Hari Jumaat 20 Jun 2025,mohon cuti u tuk fly ke Tawau.
Walaupun baru seminggu di tempat kerja baru tapi mohon juga cuti sebab tiket Adah dah booking.
Suka amik flighr awal pagi sebab selain sedikit murah...flight pagi juga lebih beruntung dari segi masa.Maklumlah pukul 6 kita kat KL baru lepas azan subuh tapi kat Sabah dah sunrise...Nasi Ayam & Americano untuk saya.
Mee wantan & air mineral untuk Cella.Tapi Cella beli pulak air pistchio with coconutilk...Dah beberapa kali minum...rasanya seakan cendol la pulak..
Sedap la mee wantan dia...
Sebelum ni tak pernah lagi order mee wantan
Selalu akan pesan Nasi Lemak Pak Naseer.Kadang wrap atau nasi ayam.Ni 1st time order mee wantan ni
Dah makan...Zzzzzz hihihi
Maklumlah pagitadinya pukul 3.30 dah bangun.Baru nak kemas beg.Tak da bawa apapun.Baju sepasang & bawa rendang daging qurban.Gigih merendang pada hari Ahad & frozenkan untuk bawa ke Tawau.
Alhamdulillah cuaca baik ..Lebih kurang 3 jam perjalanan...selamat landing @ Tawau Airport
Adah anak beranak dah sedia menunggu di luar terminal.
Tak sabar nak jumpa cucunda yang dirindu...😍
Dalam tempoh 8 bulan dah 3 kali bertandang ke sini..
Bulan Oktober 2024 ...diikuti cuti Krismas bulan 12 bawa mak ke sini.
Ni bulan Jun datang lagi..
Baru dua hari balik...pun dah rasa macam nak gi lagi ...🤭🤭🤭🤭
Flight tak delay ok la boleh sampai on time.
ReplyDeleteRindu pd ank cucu mntu ni susah nk ckp.. diorg baru blk smlm pun kak lin da rindu.. kalau bole nk jumpa tiap hari.. padahal diorg kat putrajaya juga.. cuma bkn serumah.. 🤗
ReplyDeletepenangan cucu ye kak...seronok la dapat berjalan ke Tawau....flight tak delay tu satu bonus...
ReplyDeleteCucu punya pasal kan, rasa macam balik kampung kat semenanjung je
ReplyDeleteBolehlah selalu terbang kalau ada cuti. Tak lama penerbangannya.
ReplyDelete