tinggi..Macamana nak amik buahnya kan...hihihi


Nah....buahnya bertaburan atas tar kesan dahannya  pokoknya patah  dan menimpa beberapa buah kerata..
Buahnya melimpah....namun tidak sampai hati pula saya nak turun kutip buah tu ..Tidak sampai hati pula nak makan buah tu..
Lain lah kalau dahannya jatuh atas pagar...Ini menimpa kenderaan tetangga...
Kalau kalian bagaimana...nak kutip ke tidak?
🀭🀭🀭



Kebunan terung ...



Baru paginya saya sangat teruja  menyertai Bayu & NaMoTa memetik terung di kebunan...

Kebunan terung ni Bayu & Bak yang urusakan tapi kalau nampak depa di kebun saya akan menyibok sama...hihihi
Nanti saya update dalam entri akan datang hasil panenan terung ni dan bagaimana depa pasarkan.

Ni depa update selepas ribut

Kerol & Jun sedang menyelamatkan kebunan terong dalam gerimis selepas ribut...


Lepas maghrib Ruru ..wasap bgtau kereta dia ditimpa serpihan atap genting...Alhamdulillah Ruru dah naik rumah masa ni...Kalau masih dalam kereta?
Allahu...ngeri nak bayangkan


Selepas ribut sepanjang jalan sibok dengan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang kerana memang berlaku ketika peak hour orqng balik kerja...
Takut membayangkan kalaulah waktu tu saya masih atas jalan raya & melalui bawah pohonan sepanjang laluan..
Semoga Allah lindungi kita semua dari perkara-perkara yang tak diingini...

Rindu giler nak berblog macam sebelum ni...update hari hari bagaikan kerja hakiki🀣
Tapi bila dah lama tak update ...semangat tu makin lama makin layu....
Cuma beberapa hari ni bila membelek blog ni....rasa sayangnya nak biarkan berkubur tanpa batu nesan...

Membelek gallery ribuan gambar dan video menanti untuk dipilih..
Maka pelan-pelan semangat datang kembali...Sementelahan juga 3 bulan di tempat baru...dah boleh addept dengan rutin baru dan persekitaran baru..

Selamat berhujung minggu...


Monday, 8 September 2025

DARI AIRCOND KE NATURE

Hidup kita ini Allah dah susun tapi kita sebagai manusia kadang kita kerap merungut hingga  lupa untuk bersyukur..
Saya tidak menujukan kepada sesiapa sebaliknya hanya pada diri sendiri..

Bekerja di tempat baru dengan rakan-rakan yang baru kita kenal.Juga dengan skop kerja yang 80% berbeza dari tempat kerja lama,memberi pengalaman baru kepada saya walaupun dah lebih suku abad dalam profesyen yang sama.

Dulu hari hari baju rasmi...sekarang hari-hari pakai baju kebun ..
Lebih 20 tahun  bekerja dalam bilik aircond...sekarang setiap hari menghirup oksigen live  dari tumbuhan hijau🀣


Dulu duduk atas "kayangan"...



Sekarang,hari-hari berpijak di bumi nyata ..
Bersahabat dengam alam..
Dulu saya sangkakan saya anak kampung yang serba tahu tentang flora dan fauna ..
Oh,rupanya semakin kita belajar semakin kita tahu bahawa kita tidak tahu ..hahahaha camana tu?

Belajar sikit-sikit mengenal cara bertani yang betul .

Dulu langsung tak pernah ambil tahu....





Dulu hanya tengok dari jauh...
Sekarang sangat dekat di hati....

Bukan hanya tengok tapi dapat menikmati hasil ikan segar ..


Bersama mengikuti pertumbuhan fauna..


Belajar ilmu baharu dari yang ahli

Dapat bersama menikmati keseronokan menuai hasil...

Bibit ikan keli


Di sebalik apa yang kita nampak para penternak menuai hasil...ada ujian dalam perjuangan mereka


Yang kita nampak hasilnya .
Yang kita tak nampak sebaliknya ...



Memula datang....pokok anggur ni merimba daunnya...
Melihat Bayu memangkas botak daunnya saya sangkakan dia nak matikan pokok anggur ni..Rupanya itu adalah teknin "pruning" untuk menggalakkan pohon berbuanga dan berbuan...
Oh dangkalntya ilmu sayaπŸ™Š


Mengenal serangga perosak buah



Belajar proses prunning



Semua flora dan fauna di atas ni bukan hasil tanaman saya...sebaliknya hasil  beberapa orang rakam sekerja yang diketuai oleh Bayu.
Sekarang mereka bz dengan projek tanam terung...Saya juga tumpang menyibok..hari2 nak pi kebun terung depa.


Saya budak baru belajar..walau umur dah taraf nenek tapi ilmu berkebun  baru seinci....hihihi

Buat permulaan,Bayu tempatkan saya di laman baru yang dinamakan "Glowing Habiscus"..
Habiscus tu bunga raya la..
So,saya tak ternak ikan bagai...Saya juga tak tanam sayur..
Sebaliknya bermula dengan tanam pokok bunga raya aneka spesis.
Kebun sayur untuk mereka yang lelaki dan yang dah ahlinya ..
Kalau saya yang tanam sayur...takutnya sayur entah ke mana.... tapi rumput yang tumbuh  subur🀣
Saya mulakan dengam tanaman pokok bunga raya yang bermula dari penyediaan tapak hinggalah tanam dan jaga.Tapi saya tidak berseorangan...
Saya bersama Shidah & Milah yang juga sama-sama baru bertugas di sini.Bezanya,Shidah & Milah dah setahun di sini ,manakala saya baru 2 bulan lebih.
Tapi Glowing Habiscua baru dimulakan sebulan yang lepas dengan saya sebagai ketua.
Di situlah saya belajar menggembur tanah...menanam anak benih pokok bunga raya.Hari-hari menyiram bukan sahaja pokok habiscua tetapi juga menyiram rumput agar hijau kerana laman habiscus ni terletak di lereng tebing bukit berbatu.

Asalnya saya berharap dapat sertai kebun sayuran tapi hikmah juga ditempatkan di Glowing Habiscus yang masih agak kosong..
Atleast boleh mula dari kosong & sesuailah dengan ilmu yang dangkal ni...Bagi laman ni pun saya tak tahu bagaimana nak mulakan...Bayu yang banyak membantu..menunjuk ajar..

Hinggakan nak beli anak benih pun saya tak tau..Bayu yang belikan dan ajar cara menanam


Sekarang,hari hari berpijak di bumi nyata  bermain dengan tanah...berbual dengan pokok.
Sebenarnya dulu selalu berangan kalau dah bersara nanti nak berkebun kecil-kecilan di belakang rumah...tapi ilmu berkebun zero!
Dulu2 zaman kanak kanak hingga remaja memang lah pernah tanam pokok ubi pokok cili..menanam dan menuai padi bagai..Tapi itu semua sudah berzaman
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang maha mengetahui...
Allah gerakkan hati untuk berhijrah dari tempat kerja lama dan Allah hantarkan saya ke sini..
Allah beri peluang belajar ilmu berkebun di sini...
Mungkinkah ini untuk persediaan saya bersara nanti?
Allahurabbi....benarlah...apa yang kita fikir dan sebut sebut itu menjadi doa...


Paling tak sabar saya nak tengok hasilnya...ni...pokok padi 
Walau "sawah" hanya sekangkang tupai tapi saya tumpang terapi diri di sini mengikuti perkembangan dari merandam bini benih padi hinggalah menanam & in shaa Allah saya nak menyertai mereka menuai padi nanti.Bayu sudah berjanji nak buat alat " ketaman" padi untuk mengetam padi bila sudah masak nanti.Kalau berjaya tanaman padi ni...tahun depan saya nak ajak Bayu tanam padi pulut & saya nak ajak mereka mengemping.In shaa Allah saya masih ingat proses mengempi g padi pulut.

Saya juga berangan nak ajak Bayu tanam pokok kopi & kalau ada rezeki dan  umur panjang nak tunjukkan kepada mereka proses menghasilkan homemade kopi kampung.

Tapi bila rujuk sumber...kopi mengambil masa agak lama untuk mengeluarkan hasil...Takutnya dah bersara pun pokok kopi belum berbuah🀣🀣🀣

Buat masa ni...belajar lah dulu tanam pokok bunga raya bagi hidup dulu......hihihi


Melihat bunga pertama berkembang pada minggu lepas...hati saya juga turut berbunga...


Belanja sekuntum bunga raya pink ni dulu..


 Dan bunga raya daun batik putih ni....
Sekarang ada lebih 30 batang pokok habiscus hasil tangan kami sedang berjuang membesar..
Kita nantikan beberapa bulan lagi tengok rumbesarannya yer...!